Isnin, 17 Disember 2012

Prosa Tradisional tingkatan 2:Raja Muda

Setelah genap dua belas purnama anak kandungan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, pada tengah hari Selasa dua belas hari bulan, Tuan Puteri itupun gering hendak bersalin. Apabila Sultan Muda melihat peristiwa itu baginda pun segera mencita isterinya, Tuan Puteri Bidadari Segerba dari kayangan supaya turun ke dunia ini untuk bersama-sama menyaksikannya. Tuan Puteri Bidadari Segerba segera mendapat alamat itu lalu mengajak keenam-enam orang kakandanya bersama-sama turun dari kayangan.

 Tuan Puteri dan enam orang kakandanya itu melayang turun lalu masuk ke dalam istana. Mereka telah disambut oleh Permaisuri Kaca Bertuang dan mempersilakan mereka melihat puterinva yang sedang gering hendak bersalin itu.

 Tidak lama kemudian, tepat di bawah bintang Musytari, waktu rembang tengah hari ketika burung-burung tidak berlagu dan alam tenang sepi, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun melahirkan seorang puteri yang sangat elok rupanya laksana bulan penuh purnama empat belas hari bulan. Lahir bersama-sama bayi itu ialah dua bilah pedang; sebilah pada tangan kirinva dan sebilah lagi pada tangan kanannya.

 Bidan segera menyambut kelahirannya, mengerat pusat dan menyiramkannva ke dalam pasu yang keemasan.

 Tuan Puteri Bidadari Segerba sangat sukacita melihat puteri itu lalu dipeluk peluk dan dicium-ciumnya. Kemudian barulah diserahkannya kepada baginda Sultan Muda. Baginda pun berdiri menghadap kiblat lalu mengiqamatkan puterinya itu. Setelah selesai iqamat, puteri itu diserahkannya pula kepada Permaisuri Kaca Bertuang. Puterinya itu dinamakan baginda Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan, Seri Desa Tanjung Bunga Sekaki, Mastika Kelimpahan Benua Tua. Suatu majlis kesyukuran pun diadakan dengan memberi jamuan kepada sekalian rakyat dan para pembesar negeri.

1 Apakah yang berlaku kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri?
A Hendak bersalin pakaian B Hendak melahirkan anak C Sedang sarat mengandung D Sedang sakit tenat

 2.Yang berikut merupakan perkara ganjil yang berlaku sewaktu kelahiran bayi itu, kecuali...
 A bayi itu lahir bersama-sama dengan dua bilah pedang. B sebilah pedang berada pada sebelah kiri tangannva. C sebilah pedang lagi berada pada sebelah kanan tangannva. D bayi itu handal bermain bermain pedang 

3.Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam frasa laksana bulan penuh purnama empat betas hari bulan? 
A Simile C Metafora B Sinkope D Peribahasa


 Baginda pun berdiri menghadap kiblat lalu mengiqamatkan puterinya itu.
 4 Berdasarkan petikan di atas, Sultan Muda merupakan seorang yang...
A taat akan agama. C berpegang pada adat. B berdisiplin tinggi. D patuh terhadap arahan.

 5 Cerita Raja Muda membawa tema... A kekuatan anak raja ketika dilahirkan ke dunia. B kesaktian vang dimiliki oleh raja dan puteranva. C kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada raja D kehebatan sambutan kelahiran putera dan puteri raja.


 JAWAPAN

 @ 

 @ 

 @

 1B 2D 3A 4A 5D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan