Jumaat, 20 Februari 2015

Ayat Majmuk

AYAT  MAJMUK

 Definisi Ayat Majmuk.
Menurut buku Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2008), ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya  ayat  1,(a) , dengan ayat 1.(b);
            1. Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat latihan matematik.
             (a) Ali sedang membaca buku.
             (b) Fatimah sedang membuat latihan matematik.
 Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu:
1  Ayat majmuk gabungan                   2  Ayat majmuk pancangan          3  Ayat majmuk campuran

Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua ayat atau lebih yang menjadikan satu dengan cara mengabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti ,dan,atau, tetapi, dan sebagainya.
Contoh:
1                    Rokiah pandai menyanyi dan menari.
2                    Abu kurus tetapi kuat makan.
 Ayat 1 dihubungkan dengan kata hubung dan manakala ayat 2 dihubungkan dengan kata hubung tetapi.

Ayat Majmuk Pancangan 
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.Hal ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapatsatu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat  kecil.Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.

Ayat Majmuk Pancangan
Ayat Relatif
Ayat Komplemen
Ayat Keterangan
Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang seperti contoh di bawah:
1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Leman.

(2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Leman

(3) Kanak-kanak itu cedera
Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecildengan menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan menggunakan kata hubung yang.
Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat. Ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawaatau yang.

Contoh:
1.Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu.
2.Bahawa pembuangan puntung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran.
Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat.
Contoh:
Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia.
Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagal Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu.
-kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama.

 Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.Biasanya, ayat jenis ini panjang.Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya.
Contoh 1:
Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 2002, yang telah menerima suntikan tersebut.
            
Dalam ayat ini terdapat dua ayat relatif yang dipancangkan ke dalam ayat induk iaitu yang lahir dalam tahun 2002 dan yang mereka menerima suntikan tersebut. Subjek ayat majmuk ialah mereka, katakerjanya mendaftarkan dan objek tepat kanak-kanak.Kedua-dua ayat relatif itu merupakan penerang kepada objek tepat

2. Dengan berdasarkan petikan dari buku teks Tahun 6 muka surat 23 dan 63  setelah dianalisis petikan tersebut dan telah mendapati beberapa contoh mengikut perkara  berikut:

i)          Ayat majmuk gabungan.
            Lampu bercahaya dan berwarna-warni.

ii)         Ayat majmuk pancangan

Ayat Majmuk Pancangan
Ayat Relatif
Ayat Komplemen
Ayat Keterangan
Contoh 1:
Madu tersebut dijual   dengan harga yang tinggi.

Contoh 2:
Di negara kita juga banyak kraf tanganyang dihasilkan daripada buluh.
Contoh 1:
Sesetengah penduduk kampung mencari madu lebah di hutan untuk dijual.

Contoh 2:
Tahukah kamubahawa hutan merupakan sumber pendapatan kepada sesetengah penduduk di negara kita?
Contoh 1
Hani sekeluarga berasa bertuahkerana dapat menyaksikan konsert itu.

Contoh 2:
Kraf tangan ini dipasarkan denganmeluas.

iii)        Ayat majmuk campuran
Contoh 1:
Terdapat pelbagai jenis rotan seperti rotan manau atau nama saintifiknya, Calamus conioastris, rotan semang dan rotan paku atau Calamus exilis.

Contoh 2:
Apabila menyebut perkataan hutan, tergambar dalam fikiran kita akan pokok-pokok yang besar dan pelbagai jenis mergastua.


Sumber:http://rosmeena.blogspot.com/2013/08/ayat-majmuk.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan