Khamis, 6 April 2017

Cakap Ajuk Kepada Cakap Pindah

1.Cakap Ajuk
Cakap Ajuk merupakan percakapan seseorang ditulis semula perkataan diucapkan tanpa mengubah apa-apa makna. Dalam kata lain, bermaksud ayat yang mengajuk atau meniru percakapan yang diucapkan seseorang. Ayat cakap ajuk menggunakan tanda petik ".........".
2.Cakap Pindah
Cakap Pindah merupakan percakapan seseorang ditulis semula dengan menyusun tatabahasa yang betul.

3.Apabila menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah dan sebaliknya, sesetengah perkataan akan bertukar. Lihat jadual di bawah.
GOLONGAN
AYAT CAKAP AJUK
AYAT CAKAP PINDAH


Kata Ganti Nama Diri
Aku, saya
Kami
Beta
Awak, kamu
Kamu semua
Dia
Mereka
Baginda
Dia, -nya
mereka
Kata Ganti Nama Tempat
Sini
Sana, situ
Kata Ganti Nama Tunjuk
Ini
itu


Kata Keterangan Masa
Sekarang
Malam tadi
Semalam
Hari ini
esok
Masa itu
Malam yang lepas
Hari semalamnya
Hari itu
Keesokan harinya

Kata seru
Cis
Eh
Aduh
dengan marah
dengan hairan
sambil mengerang kesakitan
Perkataan bahasa Arab
Alhamdulillah
mengucap syukur

Penggunaan kata singkatan
nak
mak
dah
mau
hendak
emak
sudah
mahu
Ayat perintah
Jangan
Sila masuk  
melarang
menjemput

4. Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan perbualan.

5.Contoh cakap ajuk kepada cakap pindah:

Bil
AYAT CAKAP AJUK
Bil
AYAT CAKAP PINDAH
1
Saya tinggal di PCB,” kata Ali kepada Abu.
1
Ali memberitahu Abu bahawa dia tinggal di PCB
2
“Bilakah pertandingan ini akan tamat? Ani bertanya kepada Ayu.
2
Ani bertanya kepada Ayu bila pertandingan itu akan tamat.
3
Kata Aji kepada Lee, “saya belum makan.”
3
Aji memberitahu Lee bahawa dia belum makan.
4
Ali: “Bolehkan saya duduk di sini Abu?”
6
Ali bertanyakan Abu sama ada dia boleh duduk di situ.
5
“Berikan buku ini kepada Cikgu Mat,” kata Siti kepada Nur.
5
Siti berpesan kepada Nur agar memberikan buku itu kepada Cikgu Mat.

Khamis, 23 Februari 2017

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men-. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.
2.         Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya
(a)        tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata              ganti diri kedua.
           Contohnya:
            i. Bola itu saya tendang.
            ii. Borang itu perlu anda isi.
(b)        berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.
Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.
3. Ayat pasif terdiri daripada:
(a)        ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b)        ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c)        ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di-, diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
4.         Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.
Contohnya:
Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Pertama
(a) Saya mencuci kasut sekolah.
(b) Kita menerima keputusan itu.
(c) Aku akan memetik bunga itu.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu.
(a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Keputusan itu kita terima.
(c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Jadual itu sudah kami susun.

Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Kedua
(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu.
(a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kereta itu perlu kamu baiki.

Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Ketiga
(a) Mereka mengecat bangunan.
(b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur.
(d) Dia sedang menjahit baju.
(a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar.
(c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
supaya beratur.
(d) Baju sedang dijahit olehnya.

Ayat Aktif
Ayat Pasif
1. Ali membaca buku itu.
2. Ibu memasak nasi lemak.
3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita.
4. Salmah memukul adiknya dengan kuat.
5. Yusof membawa kerusi patah.
Buku itu dibaca oleh Ali.
Nasi lemak dimasak oleh ibu.
Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.
Kerusi patah dibawa oleh Yusof

Nota tambahan:
Dalam Frasa Kerja Pasif, kata kerja pasif diri pertama dan diri kedua mesti diikuti oleh kata kerja pasif tanpa awalan. Hukum Aneksi Persona menetapkan bahawa ruang di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja pasif tidak boleh dihadiri oleh sebarang perkataan lain seperti kata bantu atau kata nafi.




Jumaat, 18 September 2015

Karangan ulasan-Jadual dan peta

1.Lihat peta di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam peta tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.


Rangka jawapan:
Isi tersurat
(a)peta aliran menunjukkan arah kedatangan pelancong asing ke Malaysia
(b) pelancong dari Negara Thai paling ramai mengunjungi Malaysia, iaitu melebihi 600 000 orang
(c) diikuti oleh pelancong dari Taiwan; 300 000 orang, dan Indonesia; 200 000 orang
(d) pelancong dari Filipina paling sedikit berkunjung ke Malaysia, iaitu dianggarkan hanya 100 000 orang

Isi tersirat
1.Sebab  banyak destinasi yang menarik di Malaysia sering dikunjungi oleh pelancong
(b) rakyat - ramah dan berbudi bahasa
(c) harga barangan yang murah dan berkualiti
(d) kedamaian hidup masyarakat di Malaysia
2.Kesan daripada perkembangan sektor pelancongan
3.Penutup
Malaysia kini menjadi antara destinasi pilihan bagi pelancong asing



2.Lihat jadual di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam jadual tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
 
Rangka jawapan

Isi tersurat
(a)jadual menunjukkan jualan kereta di Kedai Motor Fikri sepanjang bulan Januari hingga Mac
(b) jumlah keseluruhan jualan kereta ialah 67 buah
(c) kereta Proton Wira paling banyak dijual; iaitu sebanyak 20 buah
(d) diikuti oleh Proton Iswara; 15 buah, Kancil; 10 buah, Toyota; 8 buah, dan Iain-Iain; 8 buah
(e) kereta Nissan paling kurang jualan; iaitu hanya 6 buah

Isi tersirat
1.Sebab permintaan yang tinggi terhadap kereta buatan Malaysia kerana:
(a) kereta buatan Malaysia lebih murah
(b) kereta buatan Malaysia banyak pilihan
(c) kereta buatan Malaysia lebih menarik dan menjadi pilihan ramai
(d) daya tahan yang sudah teruji
2.Penutup
kereta buatan Malaysia akan terus mendapat sambutan jika dapat bersaing dengan kereta dari negara luar


Selasa, 15 September 2015

Watak Sampingan Merenang Gelora

Jamil

Kawan baik kepada Badri. Menasihati Badri tentang risiko menjadi pengawas.
Terlibat dalam bisnes menjual telefon bimbit terpakai dan kad prabayar yang dijalankan oleh Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
Menjauhkan diri daripada Badri setelah Badri mengetahui kegiatannya.
Keluarganya menghantar Jamil ke Sarawak setelah mendapati dia mempunyai masalah dengan kumpulan Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
Insaf akan kesalahan yang dilakukan - berhenti daripada menjual barangan milik
Meng Kong setelah Meng Kong menuduhnya mencuri telefon bimbit.
Jamil- Jamil merupakan kawan rapat kepada badri dan bersekolah bersama-sama dengan Badri. Ibunya seorang penjaja yang menjual nasi lemak. Jamil juga telah terpengaruh dengan Shahrul dan dalam diam tanpa pengetahuan Badri, dia bekerjasama dengan Shahrul . Kemudian Jamil hilang tanpa berita. Akhirnya mereka bertemu juga setelah masing-masing berjaya dalam hidup. Antara perwatakan Jamil ialah tidak berpendirian, contohnya Jamil tidak menyokong usaha Badri membanteras penjualan telefon bimbit walaupun dia berkawan dengan Badri. Jamil juga seorang anak yang suka membantu, contohnya dia kerap membantu ibunya menjual nasi lemak di gerai ibunya. Seterusnya, Jamil juga anak yang patuh akan nasihat orang tuaqnya, contohnya Jamil berpindah dan bersekolah di Sarawak atas permintaan keluarganya. Dia juga  insaf atas perbuatannya bersekongkol dengan Shahrul.

Nadira
Seorang pelajar perempuan baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah yang mengikut ayahnya bertugas di Kuala Lumpur.
Sahabat Badri dan Shahrul dalam kelas 5 Bestari.
Tidak berpendirian tegas - Nadira mudah dipengaruhi Shahrul untuk mempercayai kes telefon bimbit yang dijumpai di dalam beg Badri.
Mengalami kejutan budaya - setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng.
Ego dan sombong - bersikap bena tidak bena akan nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah.
Tidak mendengar nasihat - Nadira enggan menerima nasihat kakaknya, Nurul Ain yang menegur tentang penampilannya.
Tidak menghormati orang lain – meninggikan suara ketika kakaknya menegur tentang pakaiannya yang agak terdedah dan mencolok mata.
Suka membazirkan masa – sering membazirkan masa dengan bersiar-siar dan melepak di kompleks beli belah bersama-sama Shahrul.


Cikgu Jailani

Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.
Tegas - dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.
Adil - mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang pengawas.
Rasional - menyelidiki kes Badri disiram air ketika berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg Badri.
Bertolak ansur - meskipun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya cikgu Jailani tidak menggantung persekolahannya.

Shahrul

Salah seorang rakan Badri, anak orang berada
Berkawan baik dengan Kumar dan Meng Kong
Berlagak dan sombong - Shahrul tidak betah tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah banglo.
Materialistik - Shahrul terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit yang dicuri semata-mata untuk memperoleh wang bagi membeli barangan mewah dan berjenama.
Suka berfoya-foya - bercampur gaul dengan budak-budak motor dan melepak di kompleks beli-belah.
Berprasangka buruk - menganggap Badri berlagak menjadi pengawas.
Panas baran - Shahrul mencekak kolar baju Kumar agar Kumar mengikut arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran.
Mudah terpikat dengan gadis cantik - berani membawa keluar Nadira menunggang motosikal.
Mementingkan diri sendiri – Shahrul meninggalkan Nadira keseorangan ketika polis cuba menangkap rakan-rakan mat rempitnya.
Memperalat orang lain untuk tujuan jahatnya – Shahrul menyuruh Kumar untuk memasukkan sesuatu ke dalam beg Meng Kong supaya Meng Kong dibuang asrama.
Pendendam – Shahrul meminta Din untuk memukul Badri bagi melepaskan dendamnya terhadap Badri.


Meng Kong
Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit.
Rakan kepada Shahrul dan Kumar
Tidak jujur - Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit lalu dijual kepada pelajar di sekolahnya.
Mata duitan atau materialistik - Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.
Insaf akan kesalahan yang dilakukan - setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV, dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
Patuh dan taat kepada ibu bapa - Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan oleh bapanya.

Kumar
Rakan kongsi kepada Shahrul dan Meng Kong dalam perniagaan menjual telefon bimbit dan kad prabayar kepada pelajar sekolah.
Menyimbah air ke atas Badri semasa Badri di dalam tandas.
Benci dan marah terhadap Badrul yang menyebabkan telefon bimbitnya dirampas oleh Cikgu Jailani.
Mata duitan atau materialistik – Kumar bersama dua rakan karibnya Shahrul dan Meng Kong terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit dan kad prabayar untuk memperoleh wang lebih.
Mudah dipergunakan oleh orang lain – Kumar cuba memfitnah Meng Kong supaya Meng Kong dibuang asrama atas arahan Shahrul.
Insaf akan kesalahan yang dilakukan – Tidak mahu lagi dipergunakan oleh Shahrul. Sedar bahawa dia telah banyak ketinggalan dalam pelajarn.
Berubah menjadi baik setelah beberapa kali diberi sesi kaunseling – mula akrab dengan Badri dan mengulang kaji pelajaran bersama-sama.


Penyebutan Pernyataan(Fakta) KOMSAS

PERSOALAN
PENTING
PERWATAK-AN
WATAK UTAMA
NILAI MURNI
PENGAJARAN
CONTOH PERISTIWA
Antara persoalan tersebut termasuklah persoalan berani menghadapi dugaan dan cabaran hidup
Watak utama, iaitu Badri merupakan seorang yang berani  menghadapi cabaran dan berpendirian tegas
Antara nilai murni yang dipaparkan dalam novel ini ialah keberanian.
Antara pengajaran yang diperoleh daripada novel ini ialah kita hendaklah berani menghadapi cabaran hidup.
Sebagai bukti, Badri tidak pernah berasa takut akan halangan yang dihadapinya semasa menjalankan tugas sebagai pengawas
Selain itu, persoalan kerajinan/ kegigihan dan tanggungjawab seorang remaja dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
Selain itu, Badri juga digambarkan sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
Selain itu, nilai kerajinan dan bertanggungjawab juga diselitkan dalam novel tersebut.
Selain itu, kita haruslah melaksanakan tugas yang diberikan kepada kita dengan gigih dan penuh tanggungjawab.
Hal ini jelas dilihat melalui watak Badri yang menjalankan tugas sebagai pengawas dengan gigih dan penuh tanggungjawab. Badri melaporkan kesalahan disiplin murid kepada Cikgu Jalaini.
Seterusnya, persoalan kasih sayang dalam keluarga juga merupakan persoalan penting dalam novel tersebut.
Seterusnya, Badri juga merupakan seorang yang menyayangi ahli keluarganya.
Seterusnya, nilai murni yang tidak kurang pentingnya ialah kasih sayang.
Seterusnya, kita patut mempraktikkan nilai kasih sayang dalam kehidupan.
Sebagai contoh, Badri amat menyayangi ibu bapanya dan beliau ingin membahagiakan kedua-dua orang ibu bapa dengan belajar bersungguh-sungguh.
Akhir sekali, persoalan semangat setia kawan turut dipaparkan dalam novel ini.
Akhir sekali, Badri juga mempunyai semangat setia kawan yang tinggi.
Akhir kata, nilai setia kawan juga diterapkan dalam novel ini.
Akhir kata, kita wajar mengamalkan semangat setia kawan dalam kehidupan.
Hal ini terbukti melalui watak Badri yang berkawan baik dengan Siew Mei, Kumar dan Meng Kong. Persahabatan mereka berkekalan hingga mereka dewasa.