Ahad, 28 April 2019

JENIS-JENIS PENDAHULUAN KARANGAN



JENIS-JENIS PENDAHULAUAN KARANGAN
(i)   pendahuluan jenis definisi,   (ii)  pendahuluan jenis pendapat         (iii) pendahuluan jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan   (v)  pendahuluan jenis peribahasa    (vi) pendahuluan puisi
(vii) pendahuluan gabungan

PENDAHULUAN JENIS DEFINISI -memberikan takrif · makna · definisi (dengan merujuk kamus)

                 Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa.  Usaha-usaha pelbagai pihak amat diperlukan untuk membendung jenayah.

PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -
menyatakan pendapat seseorang tokoh

               Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan.  Langkah-langkah yang drastik harus diambil untuk memastikan kegiatan pembangunan dapat diteruskan di negara kita dan dalam masa yang sama pencemaran dapat dielakkan.

PENDAHULUAN JENIS SUASANA -menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi yang sesuai.

               Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.

 PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk

              Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?


PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.

               Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan tebing” amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti.  Namun semangat berkerjasama dalam masyarakat semakin hari semakin terhakis terutama di kawasan bandar.  Punca-punca permasalahan ini perlu dibincangkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.


PENDAHULUAN GABUNGAN-- Menggabungkan dua atau lebih jenis pendahuluan

               Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinasikan sebagai kegiatan laku musnah yang berkaitan dengan tidakan merosakkan atau memusnahkan harta benda termasuk kemudahan awam.  Gejala memusnahkan kemudahan awam seperti pondok menunggu bas, telefon awam, kemudahan di sekolah dan sebagainya.  Persoalannya mengapakah gejala vandalisme ini sering berlaku dalam kalangan remaja?  Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membendung gejala ini?

http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/jenis-jenis-pendahuluan-dalam-penulisan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan