-Menurut Tatabahasa Dewan, ayat dasar ialah ayat
yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu
bahasa. Walaupun terdapat pelbagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya,
dan dari segi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa, namun jika dikaji asas
binaannya maka semua ayat itu boleh dikesan rangka dasarnya sebagai berasal
daripada beberapa pola tertentu.
-Empat jenis unsur pengisi konstituen predikat
inilah yang menubuhkan empat jenis pola ayat dasar bahasa Melayu seperti yang
berikut:
i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS)
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS)
1.Pola 1: Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini
menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan Frasa Nama ( FN ) sebagai
prekikat.
Contah ayat bagi pola ( FN+FN ) :
Ahmad ialah guru.
Ahmad merupakan frasa nama begitu juga dengan
guru.Ayat tersebut tidak menjadi terbitan kerana tidak mempunyai imbuhan.
2.Pola 2: Frasa Nama + Frasa Kerja
(FN + FK)
Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini
menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan Frasa Kerja ( FK ) sebagai
prekikat.
Contah ayat bagi pola ( FN+FK ) :
Ahmad berlari.
Ahmad merupakan frasa nama manakala berlari merupakan
frasa kerja iaitu
daripada kata dasar lari.
3.Pola 3: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan
Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan Frasa Adjektif ( FA ) sebagai prekikat.
Contah ayat bagi pola ( FN+FA ) :
Ahmad tinggi.
Ahmad merupakan frasa nama manakala tinggi merupakan
kata adjektif atau pun kata sifat iaitu sifat Ali yang tinggi.
4.Pola 4: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)
Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini
menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan Frasa Sendi Nama ( FSN )
sebagai prekikat.
Contah ayat bagi pola ( FN+FSN ) :
Rumahnya disebelah balai Polis.
Rumah merupakan frasa nama manakala di merupakan kata sendi
nama. Balai polis hanyalah predikat ayat.
Ayat dasar ini
juga mengandungi beberapa ciri iaitu:
-boleh terdiri dari satu klausa utama sebagai satu susunan biasa.Hal Ini
kerana ayat dasar terdiri dari satu subjek dan satu predikat
-Ayat dasar juga bertindak sebagai ayat penyata bagi
menyatakan
sesuatu.
-ayat dasar juga bertindak sebagai ayat aktif. Ayat dasar ini biasanya
ialah ayat yang
ringkas maka ayat ini berpotensi untuk diperluaskan
-Ayat ini juga tidak mempunyai kata hubung yang menyambung antara
dua ayat.
http://jaslanzabarjad.blogspot.com/2013/10/pola-ayat-dasar.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan