Isnin, 14 Jun 2021

DRAMA ANNA-Kemala


BABAK SATU

Anna bergegas ke lapangan terbang di belakangnya diikuti pekerja membawa dua beg pakaiannya.Anna terkenangkan ayahnya Thomas Carpenter.Ayahnya menasihati Anna supaya tidak terikut hati mudanya.Anna tidak akan tahan hidup dengan pemuda Melayu kerana cara hidup yang berbeza. Anna tidak akan mendapat kasih sayang sepenuhnya, sia-sia saja Anna mencintainya.Menurut ayahnya lagi Zaki akan lebih setia kepada ibunya kerana orang timur cintakan ibu dan saudara lebih daripada orang barat.Mereka juga mengamalkan kerjasama dan gotong royong tidak sama dengan orang barat yang hidup atas kekuatan sendiri.Ibunya sendiri mati kerana kekejaman mereka sebab berkahwin dengannya.Ayahnya tidak sampai hati melepaskan Anna. Cuma harapan Thomas Carpenter anaknya akan pulang kepadanya akhirnya.Anna mengakui kebenaran cakap ayahnya kerana Zaki di bawah takluk ibunya.Penerbangan Anna ditangguhkan setengah jam lagi kerana kerosakan yang tidak dapat dielakkan.

 

BABAK DUA

Zaki datang ke lapangan terbang menemui Anna.Zaki mengatakan Anna terlalu mengikutkan perasaan dan Anna begitu cepat berputus asa untuk memulihkan hubungan mereka. Anna mengatakan sudah cukup lama selama empat tahun dia merasakan hidupnya bagaikan dalam penjara selama menjadi isteri Zaki. Dia inginkan kebebasannya kembali.Zaki menafikan kata-kata Anna. Baginya Tina adalah lambang kasih mereka.Anna tidak menyesal untuk meninggalkan Zaki dan Tina kerana baginya penyesalan adalah kerana membantah larangan ayahnya. Zaki cuba mengenang kembali saat-saat bahagia mereka di White Christmas dan Trafagar Square dan saat-saat bertemu dengan bapa Anna.Anna menyindir Zaki dengan mengatakan jika tidak kerana Zaki dia akan menjadi seorang anak yang setia sebagaimana Zaki menyayangi ibunya. Anna mengatakan Zaki amat setia kepada ibunya dasar orang Timur, Melayu. Zaki menyatakan penderitaan ibunya yang menyara perbelanjaannya di universiti selama lima tahun hingga tanahnya tergadai kepada Anna.Anna pula mempersoalkan kenapa ibunya dibunuh sedangkan ayahnya seorang Inggeris banyak menolong memberi pekerjaankepada ramai orang miskin. Zaki mengatakan kepada Anna kematian ibunya adalah mangsa keadaan waktu itu di mana ayahnya sebagai pengurus syarikat Inggeris sudah tentu dicurigai.Zaki menyatakan ibunya juga tidak bersalah apa-apa di mana ibunya sayangkannya dan menantunya serta Tina. Bagi Anna Zaki menyediakannya penderitaan baginya di mana kebahagiaan sebenarnya di England. Zaki ingin memberikan sebanyak mungkin kebahagiaan pada sisa-sisa hidup ibunya lagipun hanya Zaki seoranglah anaknya dan keadaan ibunya yang buta.Anna mengatakan ibu Zakilah yang memecahbelahkan kasih sayang Zaki terhadapnya. Zaki inginkan diberi waktu untuk membuktikan kasih sayangnya terhadap Anna.Namun Anna inginkan kebebasanya kembali dan berharap Zaki dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada ibunya serta menjaga Tina baik-baik dan bila dia dewasa berilah peluang kepadanya untuk mencari ibunya.Juga Anna berasa mungkin sebagai seorang yang setia terhadap tanah airnya, Zaki mungkin mempunyai perasangka terhadapnya yang berketurunan Inggeris.Zaki menyangkal kata-kata Anna kerana baginya walaupun Inggeris banyak meninggalkan parut-parut luka tetapi banyak contoh baik yang boleh dipelajari daripada Inggeris.Anna mempercayai suara-suara ghaib yang didengarinya menyuruhnya meninggalkan Zaki jika tidak dia akan terkorban seperti ibunya.

 

BABAK TIGA

Kedatangan Dr. Chan bersama ibu Zaki dan Tina ke lapangan terbang.Sementara Zaki mendapatkan ibu dan anaknya di dalam kereta Doktor Chan berbual dengan Anna. Dr. Chan menasihati Anna supaya  dapat berfikir barang sehari lagi kerana masalah rumah tangga menupakan masalah yang rumit. Anna dinasihati supaya memberi perhatian kepada nasib Tina bukan Zaki atau mertuanya.Anna tidak sanggup menunggu walaupun setengah jam lagi kerana baginya dia menjadi beban kepada Zaki walaupun Dr. Chan memberitahunya Zaki memang sayangkan Anna, hanya dia menghadapi masalah mata ibunya dan menebus tanah yang tergadai. Bagi Dr. Chan, Zaki menyebelahi ibunya kerana maklumlah ibu dengan anak lagipun telah banyak pengorbanan ibu zaki terhadap anaknya. Ana tidak dapat menerima apa yang dikatakan Dr. Chan kerana dia tidak pernah bahagia selama empat tahun bersama Zaki.Anna berasa ada sesuatu dalam dirinya yang hilang. Anna mahu perhatian sepenuhnya kepada rumahtangga iaitu kasih sayang hanya kepadanya semata-mata.Namun Anna tetap berharap mata Mak Munah akan baik seperti sediakala dan kasih antara ibu dan anak itu bertambah kuat. Bagi Anna mertuanyalah yang menjadi benteng memisahkan mereka berdua dan dia ingin hidup kembali bersama bapanya serta menyambung kembali pelajarannya yang terkandas.Harapan Dr. Chan apabila Anna tiba di England dia akan memikirkan semula kata-katanya yang ikhlas tadi dan sama-samalah berdoa agar mata ibu Zaki akan sembuh kembali.

 

BABAK EMPAT

Zaki menolak kerusi roda ibunya diikuti Tina sambil memeluk teddy bear.Tina bertanyakan ibunya hendak ke mana dan inginkan ibunya membeli teddy bear lagi yang bagus . Anna mengatakan kepada anaknya yang dia akan pergi jauh berjumpa datuknya.Mak Munah memanggil Anna sambil tangannya bergerak-gerak dan mengapai-gapai.Mak Munah bertanya Anna sama ada Anna marahkannya. Seterusnya Mak Munah berkata sampai hati Tina meninggalkannya, Zaki dan Tina. Mak Munah menyerahkan Zaki kepada Anna kerana katanya dia sudah tua dan akan mati  entah esok atau lusa.Mak Munah memohon maaf sekiranya dia penyebab hati Anna terluka.Sambil berpelukan dengan Mak Munah Anna menyatakan Mak Munah tak bersalah cuma antara dirinya dengan Zaki dan dia cuma teringatkan ibunya dan tidak mahu dirinya jadi semacam ibunya.Katanya lagi kalau panjang umur mereka akan berjumpa lagi dan berpesan supaya Mak Munah menjaga Tina dan biarkan dia pergi demi kebaikan bersama.Tina memeluk ibunya dengan kuat kerana ingin mengikut ibunya. Anna menolak Tina. Tina jatuh dan teddy bearnya tercampak.Tina mengejar dari belakang memegang gaun ibunya lalu ditolak Anna menyebabkan Tina jatuh.Zaki berlari mendapatkan anaknya. Anna melangkah masuk ke dalam bilik menanti dan terus ke lapangan terbang.Zaki memujuk anaknya.Mak Munah berdoa semoga Allah selamatkan rumah tangga anaknya, selamatkan Anna dan selamatkan Tina.Bagi Zaki  Anna perlukan banyak waktu.Harapannya Anna akan tahu juga nilai kasih sayangnya. Walaupun Anna pergi namun ibunya mesti melihat dunia kembali. Dia berharap Dr. Chan akan dapat memberikan ibunya cahaya hidupnya kembali.Dr. Chan berkata dia akan mencuba sedaya upaya tetapi semuanya dengan kuasa Tuhan belaka.Dr. Chan juga berharap Zaki bertenang dan memberikan Anna waktu yang cukup.Katanya lagi semoga Zaki bahagia bersama ibu,dan Tina.Kapal terbang bergerak meninggalkan lapangan terbang. Dr. Chan dan Zaki sambil membimbing anaknya Tina menyorong kerusi roda ibunya meninggalkan lapangan terbang.

                                                                                               

PEMIKIRAN

Drama Anna membawa /pemikiran tema tentang  pergolakan rumah tangga yang berlaku dalam kehidupan sepasang suami isteri yang berasal dari negara, bangsa, dan latar belakang keluarga yang berbeza.Zaki berketurunan Melayu manakala Anna ialah peranakan Inggeris dan Melayu.

 

PERSOALAN

1.           Tentang tanggungjawab anak terhadap ibu bapa. Contoh; Zaki menunaikan tanggungjawab               terhadap ibunya yang uzur, separuh lumpuh dan hampir buta.

2.           Tentang perbezaan budaya masyarakat barat dan timur. Contoh; Thomas Carpenter menasihati               anaknya Anna tentang masyarakat timur  cinta mereka terhadap ibu dan saudara lebih daripada             manusia barat.

3.           Tentang tidak mendapat kebahagiaan dalam rumahtangga. Contoh; Anna merasakan empat               tahun bersama Zaki ibarat berada dalam penjara di mana tidak mendapat kebahgiaan.

4.           Tentang pengorbanan. Contoh; Anna melakukan pengorbanan meninggalkan ayahnya untuk               berkahwin dengan Zaki manakala ibunya pula menjadi korban kepada keadaan.

5.           Tentang kasih sayang dalam keluarga. Anna merasakan dirinya tidak mendapat kasih sayang               dalam keluarga disebabkan Zaki memberi perhatian kepada ibunya.

 

PERWATAKAN

ANNA

1.Seorang berumur kira-kira 26 tahun.

2.Seorang yang telah bersuami. Contoh; bersuamikan Zaki selama 4 tahun dan mempunyai anak    bernama Tina berumur kira-kira empat tahun.

3.Seorang peranakan Inggeris dan Melayu. Contoh; Ibunya berbangsa Melayu yang telah               meninggal masa dharurat ditembak momunis manakala bapanya seorang Inggeris bernama               Thomas Carpenter bekas pengurus besar ladang getah Inggeris di Malaya.

4.Seorang bekas siswa jurusan ekonomi di Universiti Cambridge. Contoh; Tidak menamatkan               pengajiannya kerana cintakan Zaki dan mengikutnya ke Malaysia.

5.Seorang yang degil. Contoh; tidak mendengar nasihat ayahnya.

6.Seorang insaf akan kesalahannya. Contoh; Dalam monolog Anna memohon maaf dari ayahnya    tentang sikapnya yang tidak mahu mendengar kata-kata ayahnya dulu.

7.Seorang yang cepat putus asa. Contoh; Anna seorang cepat putus asa untuk terus  menjadi isteri     Zaki.

8.Seorang yang sanggup berkorban demi cinta. Contoh; Anna berkorban meninggalkan               ksesenangan di kota London, meninggalkan ayahnya dan pengajiannya.

9.Seorang yang mudah dipengaruhi oleh mimpi. Contoh; Anna mengatakan malamnya diisi               dengan mimpi-mimpi  ngeri di mana ada suara ghaib mengingatkannya jika lebih lama dia di sisi         Zaki dia akan terkorban seperti ibunya.

 

ZAKI

1.Seorang yang berusia kira-kira 30 tahun.

2.Seorang anak tunggal kepada Mak Munah.

3.Seorang yang beristerikan wanita peranakan Inggeris Melayu. Contoh; beristerikan Anna               peranakan Inggeris Melayu.

4.Seorang lulusan Universiti Cambridge dalam jurusan sejarah.

5.Seorang yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Contoh; Zaki bertanggungjawab menjaga   ibunya yang uzur, separuh lumpuh dan hampir-hampir buta matanya.

6.Seorang yang telah mempunyai anak. Contoh; perkahwinannya dengan Anna telah mendapa               seorang anak yang diberi nama Tina.

7.Seorang yang setia. Contoh; Anna mengatakan Zaki seorang amat setia kepada ibunya.

8.Seorang yang bersifat penyayang. Contoh; Zaki meyayangi ibu, isteri (Anna) dan anaknya.

9.Seorang yang berjiwa patriotik/setia kepada tanah air. Contoh; Anna mengatakan sebagai ahli               sejarah sudah tentu Zaki mempunyai kesetiaan yang kuat terhadap tanah airnya. Kata-kata Anna itu diakui Zaki.

10.Seorang yang bersikap rasional. Contoh; Zaki menyatakan walaupun dia sayangkan bangsa dan      negaranya namun dia bersikap rasional terhadap Inggeris kerana banyak contoh yang boleh               diambil daripada Inggeris.

11.Seorang yang keras hati/ tetap pendirian. Contoh; Tetap meninggalkan Zaki dan anaknya               walaupun dipujuk oleh zaki, Dr. Chan dan anaknya Tina.

 

MAK MUNAH

1.Seorang tua berumur kira-kira 57 tahun.

2.Seorang yang telah uzur. separuh lumpuh dan matanya hampir buta.

3.Seorang ibu mertua yang baik hati.Contoh dia cuba menyesuaikan dirinya dengan Anna,               menantunya.

4.Seorang yang pentingkan pendidikan. Contoh; Sanggup bergadai tanah untuk perbelanjaan Zaki di Universiti Luar negara.

5.Seorang yang bersifat penyayang. Contoh; Sanggup bergadai tanah untuk perbelanjaan               universiti anaknya.

6.Seorang yang sanggup berkorban demi kebahagiaan anaknya. Contoh; berkorban harta benda               untuk pengajian anaknnya dan menyerahkan Zaki dan Tina kepada Anna demi kebahagiaan               rumahtangga Anna dan Zaki.

 

LATAR MASYARAKAT

1.Masyarakat mengamalkan perkahwinan campur .Contoh; Zakai dan Anna datang dari negara,               bangsa dan latar belakang keluarga yang berbeza.

2.Masyarakat yang mengalami pergolakan dalam hidup berumah tangga. Contoh; Perkahwinan               antara Zaki dan Anna tidak behagia di mana Anna merasakan Zaki terlalu memberikan tumpuan            kepada ibunya di mana dirinya dipinggirkan.

3.Masyarakat yang sanggup berkorban apa saja. Contoh; Anna berkorban meninggalkan ayahnya dan pelajarannya di universiti demi cintanya kepada Zaki manakala ibu zaki pula berkorban harta benda untuk membiayai pelajaran Zaki di luar negara.

4.Masyarakat penyayang. Contoh; Zaki sangat menyayangi ibunya begitu Anna menyayangi bapa dan ibunya yang mati ditembak  komunis.

5.Masyarakat mementingkan pelajaran. Contoh; Ibu zaki sanggup menggadaikan tanah untuk               membiayai pelajarananaknya manakala Anna akan menyambung  kembali pelajarannya apabila               pulang ke London nanti.

7.Masyarakat timur yang setia kepada ibu. Contoh; Anna mengatakan sudah dasar orang Timur, orang Melayu yang setia kepada ibu.

8.Masyarakat berbilang kaum. Contoh; Melayu (zaki), Thomas Carpenter (Inggeris), Dr. Chan               (China) dan Anna (Campuran Melayu dengan Inggeris)

9.Masyarakat yang suka tolong menolong. Contoh; Bapa Anne menolong memberikan pekerjaan    kepada orang miskin dan Dr.Chan bersusah payah ingin menolong Zaki.

10.Masyarakat yang cemburu melihat kelebihan orang lain. Contoh; Anna menyatakan kematian             ibunya kerana sifat cemburu masyarakat melihat ibunya berkahwin dengan orang inggeris.

 

 

 

NILAI

1.Kasih Sayang. Contoh; Zaki sayangkan, ibu, Anna(isteri)  dan Tina (anaknya).

2.Pengorbanan. Contoh; Anna berkorban meninggalkan bapa dan pengajiannya demi cintanya               kepada Zaki.

3.Patriotik/ setia kepada negara. Contoh; zaki sayangkan bangsa dan negaranya.

4.Tolong menolong. Contoh; Dr. Chan bersusah payah kerana Zaki.

5.Ketegasan. Contoh; Anna tegas ingin meninggalkan Zaki dan anaknya.

6.Kesetiaan. Contoh; Anna mengatakan orang Melayu terlalu setia kepada ibu.

7.Rasional. Contoh; Zaki bersikap rasional terhadap penjajahan Inggeris iaitu walaupun banyak               meninggalkan  parut-parut luka namun banyak contoh boleh diambil seperti disiplin yang baik.

8.Kemaafan. Contoh; Emak Zaki (Mak Munah) memohon maaf dari Anna sekiranya dia penyebab               hati Anna luka.

 

MESEJ

1.Janganlah kita mudah berputus asa . Contoh; Anna mudah berputus  untuk memulihkan               hubungannya dengan Zaki.

2.Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kedua ibu bapa. Contoh; Zaki menunaikan               tanggungjawabnya  terhadap ibunya yang uzur.

3.Kita hendaklah pentingkan pendidikan. Contoh; Ibu Zaki sanggup bergadai tanah untuk menanggung     perbelanjaan pelajaran Zaki di luar negara.

4.Kita hendaklah sanggup berkorban demi kebaikan; Contoh; Ibu Zaki berkorban apa yang ada               padanya hingga tanah tergadai untuk menyara perbelanjaan Zaki di universiti.

5.Kita hendaklah cintakan tanah air. Contoh; Zaki mempunyai kesetiaan yang kuat terhadap tanah    airnya.

6.Kita hendaklah bersikap rasional dalam kehidupan kita. Contoh; Zaki menyatakan walaupun dia    sayangkan bangsa dan negaranya namun dia bersikap rasional terhadap Inggeris kerana banyak    contoh yang boleh  diambil daripada Inggeris.

7.Kita hendaklah tolong menolong sesama manusia. Contoh; Dr. Chan bersusah payah kerana Zaki    begitu juga ayah Anna menolong memberi pekerjaan kepada orang miskin.

8. Janganlah kita menaruh sifat cemburu kerana akan membawa kepada keburukan. Contoh; Anna             menyatakan kematian ibunyanya kerana sifat cemburu masyarakat melihat ibunya berkahwin     dengan orang inggeris.

9.Kita hendaklah sayang menyayangi dalam kehidupan berkeluarga. Contoh; Zaki menyayangi isteri,ibu dan anaknya.

10.Janganlah kita curiga-mencurigai dalam kehidupan kita. Contoh; Ibu Anna dicurigai kerana               bersuamikan pengurus estet berbangsa Inggeris lalu mati ditembak.

 

TEKNIK

1.Pemerian. Contoh; Pengarang menggambarkan Anna sewaktu tibanya di lapangan terbang.

2.Monolog ; Anna bercakap sendirian tentang kebenaran kata-kata ayahnya tentang zaki   lebih               cintakan ibunya.

3.Imbas Kembali; Semasa di lapangan terbang Anna mengenang kembali kata-kata ayahnya               Thomas Carpenter.

4.Dailog; Perbualan Anna dengan Zaki, Dr.Chan dan mertuanya.

 

Sumber: Mail...2015

 

 

Lengkapkan esei berikut.

 

1.Berikan maksud teknik plot dan huraikan  tiga teknik plot dalam drama Anna.  [8markah]

Teknik plot teknik plot ialah cara ……………………………………….. mengembangkan plot cerita yang menarik. Teknik yang terdapat dalam drama tersebut ialah ………………………………………………………. merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku. Contohnya Anna berharap ibu pasti akan sembuh daripada lumpuh dan buta. Teknik  imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang …………………………  semula peristiwa yang pernah dialaminya. Contohnya Anna ……………………………..  akan nasihat yang diberikan oleh bapanya sebelum dia berkahwin dengan Zaki. Teknik ………………………. iaitu peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ……………………………………….  dalam kalangan bercerita tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. Contohnya pembaca tertanya-tanya adakah anda akan pergi ………………………………….. Zaki dan anak mereka Tina ketika Zaki, Tina, Mak Munah dan Dr Chan tiba  di lapangan terbang. Teknik monolog dalaman bermaksud pengarang menggunakan mana-mana watak dalam cerita yang bercakap dengan dirinya sendiri dalam …………………………  atau minda tanpa didengari oleh ……………………………………. Contohnya Anna berkata-kata …………………………….  sambil berfikir akan ayahnya.

Khamis, 27 Mei 2021

Sajak Ranting (Hilmi Rindu)

 

 

Ranting (Hilmi Rindu)

 

Ranting

Tak semua percaya

daun-daun dihargai

kerana seruas ranting.

 

Bunga-bunga pun dihargai

kerana kelenturan ranting

meranggas dan meninggi.

 

Orang selalu mengingat bayu

yang terasa dan tak berupa

unggas pun selalu menyanyikan madu

yang terpetik daripada sari bunga.

 

Ranting yang diam-diam merimbun

kenal benar erti kedudukan

perjuangan tak semestinya menang

bakti juga bukan sanjungan.

 

Ada roh lain

yang perlu dipertahan

biar pohon berdiri kukuh

hingga musim berganti

dan kurun mendekati.

 

(Kuala Terengganu)

Hilmi Rindu

 

Maksud

Rangkap 1- Tidak semua masyarakat kita mempercayai kemajuan yang dikecapi disebabkan oleh peranan individu atau organisasi.

 

 

Rangkap 2- Hasil kejayaan dan kenikmatan yang diperoleh hari ini disebabkan oleh usaha dan sumbangan individu atau organisasi tertentu yang banyak membantu tanpa mengharapkan balasan.

 

Rangkap 3- Masyarakat selalu menyanjung tinggi setiap kejayaan secara luaran tetapi tidak menyedari sebenarnya terdapat peranan besar yang dimainkan oleh golongan tertentu dalam kejayaan tersebut.

 

Rangkap 4- Individu dan organisasi yang ikhlas membantu dalam memberi sumbangan idea dan tenaga mempunyai perasaan rendah diri dan memahami erti kehidupan bahawa setiap yang disumbangkan tidak semestinya mendapat kejayaan dan mengharapkan perhargaan orang lain

 

Rangkap 5- Individu yang ikhlas mengharapkan sumbangan yang diberikan untuk memperoleh dapat kebahagiaan agar kemajuan negara akan terus dikecapi selama-lamanya.

 

 

 

Tema

Bertemakan integriti seorang individu atau masyarakat dalam sesebuah organisasi dengan memberi sumbangan tanpa mengharapkan balasan untuk kepentingan orang lain.

 

Persoalan

1. Persoalan sikap masyarakat yang kurang sedar kemajuan yang dimiliki atas sumbangan orang lain atau pihak tertentu.

2. Persoalan kemajuan yang dinikmati adalah disebabkan oleh usaha pihak tertentu.

3. Persoalan keikhlasan seseorang individu atau organisasi memberi sumbangan tanpa mengharapkan sanjungan daripada orang lain.


Ciri puisi.

   i.Rangkap-mempunyai rangkap. Contohnya 5 rangkap.

   ii.Baris-bilangan baris yang tidak sama dalam serangkap.Contohnya antara 3 hingga 5 baris serangkap.

   iii.Rima akhir-rima akhir tidak sama.Contohnya rangkap pertama ialah abc dan rangkap kedua aba.

   iv.Perkataan-bilangan perkataan tidak sama dalam sebaris.Contohnya antara 2 hingga 5 perkataan setiap baris.

   v.Bentuk-berbentuk bebas.Contohnya rima akhir tidak sama.

 

  

Gaya bahasa

   i)asonansi- kerana seruas ranting iaitu pengulangan huruf a.

   ii)aliterasi- meranggas dan meninggi iaitu pengulangan huruf n.

 

   iii)kata ganda- daun-daun, Ranting yang diam-diam merimbun

 

   iv)repitisi kata-yang

   v)sinkope- Tak semua percaya

 

 

Nada Dalam Sajak

1.NADA PATRIOTIK - penyajak menggunakan idea dan perasaan yang mencintai negara, menentang penjajahan atau menggambarkan kasih dan bangganya kepada kemajuan negara.


2.NADA SINIS - penyajak menyindir manusia atau mana-mana pihak dalam sesuatu isu tertentu. Jelasnya, penyajak berasa kurang puas hati terhadap mana-mana pihak tetapi tidak menggambarkan kemarahannya. Sebaliknya, unsur sindiran yang digunakan.

3.NADA PROTES - penyajak marah dan menggunakan kata-kata yang menggambarkan rasa geram terhadap sesuatu isu atau pihak.

4.NADA MELANKOLIK - penyajak akan meluahkan rasa sedih, pilu dan hiba dalam seluruh sajak. Biasanya, sajak yang dilahirkan berkaitan dengan isu kehilangan orang tersayang atau kekecewaan dalam percintaan.

5.NADA ROMANTIS - sajak-sajak berkaitan kehidupan harian, kisah silam atau pengamatan penyajak terhadap alam atau manusia

 

   Nada-Romantis

   Contoh- Tak semua percaya

                  daun-daun dihargai

                   kerana seruas ranting.

 

 

 

 

 

Rabu, 25 November 2020

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP


Maksud rangkap

Rangkap pertama

Orang yang bersikap malas sudah pasti akan hidup menderita

manakala orang yang rajin berusaha akan disenangi oleh orang lain

 

Rangkap kedua

Orang yang tidak menepati janji sudah pasti akan dikeji

 

Rangkap ketiga

Sekiranya seseorang itu dilanda musibah sudah pasti akan menyusahkan  keluarga

 

Rangkap keempat

Kehidupan di dunia ini penuh dengan maksiat elakkan diri daripada terjebak

 

Rangkap kelima

Sekiranya kita hendak menghukum seseorang hukumlah dengan adil tanpa mengira bangsa

 

Rangkap keenam

Kaum wanita adalan seperii manusia lain juga maruah diri mereka haruslah dipelihara.

 

Rangkap ketujuh

Sekiranya kita miskin, ahli keluarga pun akan menjauhi kita

 

Rangkap kelapan

Sekiranya kita memiliki kekayaan tetapi menghadapi masalah kesihatan kepuasaan hidup langsung tidak dapat dinikmati

 

 

 

Rangkap kesembilan

Sekiranya kita terlalu mengikut perasan akan memudaratkan diri pada suatu hari nanti

 

Rangkap kesepuluh

Hati yang beriman akan menjadi panduan kepada setiap  perlakuan

 

Tema

Tema: Kesejahteraan hidup yang diperoleh jika kita menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang negatif.Huraian: Gurindam ini memberikan panduan kepada manusia untuk memperoleh kesejahteraan dalam kehidupan/Segala maksiat ada di dunia,Ikhtiarkan diri menjauhi dia

 

 

Persoalan

1) Kesengsaraan hidup akibat sikap malas.Contoh: Orang malas jatuh sengsara

2) Sikap rajin disenangi orang ramai Contoh: Orang rajin banyak saudara

3) Sikap tidak menepati janji yang dibenci oleh masyarakat.Contoh: Barang siapa mungkir janji,Namanya tentu menjadi keji

4) Keperluan untuk berfikir terlebih dahulu  sebelum melakukan sesuatu

Contoh: Kalau diri kena angkara,Turutlah susah sanak saudara

5) Kewajipan menjauhkan diri daripada melakukan maksiat.Contoh: Segala maksiat ada di dunia,Ikhtiarkan diri menjauhi dia.

6) Sikap berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman.Contoh:Hukuman bagi orang berdosa,Dengan tidak memandang bangsa.

7) Kepentingan menjaga maruah diri kaum wanita.Contoh:Orang perempuan manusia juga,Kehormatan dirinya wajib dijaga

8) Sikap mementingkan wang dalam hubungan kekeluargaan

Contoh:Kalau tiada emas di pinggang,Sanak saudara menjadi renggang.

9) Kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan.Contoh: Ada wang badan tak sihat,Tidak bernikmat apa dibuat

10) Kepentingan bersikap rasional dalam setiap tindakan.Contoh: Jika diturut kehendak hati, Kelak boleh menjadi mati

11) Peranan iman sebagai pedoman hidup manusia.Contoh: Kunci hati ialah iman,Kepada kelakuan jadikan iman

 

 

 

Ciri puisi

1) Berangkap.Huraian: Terdapat sepuluh rangkap

2) Mempunyai jumlah baris serangkap sama.Huraian: Dua baris setiap rangkap

3) Mempunyai jumlah perkataan sebaris tidak sama. Huraian: Empat hingga lima patah perkataan sebaris

4) Mempunyai jumlah suku kata sebaris tidak sama. Huraian: lapan hingga dua belas suku kata sebaris

5) Mempunyai rima akhir sama.Huraian: aa

6) Mempunyai ciri baris tertentu.Contohnya,baris pertama ialah syarat dan

baris kedua ialah jawab

7) Puisi ini berbentuk terikat kerana rima akhirnya aa

 

d) Gaya bahasa

1) Asonansi.Contoh: Kunci hati ialah iman

2) Aliterasi.Contoh: Kepada kelakuan jadi pedoman

3) Inversi.Contoh: Turutlah susah sanak saudara

4) perbandingan terus.Contoh: Kunci hati ialah iman

5) Anafora.Contoh:Orang malas jatuh sengsara Orang rajin banyak saudara

6) Repitisi kata.Contoh: tiada

7) Repitisi frasa.Contoh: sanak saudara

8) Sinkope.Contoh: Ada wang badan tak sihat

9) Perlambangan.Contoh. Emas

 

Nilai murni

1) Nilai kerajinan.Contoh: Orang rajin banyak saudara

2) Nilai rasional Contoh:Segala maksiat ada di dunia, Ikhtiarkan diri menjauhi dia

3) Nilai Contoh:Hukuman bagi orang berdosa Dengan tiada memandang bangsa

4) Nilai tanggungjawab.Orang perempuan manusia juga, Kehormatan dirinya wajib dijaga

5) Nilai bertakwa kepada Allah.Contoh: Kunci hati ialah iman

 

Pengajaran

1) Kita hendaklah rajin berusaha agar disenangi orang lain. Contoh.Orang rajin banyak saudara.

2) Kita hendaklah menepati janji supaya tidak dipandang hina.Contoh:Barang siapa mungkir janji,Namanya tentu menjadi keji

3) Kita hendaklah berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu supaya tidak menyusahkan kepada keluarga.Contoh: Kalau diri kena angkara,

Turutlah susah sanak saudara

4) Kita hendaklah menjauhkan diri daripada maksiat.Contoh,Segala maksiat ada di dunia, Ikhtiarkan diri menjauhi dia

5) Kita hendaklah bersikap adil semasa menghukum seseorang yang melakukan kesalahan.Contoh:Hukuman bagi orang berdosa,Dengan tidak memandang bangsa

6) Kita hendaklah menjaga maruah diri kaum wanita.Contoh:Orang perempuan manusia juga,Kehormatan dirinya wajib dijaga

7) Kita janganlah mementingkan wang ringgit dalam persaudaraan

Contoh:Kalau tiada emas di pinggang, Sanak saudara menjadi renggang

8) Kita hendaklah menjaga kesihatan diri.Contoh Ada wang badan tak sihat,

Tidak bernikmat apa dibuat

9) Kita janganlah bertindak mengikut perasaan kerana boleh menyebabkan kemudaratan.Contoh: Jika diturut kehendak hati,Kelak boleh menjadi mati.

10) Kita hendaklah beriman kepada Allah.Contoh: Kunci hati ialah iman.

 

Khamis, 19 November 2020

PANTUN ENAM KERAT-NILAI INSAN

 

Maksud

Rangkap pertama

Nilai sebuah keluarga terletak kepada anak yang taat kepada ibu bapanya,emak yang mendidik anak-anak bapa yang menanggung keluarga.

 

Rangkap kedua

Nilai sebuah organisasi terletak kepada pekerja yang melaksanakan tugasnya, penyelia yang bersikap adil terhadap orang bawahannya majikan yang mempunyai perasaan belas ihsan terhadap pekerjanya.

 

Rangkap ketiga

Nilai sesuatu penempatan terletak kepada penghuninya yang mesra berjiran, ketua yang bertimbang rasa masyarakat yang bersikap tolong-menolong.

 

Rangkap keempat

Nilai sebuah negara terletak kepada rakyatnya yang beretika, pemimpinnya yang berwawasan

rajanya yang berbudaya agama.

 

Tema

Tema: Nilai-nilai kemanusiaan dalam kehidupan.

Huraian: Nilai-nilai yang harus ada pada setiap individu mengikut peranan dan tanggungjawab masing-masing. Nilai tersebut dapat dilihat pada baris berikut:Nilai pekerja kerana tugas,Nilai penyelia adil saksama, Nilai majikan penuh keihsanan

 

Persoalan

1.Tanggungjawab setiap ahli keluarga.Contoh, Nilai anak kerana ketaatan

2.Nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sesebuah organisasi.Contoh Nilai pekerja kerana tugas

3.Amalan hidup di sesebuah kawasan petempatan.Contoh:Nilai penghuni mesra berjiran/Nilai sekampung tolong-menolong

4. Peranan ketua dalam masyarakat.Contoh Nilai ketua bertimbang rasa

5.)Pentadbiran sesebuah negara yang berbudaya, beragama dan berkepimpinan.Contoh:Wakil rakyat beretika diri/Nilai pemimpin ada wawasan

            ,

Ciri-ciri pantun

(i)Berangkap. Contohnya, terdapat empat rangkap

(ii)Mempunyai jumlah baris serangkap sama.Contohnya, enam baris setiap rangkap

(iii)Mempunyai jumlah perkataan sebaris tidak sama.Contohnya, tiga hingga empat perkataan sebaris.

(v)Mempunyai rima akhir berselang.Contohnya, abcabc

(vi)Mempunyai ciri baris. Contohnya, tiga baris pertama ialah pembayang dan tiga baris pertama ialah maksud

(viii)Puisi ini berbentuk terikat.Contohnya,rima akhirnya berselang/abcabc

(ix)Terdapat jeda/ hentian di tengah baris.Contohnya, Hujan sereyat / di tengah hari

 

Gaya bahasa

1.Asonansi.Contoh Nilai anak kerana ketaatan

2.Aliterasi.Contoh: Nilai majikan penuh keihsanan

3.Anafora.Contoh:

Nilai anak kerana ketaaan,

Nilai emak kerana asuhan,

Nilai emak kerana asuhan,

Nilai bapa kerana tanggungan

4.Responsi

Contoh:

Nilai anak kerana ketaatan,

Nilai emak kerana asuhan,/

Nilai emak kerana asuhan,

Nilai bapa kerana tanggungan

5.Inversi.Contoh: Menjelang senja ke Kampung Panggas

6.Repitisi kata.Contoh: dahan /dalam

7.Kata ganda.Contoh: tolong-menolong

 

Nilai murni

1.Nilai ketaatan.Contoh: Nilai anak kerana ketaatan

2.Nilai tanggungjawab.Contoh Nilai bapa kerana tanggungan

3.Nilai bertimbang rasa.Contoh: Nilai ketua bertimbang rasa

4.Nilai prihatin/ simpati.Contoh: Nilai majikan penuh keihsanan

5.Nilai tolong-menolong.Contoh:Nilai sekampung tolong-menolong

6.Nilai berbudi bahasa.Contoh: Nilai penghuni mesra berjiran

7.Nilai beriman kepada Allah.Contoh: Nilai raja berbudaya agama

8.Nilai keadilan.Contoh: Nilai penyelia adil saksama

9.Nilai amanah.Contoh: Nilai pekerja kerana tugas

 

Pengajaran

1.Ibu hendaklah mendidik anak-anak supaya menjadi orang yang berguna.Contoh: Nilai emak kerana asuhan,

2.Anak hendaklah taat kepada perintah ibu dan bapa.Contoh: Nilai anak kerana ketaatan,

3.Bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli keluarga.Contoh:Nilai bapa kerana tanggungan

4.Pekerja hendaklah melaksanakantugas yang telah diamanahkan dengan sempurna.Contoh: Nilai pekerja kerana tugas

5.Penyelia hendaklahlah bersikap adil terhadap orang bawahannya.Contoh. Nilai penyelia adil saksama

6.Majikan / ketua hendaklah bertimbang rasa terhadap pekerjanya.Contoh: Nilai majikan penuh keihsanan

7.Kita hendaklah mengamalkan sikap mesra jiran.Contoh: Nilai penghuni mesra berjiran

8.Kita hendaklah mengamalkan sikap tolong-menolong.Contoh:Nilai sekampung tolong-menolong.

9.Kita hendaklah mempunyai etika diri.Contoh: Nilai rakyat beretika diri

10.Pemimpin hendaklah mempunyai wawasan.Contoh: Nilai pemimpin ada wawasan

11.Raja hendaklah memerintah berteraskan hukum agama.Contoh: Nilai raja berbudaya agama

 

 

Rabu, 18 November 2020

SELOKA BOROS DAN JIMAT


 

Maksud  

Rangkap pertama

Andai kita memiliki harta yang banyak seperti  emas bertimbun, beras berkampit dan wang yang banyak.


Rangkap kedua

Tetapi sekiranya harta itu  boros dibelanjakan, semuanya akan cepat habis


Rangkap ketiga

Walau sebanyak manapun harta yang ada jika kita bersifat boros  segala-galanya akan lenyap begitu sahaja


Rangkap keempat

Begitulah kesannya jika kita bersikap boros.Penyelesaiannya ialah kita perlu  berjimat cermat.Jika kita tidak mahu harta kita lenyap habis.

 

Rangkap kelima

Bidalan Melayu ada berkata, "Jika hendak menjadi kaya kita perlu berjimat cermat, jika kita ingin mempunyai ramai  sahabat,kita perlu bersifat pemurah.

Namun semasa kita senang, ramai orang yang ingin mendampingi  kita.Tetapi apabila kita jatuh miskin, kita akan tinggal keseorangan.

 

(b) Tema

Kepentingan mengamalkan jimat cermat dalam kehidupan.

Huraian: Amalan berjimat cermat menjamin kehidupan yang lebih baik/

Jimat cermat sahaja akan ubatnya,

Jika tak mahu harta terkubur

 

Nada

Nada sinis.Contoh: Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan

 

Persoalan

1)Sikap boros dalam kehidupan.Contoh:Tetapi jika ditabur habur, diborosi,

Semuanya segera juga akan habis pergi

2)Sikap masyarakat yang hipokrit.Contoh: Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan

3)Amalan mempunyai wawasan dalam  kehidupan.Contoh: Nak kaya berdikit-dikit

 

Ciri-ciri seloka

1) Berangkap.Terdapat lima rangkap

2) Mempunyai jumlah baris serangkap tidak sama.Contoh,rangkap pertama ada 4 baris,rangkap kedua ada 2 baris, rangkap ketiga ada 2 baris, rangkap keempat ada 4 baris, dan rangkap kelima ada 4 baris.

3) Mempunyai jumlah perkataan sebaris  tidak sama. Contohnya, mempunyai perkataan dua hingga enam patah

perkataan sebaris

4) Mempunyai jumlah suku kata sebaris  tidak sama. Contoh,mempunyai lima hingga lima belas suku kata sebaris

5) Mempunyai rima akhir tidak sama.Contoh, rangkap 1 ialah abcc,rangkap 2 ialah aa, rangkap 3 ialah ab,rangkap 4 ialah abab, dan rangkap 5 ialah abcd.

6) Mempunyai ciri baris.Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud(anak kalimat).

7) Puisi ini berbentuk bebas.Contohnya, rima akhir tidak sama.

 

 

 

Gaya bahasa

(i) Asonansi.Contoh Nak ramai bertabur urai.Pengulangan huruf a sebanyak lima kali.(Jika tidak dihuraikan, huruf a perlu digariskan)

(ii) Aliterasi.Contoh: Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.Pengulangan huruf  m sebanyak tiga kali.Pengulangan huruf s juga tiga kali.

(iii) Peribahasa.Contoh: Bidal Melayu sedia berkata:

"Nak kaya berdikit-dikit,Nak ramai bertabur urai"

Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan

(iv) Anafora.Contoh:Nak kaya berdikit-dikit,Nak ramai bertabur urai

(v) Kata ganda.Contoh: Berdikit-dikit

(vi) Sinkope.Contoh,nak kaya berdikit-dikit

(vii) Personifikasi.Contoh:Bidal Melayu sedia berkata

(viii) Paradoks.Contoh: Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan

 

 

Nilai murni

1)Nilai baik hati.Contoh Nak ramai berterabur urai

2)Nilai berwawasan.Contoh. Nak kaya berdikit-dikit

3)Nilai berjimat cermat.Contoh: Jimat cermat sahaja akan ubatnya

 


Pengajaran

1)Kita janganlah bersikap boras/Kita hendaklah mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan.Contoh,Begitulah tetap akan akibatnya,Kalau bersifat boros dan habur;Jimat cermat sahaja akan ubatnya,Jika tak mahu harta terkubur.

2)Kita hendaklah bijak menguruskan wang.Contoh, Tetapi jika ditabur habur diborosi,Semuanya segera juga akan habis pergi.

3)Kita hendaklah mengamalkan semangat setiakawan dalam persahabatan/ Contoh: Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.

5)Kita hendaklah mempunyai wawasan untuk masa depan yang lebih cerah Contoh: Bidal Melayu sedia berkata:"Nak kaya berdikit-dikit,

#sila rujuk seloka berkenaan cara penulisannya.

 

SELOKA KEHILANGAN ADAT MELAYU


SELOKA KEHILANGAN ADAT MELAYU

 

Maksud

Rangkap pertama

Adat resam semakin dipinggirkan oleh masyarakat.Penyair mempersoalkan peranan pemimpin/ ketua adat yang tidak berusaha untuk mempertahankan adat resam daripada terpinggir.

 

Rangkap kedua

Tanpa adat hilanglan kedaulatan bahasa sesebuah bangsa.Kehidupan masyarakat yang tidak berteraskan   adat akan menghadapi pelbagai kepincangan.

 

Rangkap ketiga

Kehidupan masyarakat kini banyak yang dipengaruhi oleh budaya dan adat resam asing.Pencampuran adat resam pelbagai bangsa menyebabkan adat resam orang Melayu telah terpinggir.

 

Rangkap keempat

Adat resam orang Melayu kini tidak ada lagi.Hilang entah ke mana.

 

Rangkap kelima

Kehilangan adat resam orang Melayu sukar dikesan/ tiada kepastian

 

Tema

Tema. Adat resam Melayu yang kian hilang dan dilupakan.Huraian: Masyarakat Melayu masa kini

terpengaruh dengan budaya asing sehingga menyebabkan adat resam orang Melayu semakin terpinggir dan dilupakan.

Contoh:

Amboi, amboi, adat tiruan, resam terpaksa!

Umpama gajah menjadi rusa;

Oleh ragi campuran bangsa.

Adab tertib habis binasa!

 

Ciri-ciri seloka

1.Berangkap.Huraian. Terdapat lima rangkap

2. Mempunyai jumlah baris serangkap tidak sama.Huraian. Rangkap 1 ada 2 baris,rangkap 2 ada 4 baris, rangkap 3 ada 4 baris, rangkap 5 ada 3 baris, dan rangkap 6 ada 3 baris.

3.Mempunyai jumlah perkataan sebaris tidak sama.Huraian,satu hingga enam patah perkataan sebaris

4.Mempunyai jumlah suku kata sebaris tidak sama.Huraian: Empat hingga enam belas suku kata sebaris.Contoh Am/bo/i, am/bo/i, a/dat ti/ru/an, re/sam ter/pak/sa!

5.Mempunyai rima akhir tidak sama/ tidak seragam/tidak sekata.Huraian: Rangkap 1 ialah aa, rangkap 2 ialah aaaa, rangkap 3 ialah aaaa, rangkap 4 ialah abb, dan rangkap 5 ialah abc

6.Mempunyai ciri baris.Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud(anak kalimat).

7.Puisi ini berbentuk bebas.Huraian: Rima akhir rangkap empat dan rangkap lima tidak sama/Jumlah baris serangkap tidak sama /Jumlah perkataan sebaris tidak sama.

 

Nada

Nada sinis

Contoh: Amboi, amboi, adat tiruan resam terpaksa

 

 

 

Persoalan

1.Peranan pemimpin menjaga/mengekalkan adat sesebuah bangsa.Contoh: Aduhai resam, wahai adat!

Lembaga - di mana telah berpudat

2.Adat mencerminkan identiti bangsanya.Contoh: Wah. hilang adat lenyaplah bahasa

3.Budaya asing merosakkan keindahan adat bangsa.Contoh: Amboi, amboi, adat tiruan,resam terpaksa!

Umpama gajah menjadi rusa;

Oleh ragi campuran bangsa,

Adab tertib habis binasa!

4.Masyarakat mudah terpengaruh dengan budaya asing.Contoh: Amboi, amboi, adat tiruan,

resam terpaksa!

 

 

Gaya bahasa

1.Asonansi.Contoh: Adat tiruan resam terpaksa

2.Aliterasi.Contoh:Semakin mengerang senantiasa

3.Repitisi kata.Contoh: Amboi, Amboi, adat tiruan,resam terpaksa

4.Simile.Contoh:

Umpama gajah menjadi  rusa!/Laksana dipagut tedung yang bisa/Laksana debu dipupuk bayu

5.Personifikasi.Contoh: Merajuk ke manakah adat Melayu

6.Inversi.Contoh:Lembaga di mana terpudat?

7.Bahasa Arab.Contoh: Wallahuaklam

8.Bahasa Melayu klasik/arkaik.Contoh terpudat