Isnin, 12 Julai 2010

Persoalan Jeriji Kasih

6a.Bincangkan lima persoalan yang terdapat dalam novel Jeriji Kasih. [10 markah]
@Kegighan ibu membesarkan anak-anak-Solehah sebagai ibu tunggal tetap reda akan nasib malangnya setelah kehilangan suami dan gigih membesarkan anak-anak mereka tanpa mempedulikan hinaan masyarakat
@Sikap bapa yang mementingkan kerjaya daripada keluarga-Syed Mustafa jarang-jarang berada di rumah kerana masanya banyak dihabiskan untuk kerjayanya sehingga menyebabkan Syed Fariz menjadi anak yang bermasalah.
@Keikhlasan hati dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan-Nek Siah merupakan jiran yang selalu membantu keluarga Solehahyang sering dalam kesusahan
@Kekurangan diri tidak menghalang untuk menempa kejayaan-Anuariza yang cacat tangannya mempunyai bakat dalam lukisan dan berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalamSTPM
@Jodoh pertemuan di tangan tuhan-walaupun Syed Mustafa dan Saliah saling mencintai, namun jodoh mereka tidak kesampaian apabila keluarga Khusairi secara diam-diam telah meminang Saliah untuk dijadikan menantu mereka
@Ketandusan kasih sayang dan perhatian penyebab masalah sosial-Syed Fariz bertindak liar kerana inginkan perhatian daripada bapanya yang selalu sibuk dengan kerjaya

(b)Jelaskan nilai yang boleh dihayati berdasarkan novel tersebut.[10 markah]
@kasih sayang-Solehah membantah dan tidak membenarkan Anuariza ke hutan paya kerana bimbang akan keselamatan anaknya
@pengorbanan-Anuariza terpaksa mengorbankan cintanya terhadap Sya. Farisya semata-mata ingin mengejar impiannya di samping mengutamakan keperluan ibu dan adiknya
@prihatin-Nek Siah menjanjikan keselesaan Ruhaiza dalam mendaatkan rawatan terbaik setelah rasa bersalah atas kesalahan cucunya cuba merogol Ruhaiza
@bertanggungjawab-Anuariza terpaksa menorah getah dan mencari rezeki dengan mencari buah-buahan kayu di hutan untuk dijual bagi menampung keperluan keluarganya
@pendendam-Syed Fariz berdendam dengan ayahnya kerana menganggap kematian ibunya berpunca daripada ayahnya
@terburu-buru-Syarifah Farisya nekad melarikan diri dari rumah dan menetap di rumah sahabat ibunya (Hjh Munirah) semata-mata kerana tidak bersetuju dengan rancangan perkahwinan ayahnya dengan Solehah