Maksud
Rangkap pertama
Tersebut kisah Raja Malabari yang mempunyai kerajaan.
Kehidupannnya setiap hari/ masa dipenuhi dengan kegembiraan. Baginda mempunyai
rakyat jelata yang ramai tiada terkira
Rangkap kedua
Raja Malabari berbangsa Ajam. Baginda mempunyai keraiaan
besar. Baginda mempunyai jajahan takluk yang luas.Semua pemimpin di tanah
jajahan menghantar ufti kepada baginda
Rangkap ketiga
Pada suatu hari baginda bersemayam di balai seri.Baginda
dihadapi oleh hulubalang dan menteri/ pembesar.Hulubalang dan menteri/pembesar
baginda terlalu ramai.
Rangkap keempat
Rakyat Raja Malabari tidak ada yang hidup susah.Rakyat
baginda tertalu ramai. Diiringi dengan suasana gegak gempita. Mereka datang
untuk menghadap Raja Malabari di singgah sana baginda.
Rangkap kelima
Raja Malabari mempunyai askar yang ramai.Sehingga penuh
di seluruh kampung. Negeri di bawah pemerintahan baginda makmur dan sentosa.Semua
rakyat baginda hidup dalam keadaan gembira.
Rangkap keenam
Apabila melibat kehebatan/ kebesaran/ kelebihan yang ada
pada dirinya, Raja Malabari menjadi sangat angkuh/ bongkak/ takbur.Baginda
memberitahu menteri-menterinya bahawa
kebesaran/ kelebihan/kehebatan yang ada pada baginda tiada tandingnya.
Rangkap ketujuh
Baginda bertanya lagi jika ada raja lain yang lebih kaya
dan lebih mulia daripada baginda. Bagi Raja Malabari, bagindalah raja di dunia
ini.Baginda ingin mengetahui seandainya ada raja lain yang lebih hebat/
masyhur/ mulia/ berkuasa daripada baginda.
Rangkap kelapan
Raja Malabari menyuruh menterinya memberitahu baginda
dengan segera. Adakah raja lain yang lebih hebal/ masyhur/ mulia/ berkuasa
daripada baginda.
Rangkap kesembilan
Lalu datang seorang pahlawan. Beliau memberitahu baginda
bahawa kekayaan baginda tiada tolok bandingnya.Baginda memerintah dengan adil.
Baginda juga memiliki rakyat dan tentera yang terlalu ramai.
Tema
Tema: Kehebatan dan keangkuhan seorang pemerintah.
Huraian: Raja Malabari menjadi angkuh
Ciri/bentuk puisi
1.Mempunyai rangkap. Terdiri daripada satu rangkap/ serangkap
2.Mempunyai bilangan baris. Empat baris serangkap
3.Jumlah perkataan sebaris tidak sama iaitu dua hingga
empat patah perkataan sebaris
4.Jumlah suku kata sebaris tidak sama iaitu sebelas
hingga tiga belas suku kata sebaris
5.Rima akhir sama/ seragam/ sekata/ aaaa
6.Mempunyai ciri baris.Semua/ setiap baris ialah maksud.
7.Terdapat jeda/ hentian di tengah baris
8.Berbentuk terikat.Disampaikan secara beriagu/ berirama
Gaya bahasa
1.Asonansi.Contoh:Negerinya makmur sangat sentosa
2.Aliterasi.Contoh: Sehari-hari suka termasa
3.Bahasa arkaik/ bahasa Melayu klasik Contoh: lasykar/
Lasvkarnva banyak beribu laksa
4.Hiperbola.Contoh: Lasykarnya banyak beribu iaksa
5.Kata ganda.Contoh: Sehari-hari
suka termasa/Sehari-hari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan