Jumaat, 7 Ogos 2015

Cara Penulisan Ulasan(Pemindahan maklumat)

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Buat ulasan anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

5 cara penulisan isi tersirat iaitu:
a)ayat pendahuluan
b)ayat huraian
c)ayat contoh
d)ayat penutup
e)tambahan isi penting berdasarkan kata kunci 
SEBAB/KESAN/CARA MENGATASI

Isi tersurat(SU):
a)Pelbagai langkah pencegahan perlu dilakukan untuk menghapuskan kitaran nyamuk aedes.
b)Langkah pertama ialah pencegahan yang bermula dari rumah iaitu periksa persekitaran rumah.
c)pencegahan boleh dilakukan melalui kempen kesedaran yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

Isi tersirat(SI):
a)bertujuan supaya kawasan persekitaran rumah bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes seperti menghapuskan takungan air.
b)kempen "Tiada Aedes, Tiada Denggi" berjaya menarik minat masyarakat untuk memastikan persekitaran rumah bebas daripada nyamuk aedes.
c)Persekitaran rumah juga perlu bersih, bak kata pepatah "mencegah lebih baik daripada merawat
d)semua individu  perlulah bekerjasama untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.

Ulasan lengkap:

(SI-Ayat pendahuluan) "Cegah Aedes, Cegah Denggi" merupakan kempen yang dijalankan oleh kerajaan untuk menyedarkan orang ramai tentang bahayanya nyamuk aedes.(SU-a) Pelbagai langkah pencegahan perlu dilakukan untuk menghapuskan kitaran nyamuk aedes. (SU-b) Langkah pertama ialah pencegahan yang bermula dari rumah iaitu periksa persekitaran rumah.(SI-ayat huraian dan contoh)Hal ini bertujuan supaya kawasan persekitaran rumah bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes seperti menghapuskan takungan air .(SI-Isi tambahan-c)Persekitaran rumah juga perlu bersih, bak kata pepatah "mencegah lebih baik daripada merawat".(SU-c) Selain itu, pencegahan boleh dilakukan melalui kempen kesedaran yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.
(SI-ayat contoh)Antaranya, kempen "Tiada Aedes, Tiada Denggi" berjaya menarik minat masyarakat untuk memastikan persekitaran rumah bebas daripada nyamuk aedes.(SU-ayat penutup)Oleh itu, semua individu  perlulah bekerjasama untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.



14 ulasan:

  1. Di negara kita,terdapat ramai orang yang telah mendapat penyakit denggi.oleh itu,terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mencegah denggi.Antaranya yang pertama,periksa dikawasan rumah.Tujuan supaya dimana ada air yang bertakung dikawasan rumah dibuangkan kerana ynamuk aedes membiak didalam air bertakung.Seterusnya,pencegahan ynamuk aedes boleh dilakukan kempen kesedaran yang dianjurkan oleh kerajaan.Ini kerana kempen mencegah denggi berjaya menarik masyarakat untuk memastikan persekitaran rumah bebas denggi.selain itu,persekitaran rumah perlulah bersih dan tiad air yang bertakung.Oleh yang demikian ,semua individu perlulah bekerjasama untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Percubaan yang bagus walaupun ada sedikit kesilapan tatabahasa..

      Padam
    2. Terima kasih...😄😊😁

      Padam
  2. demam denggi merupakan sejenis wabak penyakit yang berpunca daripada nyamuk aedes.Demam denggi sangat berbahaya kerena pembiakan nyamuk aedes dapat memberi impak kepada seluruh masyarakat. Pembiakannya selalunya berpunca daripda kecuaian seseorang tentang kebersihan halaman rumah.seseorang perlu menitik beratkan tentang keadaan halaman rumah terutamanya tempat yang berair seperti di kawasan longkang. Persekitaran rumah perlulah sentiasa di pantau agar pembiakan nyamuk aedes dapat di bendung. Air di dalam pasu bunga perlu ditukar dengan sekerapnya.ini dapat mengelakkan pembiakan dengan lebih mudah.

    BalasPadam
  3. demam denggi merupakan sejenis wabak penyakit yang berpunca daripada nyamuk aedes.Demam denggi sangat berbahaya kerena pembiakan nyamuk aedes dapat memberi impak kepada seluruh masyarakat. Pembiakannya selalunya berpunca daripda kecuaian seseorang tentang kebersihan halaman rumah.seseorang perlu menitik beratkan tentang keadaan halaman rumah terutamanya tempat yang berair seperti di kawasan longkang. Persekitaran rumah perlulah sentiasa di pantau agar pembiakan nyamuk aedes dapat di bendung. Air di dalam pasu bunga perlu ditukar dengan sekerapnya.ini dapat mengelakkan pembiakan dengan lebih mudah.

    BalasPadam
  4. Demam denggi ialah sejenis penyakit yg boleh membawa maut . Antara punca denggi ialah persekitaran rumah yg kotor, terlalu banyak air yg bertakung dan sebagainya . Bagi menggelakkan pencegahan denggi kita perlu membuat langkah yang sepatutnye. Sebagai bukti, kita perlu memeriksa tempat tempat pembiakan aedes seperti tempat yg bertakung dgn air. Ia boleh mengakibatkan pembiakan aedes berlaku. Selain itu, kerajaan boleh membuat kempen kesedaran kepada masyarakat setempat . Sebagai contoh , kempen " Tiada Aedes, Tiada Denggi " yg boleh membuat masyarakat berminat untuk bersama sama melakukannya . Seterusnya , pihak kesihatan juga boleh membuat penyemburan ubat antiaedes ke setiap rumah. Oleh itu, masyarakat perlu memberi kerjasama yang baik demi kesihatan dirinya sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..ulasan ini sangat membantu saya untuk menyiapkan kerja sekolah saya😊

      Padam
    2. ulasan ini sangat bagus

      Padam
  5. Kmi ada solusi baru untk mencegah denggi,zika dan malaria.100% tiada bahan kimia dan boleh bawa mana2..diperbuat dri batu mineral gunung berapi dan pati minyak serai,lemon dn lemon myrtle.anda akan tidur dengan selesa dan tiada gangguan pda nyamuk hubungi sya 016-3947254.

    BalasPadam
  6. Di negara kita,terdapat ramai orang yang telah mendapat penyakit denggi.oleh itu,terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mencegah denggi.Antaranya yang pertama,periksa dikawasan rumah.Tujuan supaya dimana ada air yang bertakung dikawasan rumah dibuangkan kerana ynamuk aedes membiak didalam air bertakung.Seterusnya,pencegahan ynamuk aedes boleh dilakukan kempen kesedaran yang dianjurkan oleh kerajaan.Ini kerana kempen mencegah denggi berjaya menarik masyarakat untuk memastikan persekitaran rumah bebas denggi.selain itu,persekitaran rumah perlulah bersih dan tiad air yang bertakung.Oleh yang demikian ,semua individu perlulah bekerjasama untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes

    BalasPadam
  7. Penyakit denggi merupakan penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut. Antara langkah-langkah mencegah penyakit denggi ialah mengadakan kempen kesedaran. Kampen kesedaran dapat menambah pengatahuan orang awam tentang bahayanya denggi, orang awam dapat mencegahtempat pembiakan nyamuk aedes.

    BalasPadam
  8. demam denggi merupakan penyakit yang paling berbahaya dan boleh membawa maut . Terdapat pelbagai cara - cara mencegah penularan wabak denggi ini . Antarannya , kita perlu menghapuskan tempat - tempat pembiakan nyamuk aedes ini . Contoh - contoh tempat yang kita perlu hapuskan ialah longkang , pasu bunga , tayar yang terbiar ,kolam mandi di dalam bilik air di rumah kita dan lain - lain .Selain itu ,kita juga perlu meminta pihak kementerian membuat semburan serangga secara berkala . Sekurang -kurangnya dua minggu sekali . Seterusnya , kita boleh meminta pihak kementerian melakukan pemantaun di kawasan perumhan dan premis perniagaan.
    Sebagai kesimpulannya , kita perlulah menjaga persekitarang rumah supaya tiada pembiakan nyamuk aedes

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelbagai cara.berkala sekurang-kurangnya persekitaran

      Padam