Rabu, 13 Februari 2019

CARA PENGEMBANGAN ISI PENTING KARANGAN


Langkah-langkah mengatasi masalah kemurungan dalam kalangan masyarakat di negara kita.


Melancong merupakan aktiviti yang dapat mengatasi kemurungan. Hal ini demikian kerana setiap kali melancong saya dapat merasakan keterujaan dan kegembiraan yang membolehkan saya melupakan segala masalah yang membelenggu fikiran. Dengan demikian, ketika melancong itu, saya dapat menikmati keindahan dan keunikan panorama negara lain di samping menambahkan pengetahuan tentang budaya dan sejarah negara tersebut, bertepatan dengan maksud peribahasa jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pula pengalaman. Sebagai contohnya, ketika melawat Jogjakarta, Indonesia, saya dapat melihat keunikan Candi Ploasan. Dengan itu, aktiviti lain ketika melancong seperti sesi membeli-belah cukup membantu seseorang melupakan segala tekanan yang dihadapi.


Apa (Isi)
Langkah pertama,Selain itu,Di samping itu,Seterusnya, Akhir sekali,

Melancong merupakan aktiviti yang dapat mengatasi kemurungan
Mengapa
(Alasannya)
Hal ini demikian kerana, Hal ini berlaku kerana,  Hal ini terjadi kerana,
setiap kali melancong saya dapat merasakan keterujaan dan kegembiraan yang membolehkan saya melupakan segala masalah yang membelenggu fikiran
Kesan
Dengan demikian,
ketika melancong, saya dapat menikmati keindahan dan keunikan panorama negara lain di samping menambahkan pengetahuan tentang budaya dan sejarah negara tersebut, bertepatan dengan maksud peribahasa jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pula pengalaman
Bukti/
contoh
Misalnya, Sebagai contoh, Sebagaimana yang kita sedia maklum,
ketika melawat Indonesia, keunikan Candi Borobudur amat mengagumkan dengan seni binanya yang amat halus
Penegasan
Perenggan
Kesannya, Natijahnya, Akibatnya, Akhirnya, Dengan itu,
aktiviti lain ketika melancong seperti sesi membeli-belah cukup membantu seseorang melupakan segala tekanan yang dihadapi.
                                          



Tiada ulasan:

Catat Ulasan