Isnin, 12 Julai 2010

Pantun 4 Kerat


PANTUN EMPAT KERAT (Dagang)
Tanam delima di tengah padang,
Raja berarak dari Asahan,
Terimalah saya anaknya dagang,
Datang dengan kain basahan.
Buah langsat gendong di kain,
Pokok rending bergantung-gantung,
Bukan dagang datang bermain,
Dagang datang mencari untung.
Kedidi di pasir gosong,
Anak murai putih dadanya,
Tarik nafas kenangkan untung,
Jatuh berderai air matanya.
(Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)
-->
Jelaskan empat ciri pantun di atas

Antara bentuk pantun tersebut ialah setiap rangkap mempunyai empat baris.Sebagai contohnya,dua baris pertama mengandungi pembayang dan dua baris kedua mengandungi maksud.
Selain itu, pola rima yang terikat juga merupakan satu daripada ciri pantun tersebut.Sebagai contohnya abab iaitu Tanam delima di tengah padang(a),Raja berarak dari Asahan(b),Terimalah saya anaknya dagang(a),Datang dengan kain basahan(b).
Seterusnya,jumlah perkataan antara tiga hingga empat patah perkataan sebaris.Hal ini dapat dikesan dalam rangkap ketiga baris pertama yang mengandungi 3 perkataan sebaris iaitu Kedidi di pasir gosong. Rangkap pertama baris 1 pula mengandungi 4 perkataan iaitu Tanam delima di tengah padang.
Ciri pantun tersebut yang terlahir ialah dari segi jumlah suku katanya antara 7 hingga 11 setiap baris.Misalannya, rangkap kedua baris pertama mengandungi 7 suku kata iaitu Buah/ lang/sat gen/dong di/ kain/. Rangkap pertama pada baris ketiga pula mmengandungi 11 suku kata iaitu Te/ri/ma/lah sa/ya/ a/nak/nya/ da/gang/.