Ahad, 7 September 2014

Karangan Keperihalan-Hari Keusahawanan

            Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru  telah mengadakan Hari Keusahawanan sekolah pada 27 Jun 2014 iaitu pada hari Jumaat yang lepas.Tujuan Hari Keusahawanan ini diadakan adalah untuk mendedahkan pengalaman mengurus gerai kepada pelajar di samping dapat menyemai sikap berdikari dan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.
      Tepat pada pukul 8.00 pagi, para peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar sibuk menyediakan barangan jualan di khemah-khemah yang telah disediakan manakala pelajar yang tidak terlibat perlu berada di kelas masing-masing bagi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa sehingga tiba waktu rehat. Para peserta kelihatan bersemangat ketika menyediakan barang-barang jualan di gerai masing-masing. Terdapat pelbagai aneka jualan yang dijual seperti pelbagai jenis makanan dan minuman berserta buku.
  Makanan dan minuman terdiri daripada aneka mee, pelbagai jenis kek, nasi ayam, laksa, air kisar pelbagai perisa dan banyak lagi. Semasa waktu rehat,saya dapati pelajar yang bertugas di gerai sibuk mempromosikan barang jualan masing-masing supaya pengunjung bertumpu di gerainya.Gerai yang menjual makanan menjadi tumpuan pelajar manakala gerai yang menjual pakaian, tudung dan aksesori wanita agak lengang.
         Waktu rehat yang agak panjang membolehkan saya meronda kesemua gerai yang ada dan melihat gelagat pelajar-pelajar yang lain.Saya juga berkesempatan untuk merasai pengalaman ngeri setelah masuk ke Rumah Hantu kelolaan Kelab Kebudayaan. Saya sangat kagum dengan kesungguhan pelajar dan guru yang terlibat kerana berjaya  merealisasikan Rumah Hantu yang ngeri dan menakutkan.
Sepanjang saya berada di dalam Rumah Hantu,bulu roma saya sentiasa meremang kerana suasananya sangat menakutkan.Pelajar-pelajar perempuan yang lain tidak hent-henti menjerit kerana ketakutan namun,saya cuba untuk mengawal diri dengan bertenang.
         Pada pukul 3.00 petang, acara Hari Keusahawanan sampai ke penghujungnya. Sebelum itu, banyak gerai mengadakan jualan penghabisan stok sebelum menutup gerai masing-masing. Banyak pengunjung berpusu-pusu untuk membeli makanan dan minuman dengan harga yang murah.Saya sangat gembira dapat membantu pihak sekolah menjayakan Hari Keusahawanan.



11 ulasan: