Rabu, 13 Februari 2013

SINOPSIS Merenang Gelora (Ruslan Ngah)

Bab 1 Tugas Baharu: Badri bersiap untuk ke sekolah.Hari itu ialah hari pertama dia menjadi pengawas. Selepas bersarapan dia bersedia untuk menunggu bas. Dia menegur Badrul adiknya yang lambat bersarapan. Di sekolah, Badri berjumpa dengan Jamil. Mereka berbual tentang masalah yang bakal dihadapi oleh Badri sebagai pengawas sekolah .Menurut Jamil, tugas sebagai pengawas akan mendatangkan banyak masalah kepada Badri. Namun Badri berpandanga sebahknya. Dia berpendapat. pengawas hanya perlu melaporkan masalah disiplin kepada guru disiplin. Kembali ke kelas, guru memperkenalkan seorang murid yang baru berpindah dari Kedah kerana mengikut bapanya berpindah Nadira merupakan seorang murid perempuan yang berfikira terbuka. Badri dan Jamil bertelingkah kerana perbuatan saling memalukan di depan Nadira. Ketika waktu rehat, Badrimengambil keputusan untuk ke tandas tetapi Jamil mahu ke kantin. Dalam per|alanan ke tandas, Badri terserempak dengaMeng Kong yang sedang dikelilingi oleh beberapa orang murid. Meng Kong menghulurkan kertas kecil kepada mund-mund tersebut. Mereka bersurai apabila ternampak Badri Di kantin, Badri ternampak Meng Kong sedang makan. Namun apabila ternampak Badri, Meng Kong makan dengan tergesa gesa lalu berlalu meninggalkan kantin.

 Bab 2 Api yang Mula Membara: Jamil menempelak Badri yang kononnya mengamalkan cara hidup yang kolot. Jamil mengajak Badri keluar dan melepak di Mastika Mall. Namun Badri berpendapat lebih baik dia membantu ibunya laripada membuang masa. Badri tidak dapat menerima cara hidup remaja masa kini yang sangat mementingkan keseronokan. Dia lebih sanggup hidup dengan cara sederhana walaupun dianggap sebagai ketinggalan zaman. Suatu hari Badri berasa perutnya tidak selesa. Dia ke tandas beberapa kali. Ketika waktu rehat, dia telah dianiaya oleh beberapa orang pelajar yang sedang berada di dalam tandas. Dia telah disimbah dengan air mangkuk tandas. Kejadian tersebut amat meninggalkan kesan kepadanya. Dia berasa malu apabila balik ke kelas dalam keadaan basah kuyup. Lebih-lebih lagi Nadira menyindirnya dengan kata-kata yang sinis. Jamil pula seperti telah mengetahui kejadian yang menimpa Badri. Hal itu telah membangkitkan syak dalam hati Badri. Badri meminta kebenaran untuk pulang. Dia meminta kebenaran ibunya untuk ke rumah Pak Alangnya. Dia sering ke rumah bapa saudaranya kerana belajar silat. Hari itu dia menghabiskan masa berlegar-legar di bandar. Badri mahu menenangkan fikirannya. Ketika di Bandar, dia terlihat Nadira membonceng motosikal Shalrul. Menjelang petang dia menuju ke rumah Pak Alangnya. Dia mendapati ada tetamu yang datang ke rumah bapa saudaranya itu. Dia terkejut apabila terlihat Nadira berada di rumah Pak Alangnya. Nadira juga resah menerima kehadiran Badri.

Bab 3 Bermain Api: Badri tidak menemui Meng Kong sejak akhir-akhir ini. Meng Kong juga tidak kelihatan di bawah pokok seperti biasa. Badri berselisih dengan Kumar. Tanda lahir di leher Kumar mengingatkan peristiwa dia disimbah sebelum ini. Badri menahan Kumar tetapi Kumar enggan memberikan kerjasama dan cuba melarikan diri. Kehadiran Cikgu Jailani menghalang Kumar daripada melarikan diri. Badri menyerahkan Kumar kepada Cikgu Jailani. Kumar menafikan dia yang menyimbah air ke atas Badri. Semasa disoal siasat, telefon bimbit bergetar di dalam poket Kumar. Cikgu Jailani mengarahkan Badri meninggalkan Kumar dengannya. Badri ke kantin untuk makan. Dia bertemu dengan Jamil, Ah Chun, dan Selva . Badri menceritakan perihal Kumar kepada Ah Chun dan Selva. Mereka memberitahu Kumar ada kaitan dengan Meng Kong. Malah gabungan Shahrul, Meng Kong, dan Kumar dianggap sebagai tiga serangkai. Jamil cuba memberitahu sesuatu kepada Badri. Katanya Kumar tidak suka Badri memerhatikan Meng Kong. Maklumat itu membuatkan Badri ingin tahu, namun masa tidak mengizinkan. Ketika hendak pulang, Nadira memberikan amaran agar Badri menjaga mulutnya. Badri tersinggung dengan tindakan Nadira. Badri dirempuh oleh seseorang hingga tersungkur. Kumar ada di tempat kejadian. Rupa-rupanya Bob yang berbadan besar telah merempuh Badri. Badri terasa seperti kejadian tersebut telah dirancang. Badri menaiki bas apabila bas tiba. Ketika hendak turun dan bas, Badri terasa ada orang memasukkan sesuatu ke dalam poketnya. Didapati ada sekeping nota yang memintanya agar datang ke pasar raya pada pukul 4.00 petang. Badri pergi ke tempat yang dinyatakan tetapi tidak berjumpa dengan sesiapa. Akhirnya dia dipanggil oleh seoranj. perempuan yang memperkenalkan diri sebagai Siew Mei. Dia mahu memberitahu Badri tentang beberapa perkara termasuk tentang Kumar. Mereka berbual di sebuah restoran makanan segera.

Bab 4 Duri dalam Daging: Kumar menemui Shahrui dan Meng Kong di pusat boling. Air muka Kumar yang suram menyebabkan Shahrui dan Meng Kong terasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Kumar. Kumar juga tidak berminat untuk bermain boling. Meng Kong mengajak mereka makan di sebuah restoran makanan barat dan dia yang akan belania makan. Mereka pun pergi ke restoran berkenaan. Kumai memberitahu dia berasa sangat marah dengan tindakan Badn menangkapnya dan menyerahkan kepada Cikgu Jailani Akibatnya telefon bimbitnya telah dirampas oleh guru disiplin itu. Kumar bimbang perkara tersebut sampai ke pengetahuan ibunya. Pada masa yang sama Kumar memberitahu dia tidak memecahkan rahsia bahawa Meng Kong telah menjadi pengedar telefon bimbit dan kad prabayar di sekolah. Nadira ialah pelanggan baharu Meng Kong. Kata Meng Kong, Kumar tidak perlu bimbang akan hal dia ditangkap oleh Badri. Kumar hanya perlu menyimpan rahsia mereka dengan baik agar aktiviti mereka tidak terbongkar. Tiba-tiba Shahrul dihubungi oleh Nadira. Kemudian Shahrui memberitahu bahawa Nadira mengajaknya berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Shahrui berasa sangat gembira kerana berjaya mengambil hati Nadira.

Bab 5 Pertemuan: Jamil pulang awal dan pada membantu ibunya. Semasa menunggu bas, Jamil terserempak dengan Badri dan Siew Mei. Setelah Siew Mei menaiki bas, Badn mengajak Jamil masuk semula ke restoran tempat dia bertemu Siew Mei tadi. Badri meminta Jamil menceritakan rahsia kegiatan Meng Kong dan rakan-rakannya. Namun, Jamil tidak mengakui penglibatannya dalam aktiviti Meng Kong menjual telefon bimbit dan kad prabayar. Setelah didesak oleh Badri, Jamil bangun dan meninggalkan Badri sendirian. Ketika itu Badri teringat akan kata-kata Siew Mei ketika mereka bertemu. Menurut Siew Mei, dia ada seorang abang yang bernama Ah Meng. Abangnya bekerja dengan bapa Meng Kong. Ah Meng mendapati Meng Kong telah mengambil telefon bimbit dan kad prabayar di kedai milik bapanya tanpa pengetahuan bapanya. Telefon bimbit dan kad prabayar itu dijual kepada murid-murid sekolah. Ah Meng turut mengesyaki Meng Kong melakukannya, namun dia tidak ada bukti yang cukup untuk menuduh Meng Kong. Siew Mei meminta Badri menyiasat kegiatan Meng Kong dan rakan-rakannya di sekolah. Siew Mei bimbang abangnya akan dibuang kerja jika majikannya mengetahui ada telefon hilang. Badri teringat pula akan Nadira. Dia bimbang Nadira akan terpengaruh dengan Shahrui. Dia mahu menyelamatkan Nadira memandangkan Nadira ada hubungan kekeluargaan dengan Mak Alang. Namun Badri bimbang tindakannya akan disalah anggap oleh Nadira yang ego dan sombong.

Bab 6 Kemuncak Dunia: Nadira bersiap-siap untuk keluar pada suatu hari. Kakaknya, Nurul Ain menegurnya kerana dia berpakaian meneolok mata. Nadira tidak mengendahkannya dan keluar untuk menunggu Shahrul datang mememputnya. Nadira teringat akan pertemuannya dengan Badn di perpustakaan. Badri cuba menasihatinva dan mendedahkan identiti Shahrul kepada Nadira. Namun Nadira tidak mempeixayainva kerana baginya Shahrul merupakan anak orang kaya. Shahrul membawa Nadira makan di sebuah restoran niakanan barat. Kemudian Shahrul membawa Nadira bertcmu dengan rakan-rakannya Mereka menaiki motosikal secara berpasang-pasangan. Mereka berkumpul di sebuah tasik di pinggir kota. Nadira bevasa kurang senang dengan sikap rakan-rakan Shahrul terutamanya yang bernama Aziz..Dia meminta Shahrul menghantarnya pulang. Shahrul memnggaikan Nadira untuk membeli minuman. Pada masa itu juga pasukan polis telah membuat serbuan untuk membanteras gejala rempit. Kelibat Shahrul tidak kelihatan. Nadira berasa sangat takui kerana tidak pernah melalui situasi demikian. Akhirnya Nadira ditahan dan dibawa ke balai polis dengan menaiki trak polis. Nadira teringat akan nasihat kakaknya dan juga Badri. Dia merayu agar tidak dibawa ke balai polis. Pihak polis menghantar Nadira pulang. Di rumah, ibunya mula mempersoalkan tindakannya kerana tidak mendengar nasihat kakaknya. Nurul AinNadira mula menyedan kesilapannya. Dia juga menyesal kerana Shahrul lepas tangan terhadapnya. Dia berjanji tidak akan mengulangi kesilapan.

Bab 7 Secarik Sinar: Hubungan Badri dan Jamil menjadi dingin. Taufik ingin tahu punca kedinginan tersebut lalu bertanya kepada Badri ketika terserempak di perpustakaan. Badri yang mulanya tidak berminat dengan Taufik akhirnya berubah fikiran apabila Taufik bercerita tentang peristiwa malang yang menimpa Nadira. Badri amat terkejut apabila Taurik menceritakan bahawa Nadira telah ditahan oleh pihak polis. Nadira memberitahu bahawa dia telah dianiaya oleh Shahrul. Menurut Taurik, hubungan Nadira dengan Shahrul juga telah berakhir. Tidak semena-mena Nadira datang dan duduk di sebelah Badri di perpustakaan. Kedatangannya membuatkan Badri berasa kurang selesa. Badri memang tidak selesa berkawan dengan perempuan. Nadira datang untuk meminta maaf atas kesilapannya tidak mempercayai kata-kata Badri tentang Shahrul. Akhirnya Badri menerima Nadira sebagai kawan. Ketika meninggalkan perpustakaan, mereka berselisih dengan Shahrul. Nadira cuba menghindarkan diri tetapi Shahrul bertindak mencengkam tangan Nadira. Dia mahu Nadira mendengar penjelasannya tentang peristiwa yang berlaku ketika mereka berkumpul di tepi tasik. Shahrul bertindak kasar apabila Nadira tetap tidak mahu mendengarny a. Kekasaran Shahrul terhadap Nadira membangkitkan kemarahan Badri.Shahrul mencabar Badri untuk beradu kekuatan. Badri menerima cabaran tersebut. Nadira pula berasa kurang senang dengan perkara tersebut.

Bab 8 Mengharung Badai: Jamil berjumpa dengan Badri untuk menceritakan aktiviti Meng Kong dan rakan-rakannya. Jamil meminta Badri memahami kedudukannya dan meminta agar hal itu tidak disampaikan kepada Cikgu Jailani. Badri pula berharap agar Jamil benar-benar sudah insaf.Badri ingin terus menyiasat aktiviti Meng Kong walaupun ditegah oleh Nadira.Kini  Badri menganggap kes tersebut sudah menjadi tanggungiawabnya untuk membanteras perkara tersebut. Ketika Badri di perpustakaan, Siew Mei datang menemuinya. Mereka berdua pergi ke kantin untuk berbual. Badri berasa kekok untuk berbual dengan Siew Mei kerana ada orang memandang mereka. Siew Mei bertanya tentang pertengkaran Badri dengan Shahrul. Gadis itu menasihati Badri agar tidak bergaduh hanya kerana seorang gadis yang bernama Nadira. Badri mengagumi sikap matang dan berani Siew Mei menegurnya. Tiba-tiba Siew Mei meminta izin untuk beredar. Badri tertanya- tanya dan cuba mendapatkan Siew Mei. Kelibat Siew Mei hilang dari pandangan.

Bab 9 Rahsia Hampir Terbongkar: Badri pergi berjoging di taman pada pagi hari Ahad. Ketika berehat, dia ternampak kelibat Meng Kong. Shahrul, dan Kumar sedang berbuai-bual tidak jauh dari situ. Badri menghampiri mereka untuk menyiasat perkara yang dibualkan. Daripada perbualan mereka, Meng Kong memberitahu tentang Jamil yang berjumpa Badri. Selain itu, Meng Kong juga berkata bapanya sudah memasang CCTV di kedai dan sukar baginya untuk mengambil telefon bimbit dan kad prabayar. Sekarang dia mengambil harangan tersebut dari stor kedai kerana tiada CCTV. Badri bertindak menemui ketiga-tiga orang sahabat itu. Shahrul menyerang Badri secara tiba-tiba. Badri tidak panik dan bertindak mematahkan serangan Shahrul beberapa kali. Shahrul terkejut melihat ketangkasan dan kehandalan Badri bersilat.Akhirnya Shahrul menaiki motosikal dan meninggalkan tempat tersebut diikuti oleh rakan-rakannya. Siew Mei datang ke taman untuk berjoging dan mengajak Badri berjoging bersama-samanya.

Bab 10 Semarak Api: Shahrul berasa rimas tinggal di rumah teres dan terpaksa berkongsi bilik dengan adik-adiknya. Sebelum ini Shahrul tinggal di rumah besar. Namun selepas perniagaan bapanva merosot. mereka terpaksa berpindah. Cikgu Jailani memanggil Shahrul untuk bertanya tentang tindakan Shahrui menyerang Badri. Kata Shahrul dia marah kerana Badri tnerampas Nadira daripadanya. Dia euba melindungni perkara yang sebenar. Ketika waktu rehat, dia terlihat Badri sedang makan di kantin. Hatinya sakit apabila mendapati Nadira turut berada di sisi Badri. Dia menghampiri Nadira. Perbualannva dengan Nadira seperti mahu menyindir dan memberi amaran kepada Badri. Nadira pula meluahkan kekesalannya berbaik dengan Shahrul. Shahrul bersama-sama Kumar mencari Amir untuk menuntut hutang telefon bimbit. Amir mahu memulangkan telefon bimbit itu kerana ibunya tidak lagi memberikan wang saku kepadanya. Shahrul menolak kerana telefon vang sudah dibeli tidak boleh dikembalikan. Meng Kong telah memberitahu Amir sebelum itu. Amir memasukkan teleton tersebut ke dalam saku Shahrul, tapi Shahrul memulangkan kepada Amir. Setelah beberapa kali, telefon tersebut terjatuh di hadapan Cikgu Jailani yang datang secara kebetulan. Amir cuba berdolak-dalik apabila ditanya oleh Cikgu Jailani tentang pemilik telefon tersebut. Shahrul meminta Amir merahsiakan aktiviti mereka. Tengah hari itu Meng Kong. Shahrul, dan Kumar balik bersama-sama sambil berbincang tentang Amir. Shahrul berharap Amir tidak membocorkan rahsia mereka kepada Cikgu Jailani.

Bab 11 Tertangkap: Meng Kong bangun awal pada pagi  Sabtu. Selepas bersarapan. Meng ,Meng belum sampai. Meng Kong masuk ke stor. Dia mengambil 4 buah telefon bimbit  terpakai dan dimasukkan ke dalam beg sandang. Selepas Ah Meng tiba untuk memulakan tugas, Mengkong keluar untuk berjumpa dengan Kumar. Dia menyerahkan telefon bimbit tersebut kepada Kumar untuk dijual. Ah Meng menonton rakaman CCTV di komputer. Dia telah memasang  CCTV di stor tanpa pengetahuan Meng Kong.Ah Meng dapat mengesan Meng Kong telah masuk ke stor dan mengambil telefon bimbit di stor tersebut. En. Tan bapa Meng Kong datang ke kedai dan Ah Meng memberitahu perbuatan Meng Kong kepada majikannya. Meng Kong kembali ke kedai.Ah Meng memberitahu bahawa bapa Meng Kong ingin berjumpa.Akhirnya kegiatan Meng Kong terbongkar.En Tan meminta anaknya mengubah. Dia juga membuat keputusan untuk menempatkan Meng Kong di asrama.En. Tan menemui pengetua dan Cikgu Jailani untuk menceritakan perihal anaknya. Dalam mesyuarat PIBG sekolah berkenaan, isu telefon bimbit telah dibangkitkan oleh ibu bapa.En. Tan  meminta maaf  kepada  ibu bapa yang  menghadapi masalah akibat perbuatan Meng Kong.
                                                         
Bab 12 Suasana Baharu: Meng Kong kini ting, al di asrama. Dia berasa rimas kerana terpaksa berkongsi bilik dengan murid lain. Tambahan pula di asrama tidak ada kemudahan dan kemewahan seperti di rumahnya. Namun dia berasa lega apabila Taufik yang peramah banyak membantunya. Malam  itu Meng Kong berjaya menyiapkan kerja sekolah Prinsip Perakaunan buat kali pertama. Selama ini dia hanya meniru Amar, rakan sekelasnya. Malam pertama di asrama dia berasa sukar untuk tidur. Menjelang awal pagi pula,suasana di asrama riuh rendah dengan suara murid-murid yang  bangun awal. Murid Muslim perlu ke surau pada pukul 6.00  pagi. Meng Kong terpaksa membiasakan dirinya dengan suasana baharu itu. Ketika di sekolah dia berjumpa dengan Shahrul dan Kumar. Shahrul bertanya tentang urusan perniagaan mereka dan mahu aktiviti mereka diteruskan. Meng  Kong enggan kerana dia bimbang ayahnya akan menghantarnya ke kampung untuk tinggal bersama-sama datuknya yang garang. Keengganan Meng Kong menyebabkan Shahrul naik marah. Dia memegang kolar baju Meng Kong dan cuba menumbuknya. Namun Badri dapat menghalang niat Shahrul. Badri membawa Meng Kong, Shahrul, dan Kumar berjumpa dengan Cikgu Jailani. Meng Kong menceritakan perihal ugutan Shahrul. Akhirnya Shahrul uan Kumar didenda dengan dua sebatan. Shahrul dan Kumar bertekad untuk mencari jalan agar Meng Kong dibuang dan asrama.

Bab 13 Jiwa Remaja: Badri bersiap-siap untuk keluar .Badrul memberitahu ibunya bahawa Badri sudah mempunyai teman wanita. Badri keluar dengan Nadira untuk menonton persembahan teater. Nadira tidak dapat menumpukan perhatian terhadap persembahan kerana dihantui oleh perasaan cemburu terhadap Siew Mei. Selepas persembahan teater, Badri dan Nadira pulang ke rumah masing-masing. Ketika Badri sampai di rumah, Badrul memberitahu bahawa Jamil menelefon dan ingin bercakap dengan Badri. Tanpa berlengah, Badri menghubungi Jamil. Kata Jamil ada sesuatu yang ingin diberitahu kepada Badri, tetapi dia akan memberitahu Badri keesokan harinya. Badri tidak sabar untuk mengetahuinya. Badri meneiefon Jamil pada pagi esoknya, tetapi Jamil tidak ada di rumah. Badri semakin tertanya-tanya. Di sekolah. Badri mencari Kumar. Dia mengajak Taufik ke kelas Kumar. Mereka terserempak dengan Kumar yang sedang memasukkan rokok ke dalam beg Meng Kong. Badri menangkap Kumar. Pada mulanya Kumar berbohong dengan mengatakan Meng Kong yang menyuruhnya. Namun, setelah Meng Kong datang. semuanya terjawab. Kumar mengaku bahawa Shahrul yang menyuruhnya berbuat demikian untuk menganiaya Meng Kong. Kumar dihantar untuk berjumpa dengan Cikgu Jailani. Kemudian dia diberikan kaunseling oleh Cikgu Fatima. Kumar berasa lega kerana tidak digantung sekolah.

Bab 14 Di Persimpangan: Kumar menghabiskan cuti hujung minggu di rumah. Dia mula insaf akan kesilapannya selepas menerima kaunseling daripada Cikgu Fatima. Dia juga tidak mahu menghampakan harapan ibu bapanya. Kumar teringat pertemuannya dengan Shahrul. Rakannya itu masih mendesak agar dia meneruskan kegiatannya. Namun Kumar tetap enggan. Shahrul mencuba berbagai-bagai cara untuk memujuk Kumar tetapi semuanya tidak berhasil. Kumar benar-benar telah insaf dan berubah. Selepas cuti hujung minggu, Kumar kembali ke sekolah dengan tenang. Shahrul datang berjumpa dengannya lagi. Shahrul meminta bantuan Kumar untuk membalas dendam terhadap Badri.

Bab 15 Kehilangan yang Misteri: Sudah sebulan Jamil menghilangkan diri. Badri tidak lagi mencarinya. Akhir-akhir ini Badri rapat dengan Kumar, tetapi ingatannya terhadap Jamil tetap kukuh. Badri juga berasa lega kerana tiada lagi kes melanggar disiplin beriaku di sekolah. Kumar dan Meng Kong telah berubah. Siew Mei masuk ke pusat sumber. Dia terbaca berita tentang kejadian tembak-menembak antara pihak polis dengan sindiket pengedaran dadah. Siew Mei terkejut membaca nama Amran disebut sebagai antara yang terbunuh. Siew Mei pernah ternampak Amran berbual-bual dengan Jamil di gerai ibunya dahulu. Siew Mei memberitahu Badri berita tersebut. Badri menjadi cemas memikirkan keselamatan Jamil.


Bab 16 Tersayat Pedih: Berita kematian Amran telah mengubah kehidupan Shahrul. Selepas balik dari sekolah, dia hanya memerap di rumah. Dia teringat akan Nadira. Dia sudah bertemu dengan Nadira dan memohon maaf, tetapi reaksi Nadira terhadapnya tidak dapat diterima. Nadira turut menceritakan sikap buruk Shahrul kepada Badri, menyebabkan Shahrul semakin tertekan. Suatu petang Shahrul berjumpa rakan-rakannya. Ketika itu dia ternampak Badrul pulang daripada menjalani latihan bola sepak di sekolah. Shahrul menyuruh rakannya memukul Badrul. Namun suruhan itu ditolak oleh rakannya. Shahrul naik berang lalu menghidupkan enjin motosikalnya. Dia memecut laju. Malangnya dia terbabas dan terjatuh ke dalam longkang. Badrul dan rakan-rakannya menolong Shahrul yang dihempap motosikal. Badrul juga menahan teksi dan membawa Shahrul ke hospital. Dalam hatinya Shahrul berterima kasih kepada Badrul. Berita kemalangan Shahrul tersebar di sekolah. Kumar memberitahu badri bahawa Shahrul sebenarnyaingin mencederakan Badrul. Siew Mei pula tegas tidak mempercayai bahawa Kumar telah insaf. Nadira mula risau tentang Shahrul. Dia memberitahu Badri bahawa Shahrul telah berubah.

Bab 17 Mangsa Fitnah: Badri sering mengajak Kumar dalang ke rumahnya untuk belajar. Pada hujung minggu Kumar juga sering tidur di rumah Badri. Hubungan mereka semakin akrab. Suatu hari, ketika kelas Matematik berlangsung, Cikgu Jailani meminta Badri menunjukkan pengiraan di papan tulis. Tidak semena-mena terdengar bunyi telefon bimbit.Setelah disiasat, telefon itu ada di dalam beg Badri. Akibatnya semua orang memandang serong terhadap Badri. Cikgu Jailani membawa Badri untuk disoal siasat. Badri menafikan telefon bimbit itu miliknya, malahan dia tidak pernah memiliki telefon bimbit. Cikgu Jailani mempercayai kata-kata Badri. Dia tahu ada orang yang mahu menganiaya Badri. Orang yang disyaki lalah Shahrul. Cikgu Jailani mahu menyiasat perkara tersebut. Sementara itu berita Badri ditangkap kerana membawa telefon bimbit tersebar dengan pantas. Nadira menyindir Badri dengan kata-kata yang sinis. Shahrul turut menempelak Badri. Namun Badri mendakwa Shahrul terlibat dalam perkara tersebut. Siew Mei berjumpa dengan Badri untuk memberikan sokongan. Akhirnya Siew Mei berjaya meyakinkan Badri bahawa dia dan Taufik telah menjangkakan perkara itu akan berlaku.

Bab 18 Pentas Sandiwara: Taufik berbual dengan Badri tentang Nadira yang menjauhi Badri. Pada Badri, dia berkawan dengan semua orang dan tidak pernah menganggap Nadira sebagai istimewa. Tiba-tiba mereka terdengar suara orang bertengkar di dalam bilik darjah yang kosong. Badri dan Taufik menyiasat dan mendapati Shahrul dan Kumar yang bertengkar tentang telefon bimbit. Badri mula mengesyaki Shahrul dan Kumar terlibat dalam komplot menganiaya dirinya. Tanpa berlengah, Badri mendapatkan Kumar untuk mendapatkan pen|elasan. Shahrul terus memarahi Kumar. Pergaduhan hampir tercetus. Lokman datang dan menghalang pergaduhan lersebut. Shahrul dan Kumar dibawa ke bilik pengawas. Shahrul bercakap kasar dan memandang rendah kepada Lokman walaupun Lokman ialah ketua pengawas sekolah. Lokman terus menasihati Shahrul dan akhirnya melepaskan Shahrul. Badri memberitahu Lokman dia seolah-olah patah semangat. Lokman pula terus memberikan keyakinan kerana Badri seorang pengawas yang terbaik pernah ditemuinya. Badri bersyukur kerana Taufik dan Siew Mei terus menyokong  semua tindakannya.

Bab 19 Cerita Baharu: Badri, Taufik, dan Siew Mei makan di kantin. Kemudian Meng Kong datang dan duduk Dersama-sama mereka. Badri bertanya Meng Kong tentang Kumar. Kata Meng Kong, dia yakin Kumar telah insaf. Siew Mei masih ragu-ragu tentang perubahan Kumar. Meng Kong luga bercerita tentang Shahrul. Katanya Shahrullah yang menjadi punca semua masalah. Dia sangal degil dan terlibat dengan sindiket yang diketuai oleh Amran. Ibu bapa Shahrul pula sering menyebelahinya. Shahrul kurang mendapat perhatian ibu bapanya yang sering sibuk dengan kerja. Badri memuji Taufik yang cekap mendapatkan cerita.

Bab 20 Hati yang Luka: Badri duduk seorang din di belakang bangunan sekolah. Dia sedang berfikir tentang Nadira. Siew Mei dan Taufik datang menemuinya Semasa bercakap, Badri telah tersasul menyebut nama Siev. Mei sebagai Nadira. Siew Mei yang berasa tersinggung dan merajuk terus meninggalkan Badri. Badri meminta Taufik menyampaikan permohonan maafnya kepada Siew Mei tetapi Taufik enggan berbuat demikian. Sebaliknya Taufik menyuruh Badri sendiri yang berbuat demikian. Taufik menyalahkan Badri kerana tidak tahu menilai keikhlasan Siew Mei.Badri berasa tertekan. Dia juga tidak dapat menerima tindakan Nadira yang seolah-olah menghukumnya. Badri ke ruruah Pak Alang untuk berbual. Nadira juga datang ke rumah Pak Alang bersama-sama Shahrul. Badri mahu pulang tetapi dihalang oleh Mak Alang yang ingin mengirimkan kuih kepada ibu Badri. Nadira bermuka-muka dengan Badri. Shahrul juga turut menyindir dan menyakiti hati Badri. Badri mengambil peluang untuk menempelak Shahrul. Katanya Shahrul sedang dicari oleh Cikgu Jailani kerana kesalahannya memfitnah. Nadira tetap menuduh Badri sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab. Tiba-tiba telefon bimbit Shahrul herbunyi. Wajahnya berubah semasa menjawab panggilan. Kemudian dia meminta diri dan bergegas pergi. Katanya dia ada urusan penting dan meminta Nadira tinggal di situ. Dia berjanji akan datang menjemput Nadira. Namun, Shahrul tidak muncul lagi selepas itu.

Bab 21 Harapan: Siew Mei telah memaafkun Badri. Mereka bersedia untuk menghadapi pepenksaan SPM. Setelah peperiksaan selesai, Badri. Taufik. dan Siew Mei berkumpul untuk kali terakhir sebelum bercuti. Mereka membincangkan perancangan masa depan. Siew Mei ingin bertemu kakaknya di Tokyo. Badri dan Taufik pula ke pantai timur untuk bekerja di resort milik hapa saudara Badri. Namun, Badri masih teringat akan Nadira. Gadis itu datang bertemunya sebelum dia berlepas ke pantai timur. Kata Nadira, Shahrul ingin meminta maaf kepada Badri kerana dialah yang meletakkan telefon bimbit dalam beg sekolah Badri tempoh hari. Dia juga ditahan polis kerana terlibat dalam aktiviti lumba hurum. Akhirnya keputusan peperiksaan diumumkan. Badri dan Siew Mei mendapat 9A dan Taufik mendapat 7A. Mereka berasa sangat gembira dan tidak sabar-sabar ingin memberitahu ibu bapa masing-masing. Badri ingin kembali bekerja di resort. Dia ingin memohon masuk ke IPT melalui internet.

Bab 22 Senja Belum Berlabuh: Badri telah menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Ireland. Dia berkuniung ke resort milik Jamil dan Taufik. Jamil mendedahkan rahsia kehilangannya dahulu. Dia telah dihantar oleh ibu bapanya untuk bersekolah di Sarawak. Tujuannya agar Jamil tidak terpengaruhi dengan gejala negatif di bandar. Shahrul dan Kumar membuka bengkel membaiki kenderaan setelah tamat pengajian di politeknik. Perniagaan mereka berjaya dan berkembang maju. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Cikgu Jailani telah bersara daripada jawatannya. Siew Mei juga telah tamat pengajian dalam bidang pergigian. Jamil bertanya sama ada Badri berminat untuk membuka klinik. Kata Badri, dia mahu berkhidmat di hospital kerajaan kerana mahu membalas budi. Dia telah melanjutkan pelajaran dengan biasiswa yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.




1 ulasan: