Selasa, 15 September 2015

Watak Sampingan Merenang Gelora

Jamil

Kawan baik kepada Badri. Menasihati Badri tentang risiko menjadi pengawas.
Terlibat dalam bisnes menjual telefon bimbit terpakai dan kad prabayar yang dijalankan oleh Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
Menjauhkan diri daripada Badri setelah Badri mengetahui kegiatannya.
Keluarganya menghantar Jamil ke Sarawak setelah mendapati dia mempunyai masalah dengan kumpulan Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
Insaf akan kesalahan yang dilakukan - berhenti daripada menjual barangan milik
Meng Kong setelah Meng Kong menuduhnya mencuri telefon bimbit.
Jamil- Jamil merupakan kawan rapat kepada badri dan bersekolah bersama-sama dengan Badri. Ibunya seorang penjaja yang menjual nasi lemak. Jamil juga telah terpengaruh dengan Shahrul dan dalam diam tanpa pengetahuan Badri, dia bekerjasama dengan Shahrul . Kemudian Jamil hilang tanpa berita. Akhirnya mereka bertemu juga setelah masing-masing berjaya dalam hidup. Antara perwatakan Jamil ialah tidak berpendirian, contohnya Jamil tidak menyokong usaha Badri membanteras penjualan telefon bimbit walaupun dia berkawan dengan Badri. Jamil juga seorang anak yang suka membantu, contohnya dia kerap membantu ibunya menjual nasi lemak di gerai ibunya. Seterusnya, Jamil juga anak yang patuh akan nasihat orang tuaqnya, contohnya Jamil berpindah dan bersekolah di Sarawak atas permintaan keluarganya. Dia juga  insaf atas perbuatannya bersekongkol dengan Shahrul.

Nadira
Seorang pelajar perempuan baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah yang mengikut ayahnya bertugas di Kuala Lumpur.
Sahabat Badri dan Shahrul dalam kelas 5 Bestari.
Tidak berpendirian tegas - Nadira mudah dipengaruhi Shahrul untuk mempercayai kes telefon bimbit yang dijumpai di dalam beg Badri.
Mengalami kejutan budaya - setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng.
Ego dan sombong - bersikap bena tidak bena akan nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah.
Tidak mendengar nasihat - Nadira enggan menerima nasihat kakaknya, Nurul Ain yang menegur tentang penampilannya.
Tidak menghormati orang lain – meninggikan suara ketika kakaknya menegur tentang pakaiannya yang agak terdedah dan mencolok mata.
Suka membazirkan masa – sering membazirkan masa dengan bersiar-siar dan melepak di kompleks beli belah bersama-sama Shahrul.


Cikgu Jailani

Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.
Tegas - dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.
Adil - mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang pengawas.
Rasional - menyelidiki kes Badri disiram air ketika berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg Badri.
Bertolak ansur - meskipun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya cikgu Jailani tidak menggantung persekolahannya.

Shahrul

Salah seorang rakan Badri, anak orang berada
Berkawan baik dengan Kumar dan Meng Kong
Berlagak dan sombong - Shahrul tidak betah tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah banglo.
Materialistik - Shahrul terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit yang dicuri semata-mata untuk memperoleh wang bagi membeli barangan mewah dan berjenama.
Suka berfoya-foya - bercampur gaul dengan budak-budak motor dan melepak di kompleks beli-belah.
Berprasangka buruk - menganggap Badri berlagak menjadi pengawas.
Panas baran - Shahrul mencekak kolar baju Kumar agar Kumar mengikut arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran.
Mudah terpikat dengan gadis cantik - berani membawa keluar Nadira menunggang motosikal.
Mementingkan diri sendiri – Shahrul meninggalkan Nadira keseorangan ketika polis cuba menangkap rakan-rakan mat rempitnya.
Memperalat orang lain untuk tujuan jahatnya – Shahrul menyuruh Kumar untuk memasukkan sesuatu ke dalam beg Meng Kong supaya Meng Kong dibuang asrama.
Pendendam – Shahrul meminta Din untuk memukul Badri bagi melepaskan dendamnya terhadap Badri.


Meng Kong
Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit.
Rakan kepada Shahrul dan Kumar
Tidak jujur - Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit lalu dijual kepada pelajar di sekolahnya.
Mata duitan atau materialistik - Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.
Insaf akan kesalahan yang dilakukan - setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV, dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
Patuh dan taat kepada ibu bapa - Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan oleh bapanya.

Kumar
Rakan kongsi kepada Shahrul dan Meng Kong dalam perniagaan menjual telefon bimbit dan kad prabayar kepada pelajar sekolah.
Menyimbah air ke atas Badri semasa Badri di dalam tandas.
Benci dan marah terhadap Badrul yang menyebabkan telefon bimbitnya dirampas oleh Cikgu Jailani.
Mata duitan atau materialistik – Kumar bersama dua rakan karibnya Shahrul dan Meng Kong terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit dan kad prabayar untuk memperoleh wang lebih.
Mudah dipergunakan oleh orang lain – Kumar cuba memfitnah Meng Kong supaya Meng Kong dibuang asrama atas arahan Shahrul.
Insaf akan kesalahan yang dilakukan – Tidak mahu lagi dipergunakan oleh Shahrul. Sedar bahawa dia telah banyak ketinggalan dalam pelajarn.
Berubah menjadi baik setelah beberapa kali diberi sesi kaunseling – mula akrab dengan Badri dan mengulang kaji pelajaran bersama-sama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan