Ahad, 29 Mac 2015

PANDUAN PENULISAN PENDAHULUAN

Contoh 1:
Amalan menabung perlu dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak awal lagi. Nyatakan kebaikan-kebaikan yang diperoleh dengan amalan menabung ini.

Analisis soalan:-

Tema/Isu                                :  Amalan menabung  (AR)
Contoh                                   :  Contoh bank; Maybank, Tabung Haji, Bank Simpanan
                                                     Nasional  (AC)
Tugasan/arahan soalan       :  Kebaikan menabung  (AA)

TEKNIK PENULISAN PENDAHULUAN-TEKNIK ARCA
PW: Penanda Wacana
AR:  Ayat Rangsangan berdasarkan tema /Pernyataan Umum
AC:  Ayat Contoh ( merujuk contoh tema)
AA:  Ayat Arah dikaitkan dengan arahan/tugasan soalan

       [PW] Dalam meniti arus pemodenan, amalan menabung merupakan amalan mulia yang perlu dipupuk sejak kecil lagi.   Persis mutiara kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya, sewajarnyalah ibu bapa dalam menerapkan amalan menabung kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. [AC] Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membuka akaun simpanan anak-anak di mana-mana institusi kewangan seperti Bank Simpanan Nasional, Tabung Haji dan Maybank. Hal ini demikian kerana   amalan menabung yang menjadi kemestian bagi sesetengah masyarakat mempunyai banyak kebaikannya.


CONTOH 2:

Kes kemalangan jalan raya sering meningkat terutama pada musim perayaan.  Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya di negara kita.

Analisis soalan   :
Tama/Isu              :   kemalangan jalan raya semakin meningkat(AR)
Contoh                 :   ketika sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau cuti umum (AC-
                                    merujuk tema)
Arahan/Tugasan    :   usaha-usaha mengurangkan kemalangan jalan raya(AA)

PENULISAN PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA
      (PW)Memang tidak dapat dinafikan, (AR)kes kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat saban tahun.  (AR)Saban hari kita dapat membaca berita tentang kemalangan yang bukan sahaja mengakibatkan kecederaan malahan kehilangan nyawa.  (AC)Sebagai contoh, ketika cuti Hari Raya, Tahun Baru Cina atau hari-hari kelepasan umum yang lain , jumlah kemalangan turut meningkat apabila warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing. .(AR)Bilangan kenderaan yang bertambah di jalan raya umpama cendawan tumbuh selepas hujan turut menjadi punca peningkatan kes kemalangan di negara kita.  (AA)Oleh hal yang demikian, usaha-usaha yang drastik perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk membendung masalah ini daripada terus berleluasa.

sumber:diubahsuai daripada http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/tips-panduan-penulisan-pendahuluan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan