Khamis, 29 Oktober 2020

Sajak:Seorang Tua di Kaki Tamadun (Fadh Razy)


Maksud
Rangkap 1 Seorang yang memerah keringatnya di bawah matahari terik untuk mengusahakan sawah padi dilanda resah kerana pemodenan kian rancak.
Rangkap 2 Dalam musim yang panas, orang tua itu tetap membawa cangkul untuk mengusahakan sawah sedaya upaya.
Rangkap 3 Orang tua itu membersihkan sawahnya daripada semak.Dalam sawah terdapat padi yang sedang masak dan terdapat banyak tikus yang ingin memusnahkan padi.
Rangkap 4 Petani tua itu melaksanakan amanah orang tuanya untuk mengerjakan sawah itu, walaupun sukar.
Rangkap 5 Sewaktu petang Pak tua bersandar di surau usang, Pak Tua merasa sedih ketika azan dilaungkan kerana di dalam hatinya terpendam rasa yang marah yang tidak ditahannya.
Rangkap 6 Usaha untuk mempertahankan tanah sawahnya jadi sia-sia kerana telah ditipu oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.Sawahnya yang selama ini digunakan untuk menyara mereka sekeluarga telah dibangunkan dengan perubahan pemodenan.
 

Tema
Tema sajak ini ialah pembangunan yang dijalankan telah melenyapkan warisan tradisi nenek moyang.  Penulis telah ditipu oleh golongan yang tidak bertanggungjawab hingga sawah padinya gagal dipertahankan kerana tanah tersebut telah dibangunkan dengan perubahan pemodenan.


Persoalan  
1. Persoalan kegigihan mengusahakan sawah. Contohnya walaupun cuaca panas dan menggunakan cangkul yang tumpul petani tetap gigih mengusahakan sawahnya.
2. Persoalan tipu muslihat oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Contohnya sawah petani tua telah dieksplotasikan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk pembangunan.
3. Persoalan ketaatan menunaikan ajaran agama. Contohnya petani tua sentiasa menunaikan suruhan Tuhan dengan melaksanakan solat di surau usang itu.
 

Gaya Bahasa
1.Sinkope iaitu singkatan perkataan.contoh tak
2.Metafora.Contoh selut sejarah,langit peradaban,tikus oportunis.
3.Hiperbola.Contoh cita-cita tinggal cuma sepadang lalang.
4.Kata ganda.Contoh, berkali-kali,cita-cita
5.Repitisi kata.Contohnya, berkali-kali
 

Ciri bentuk puisi

1. Berangkap iaitu 6 rangkap.
2.Jumlah baris yang tidak sama setiap rangkap.Contohnya, terdiri  daripada 3 baris hingga 7 baris serangkap.
3.Bilangan perkataan tidak sama setiap baris.Contohnya   iaitu 2 hingga 6 patah perkataan sebaris.
4.Bilangan suku kata yang tidak sama setiap baris iaitu 5 hingga 13 suku kata. 
5.Rima akhir tidak sama atau berbentuk bebas. Contohnya ;
rangkap 1 : abb, rangkap 2:abcdc

 

Nada
Melankolik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan