Rabu, 25 Ogos 2021

Selamat Tinggal Eropah II (Muhammad Haji Salleh)

selamat tinggal, Eropah

kuharap kau dapat membaca

nilai yang kau khutbahkan

kepada dunia,

berjuang untuknya seperti kau

mengejek kami dengan pembelotan.

 

aku harap ingatanmu masih

luas untuk menakung sejarah

yang kau kuasai dengan darah dan helah.

 

di mukamu kulihat luka baru,

senyummu dibelah seksa.

 

sekarang engkau harus berkata

di depan khalayak yang melontarkan kembali

makna lama, pemberianmu.

 

istana kotak di Waterloo

pembakaran rumah Turki di Jerman

kebebasan yang disekat daripada anak sekolah

                Perancis

pintu yang ditutup di depan penderita

telinga yang dipekakkan dari jeritan malam

semuanya tumpah pada kata hatiku.

 

9 Disember 1994, Leiden

 

Muhammad Haji Salleh

Maka Bermadahlah Masa, 2006

 

Maksud

Rangkap 1-Penyajak berharap agar negara-negara Eropah yang dahulunya menjajah negara lain kini insaf akan perbuatan mereka. Nilai yang dilaungkan/didoktrinkan/dipegang oleh mereka sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata.

 

Rangkap 2-Mereka juga diingatkan agar tidak emperlekeh/mengata/merendah-rendahkan negara yang telah dijajah itu sebagai pembelot. Pada hal mereka yang memanipulasi setiap peristiwa yang melakar sejarah itu dengan kekejaman dan penipuan secara bermuka-muka/melaga-lagakan.

 

Rangkap 3- Penyajak melihat bahawa negara Eropah kini sedang menanggung sengsara akibat perbuatan mereka yang lalu, namun mereka cuba menyembunyikan masalah yang dihadapi.

 

Rangkap 4- Kini, penyajak mendesak negara-negara Eropah supaya bercakap benar dengan seluruh dunia tentang pembohongan yang dilakukan oleh mereka sebelum ini.

 

Rangkap 5- Segala penindasan, kekejaman dan penipuan yang dilakukan oleh negara-negara Eropah ini disedari oleh penyajak dan penyajak akan mengingati segala peristiwa hitam yang dicipta oleh mereka sampai bila-bila.

 

Tema Sajak ini bertemakan keamanan sejagat. Penyajak mengharapkan agar negara-negara Eropah tidak lagi menindas negara-negara lain kerana mereka sebenarnya telah banyak melakukan kekejaman kepada dunia. Semoga dengan itu, sejarah hitam yang pernah berlaku tidak akan berulang lagi dan dunia akan aman damai.

 

Persoalan

1. Kesedaran atas perkara yang telah dilakukan Contoh: aku harap ingatanmu masih luas untuk menakung sejarah yang kaukuasai dengan darah dan helah

2. Kejujuran dalam menjalin hubungan sejagat Contoh: sekarang kau harus berkata

3. Kekejaman untuk mendapatkan kuasa.Contoh: pembakaran rumah Turki di Jerman

4. Kesan atas perlakuan yang telah dilakukan Contoh: di mukamu kulihat luka baru senyummu dibelah seksa

 

 

Ciri puisi :

 

1) Berangkap/mempunyai rangkap.

 

Contoh bilangan rangkap sajak ini mempunyai 5 rangkap

 

2) Bilangan baris setiap rangkap tidak sama . Contoh 2 hingga 7 baris serangkap

 

 3) Jumlah perkataan setiap baris  tidak sama. sajak ini mempunyai 2 hingga 6 patah perkataan sebaris

4)Jumlah suku kata sebaris tidak sama.Contoh 3 hingga 17 suku kata sebaris

 

5)Rima akhir tidak sama. R1: a,b,c,d,e R2: a,a,aR3: a,bR4: a,b,c R5; a,b,c,d,e,f,g

 

Kesimpulannya sajak ini berbentuk bebas.Contoh sajak ini mempunyai 2 hingga 7 baris dalam serangkap

 

 

 

NADA:

 

-Melankolik

Contoh: pintu yang ditutup di depan penderita

telinga yang dipekakkan dari jeritan malam

semuanya tumpah pada kata hatiku 

 

PENGAJARAN :

 

-Kita mestilah taat dan setia kepada negara. contoh: luas untuk menakung sejarah

-kita haruslah bertanggunjawab dalam mempertahankan negara.contoh: berjuang untuknya seperti kau

-Kita mestilah mempunyai sifat kasih sayang akan tanah air. contoh: telinga yang dipekakkan dari jeritan malam semuanya tumpah pada kata hatiku

 

NILAI:

1.Ketaatan/kesetiaan.Contoh: Taat dan setia terhadap negara.

2.Keberanian.Contoh: Berani mempertahankan tanah air

3.Patriotik.Contoh: Rasa semangat dan cinta akan tanah air

4.Kesedaran.Contoh: Aku harap ingatanmu masih luas untuk menakung sejarah

5.Kerajinan.Contoh: Kuharap kau membaca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan