Ahad, 17 Januari 2010

Panduan Menulis Rumusan

A. MENULIS PENGENALAN:
1. Tulis dan ubah perkataan daripada kunci kata soalan pertama sahaja dalam pengenalan
2. Kenal pasti tempat isu tersebut berlaku/gambaran isu tersebut
3. Mengubah maksud perkataan kunci kata pertama soalan:
* faktor = punca = sebab = penyebab = perkara yang mempengaruhi
* langkah = inisiatif = cara = kaedah = tindakan
* kesan = implikasi = kebaikan = keburukan = kesan positif = kesan negatif
* ciri = sifat = bentuk
* masalah = halangan = cabaran = kekangan

4. Contoh:
1. Buat suatu rumusan tentang usaha-usaha untuk menangani demam denggi dan tanda-tanda seseorang itu diserang demam denggi

Pengenalan rumusan :
Petikan membincangkan cara-cara untuk mencegah demam denggi daripada merebak

B. MENULIS ISI TERSURAT:

1. Isi jawapan berdasarkan kunci kata soalan yang pertama. (gunakan kunci kata dalam soalan. Jangan ubah)
2. Isi hanya yang terdapat dalam petikan sahaja.
3. Beri maksimum 6 isi. (Jumlah isi tersurat dan tersirat ialah 8 isi)
4. Jika kurang isi tersurat, tambah isi tersirat anda.
5. Jika jumlah perkataan masih kurang 120 perkataan, anda digalakkan tambah isi tersurat.
6. Pastikan maksimum 2 isi dalam satu ayat. SEBAIK-BAIKNYA 1 isi dalam 1 ayat.
7. Gunakan penanda wacana untuk menggabungkan setiap ayat.

Contoh 1: Rumusan yang baik.(Katakanlah faktor banjir kilat)

-Faktor utama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang tersumbat.
-Selain itu, faktor yang lain termasuklah kurangnya kadar serapan air di kawasan bandar.
-Sementara itu, hujan lebat yang berterusan juga turut menjadi faktor fenomena tersebut.
-Terdapat juga faktor kurangnya sistem perangkap sampah di kawasan sungai berhampiran.
-Di samping itu, kekurangan tumbuhan di bandar menyebabkan banjir kilat terjadi.
-Faktor penyebab yang terakhir ialah hakisan tanah yang dihasilkan oleh pembinaan di bandar.

C. MENULIS ISI TERSIRAT:
1. Berdasarkan kunci kata soalan yang kedua.
2. Isi bahagian ini perlu anda fikir sendiri dan bukan diambil dari petikan juga.
3. Jika isi tersirat yang anda fikirkan sudah ada dalam petikan juga, jangan ambil sebagai isi anda.
4. Penggunaan ayat dan penanda wacana adalah sama dengan isi tersurat.
5. Jumlah minimum ialah 2 isi tetapi jika isi tersurat kurang, bahagian isi ini perlu ditambah.


D. MENULIS PENUTUP / ULASAN:

1. 3 aspek perlu ditulis iaitu:
i. siapa bertindak ii. apa tindakan iii. tujuan tindakan
2. Ayat mesti mengandungi perkataan berikut:
i. Kesimpulannya / Oleh itu / Justeru / Maka / Jadi
ii. harus / patutlah / mestilah / wajarlah / harus / patut
iii. supaya / agar

Contoh :
Kesimpulannya, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan).

Contoh soalan:
Buat suatu rumusan tentang usaha-usaha untuk menangani demam denggi dan tanda-tanda seseorang itu diserang demam denggi

Contoh jawapan ulasan rumusan:
Semua pihak hendaklah bekerjasama untuk mencegah demam denggi supaya negara kita bebas daripada wabak denggi/agar kesihatan rakyat terjamin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan