1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk
stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang
menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau
orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
1. Ayat aktif ialah ayat yang kata
kerja berawalan men-. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan
khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera
sekolah.
2.
Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya
(a) tidak
berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti
diri kedua.
Contohnya:
i. Bola itu saya tendang.
ii. Borang itu perlu anda isi.
(b) berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.
Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.
3. Ayat pasif terdiri daripada:
(a) ayat pasif
diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri pertama
seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b) ayat pasif
diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri kedua
seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c) ayat pasif
diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di-, diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia,
beliau, baginda, dan sebagainya.
4.
Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.
Contohnya:
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif Diri Pertama
|
(a) Saya mencuci kasut sekolah.
(b) Kita menerima keputusan itu.
(c) Aku akan memetik bunga itu.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu.
|
(a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Keputusan itu kita terima.
(c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Jadual itu sudah kami susun.
|
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif Diri Kedua
|
(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu.
|
(a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kereta itu perlu kamu baiki.
|
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif Diri Ketiga
|
(a) Mereka mengecat bangunan.
(b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya
beratur.
(d) Dia sedang menjahit baju.
|
(a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar.
(c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
supaya beratur.
(d) Baju sedang dijahit olehnya.
|
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif
|
1. Ali membaca buku itu.
2. Ibu memasak nasi lemak.
3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita.
4. Salmah memukul adiknya dengan kuat.
5. Yusof membawa kerusi patah.
|
Buku itu dibaca oleh Ali.
Nasi lemak dimasak oleh ibu.
Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.
Kerusi patah dibawa oleh Yusof
|
Nota tambahan:
Dalam Frasa Kerja Pasif, kata kerja pasif
diri pertama dan diri kedua mesti diikuti oleh kata kerja pasif tanpa awalan. Hukum Aneksi Persona menetapkan bahawa
ruang di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja pasif
tidak boleh dihadiri oleh sebarang perkataan lain seperti kata bantu atau kata
nafi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan