Novel ini
mengisahkan kehidupan Hilmi
yang terpaksa berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.
Sewaktu berada di bandar, dia
menumpang di rumah abang sepupu ayahnya, Datuk Johari. Oleh sebab Datuk Johari
gagal mendapatkan pekerjaan untuknya, Hilmi diberi amanah untuk mengerjakan
kebun dan beliau tidak keberatan melakukannya kerana bersesuaian dengan
minatnya. Kehadirannya tidak disenangi oleh
Datin Salmah. Hilmi cuba
melakukan sesuatu vang terbaik.Namun
begitu, dia sering menerima cemuhan daripada Datin Salmah. Sewaktu keluarga
Datuk Johari ke luar negara Hilm telah menjaga dan menguruskan rumah itu dengan
baik bersih, kemas, dan teratur. Hilmi turut menggunakan kesempatan sewaktu mereka
tiada di rumah
untuk bermain piano. Rakannya, Mamat mencadangkan supaya Hilmi terus
meningkatkan kemahiran bermain piano dengan mempelajarinya secara lebih teratur
dengan memperkenalkannya kepada seorang pemain muzik bernama Encik Bakar. Encik
Bakar bersedia untuk mengajar Hilmi bermain muzik tanpa sebarang bayaran. Hiimi
berulang-alik ke rumah Encik Bakar untuk belajar piano tetapi bimbang jika mak
ciknya.
Datin Salmah
tidak mengizinkannya untuk terus belajar. Sekembalinya Hilmi ke rumah, dia dimarahi olen Datin
Salmah dan tidak dibenarkan menyentuh makanan. Tindakan Datin Salmah menyebabkan
Hilmi merajuk dan mengambil keputusan untuk balik sahaja ke kampung Dalam
perjalanan pulang ke kampung, Hilmi terfikir untuk meneruskan cita-citanya belajar
muzik lalu dia berpatah balik ke Kuala Lumpur dan ingin berdikari. Dia bekerja
di stesen minyak.Minat Hilmi untuk mendalami bidang muzik diteruskan. Dia memberanikan
diri untuk menemui Encik Bakar semula yang rnemang menunggu kedatangannya dan
bersedia untuk mengajarnya sehingga berjaya. Setelah nenemui Encik Bakar semula,
Hilmi terus meningkatkan pengetahuan dan latihannya dalam bidang muzik. Dia
sudah mula bermain pelbagai alat muzik dan mahir membaca not.
Sejak
ketiadaan Hilmi, keadaan persekitaran rumah dan kebun Datuk Johari sudah tidak
terurus dan musnah. Hayati masih terus mendiamkan diri dan Datin Salmah menganggap
perubahan anaknya itu disebabkan oleh perbuatan Hilmi yang menggunakan kuasa
ghaib. Datin Salmah menjadi bingung dengan perubahan anaknya, apabila melihat
Hayati sudah mula bersembahyang dan mempelajari agama. Kepulangan Mohsin dari
luar negara membuatkan Hayati kembali ceria dan mereka selamat diijabkabulkan
kerana Mohsin terpaksa balik semula ke London menjadi Penolong Pengurus di
salah sebuah cawangan bank yang baharu. Datin Salmah berasa perubahan keadaan
yang tiba-tiba itu sebagai satu rahmat. Sementara itu, berita perkahwinan itu
diketahui oleh Hilmi melalui Azizah dan dia agak terkilan kerana tidak
diundang. Setelah mengurungkan diri selama seminggu Hilmi muncul semula dengan
sebuah lagu gubahannya sendiri.
Hilmi kini
sudah diterima bermain muzik di kelab malam tempat Encik Bakar mendapat kontrak
bermain muzik. Oleh itu, dia telah berhenti bekerja di stesen minyak. Pengalaman
pertamanya bermain di quartet membuatnya gugup, terutama apabila Encik Bakar
memperkenalkannya kepada para penonton. Persembahan Hilmi yang mengagumkan itu
mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. Azizah tiba-tiba muncul dengan
membawa perkhabaran bahawa Hayati akan ke luar negara untuk melanjutkan
pelajarannya dalam bidang muzik. Hilmi meninggalkan Azizah kerana bertekad
untuk menemui Hayati sebelum dia berangkat. Belum sempat dia berbuat apa-apa,
Hayati tiba-tiba muncul di rumahnya dengan pertolongan Mamat. Hayati telah
meluahkan segala perasaan dan masalah yang terpendam dalam jiwanya. Hilmi turut
kagum akan perubahan yang berlaku atas diri Hayati. Sejurus selepas Hayati
meninggalkannya, dia terus ke kelab malam dan sekali lagi menerima berita yang
cukup menggembirakannya, iaitu Encik Bakar bebas daripada pertuduhan manakala
dia dibenarkan menyertai kumpulan muzik Encik Bakar.
Kehidupan
rumah tangga Hilmi dan Azizah semakin goyah apabila mereka tidak sehaluan lagi
kerana sering timbulnya perselisihan faham. Kekalutan yang berlaku antara
mereka berdua tidak dapat diselamatkan sehingga menyebabkan mereka terpaksa
memilih haluan masing-masing. Hidupnya terasa kesunyian yang amat sangat tetapi
Hilmi tetap memendam rasa dan tidak mahu berkongsi dengan sesiapa pun. Dia
masih mampu menggubah lagu secara serius sehingga menjadi pemuzik yang tersohor
dan banyak menerima undangan untuk membuatkan pertunjukan orkes pimpinannya.
Berita kematian Pak Bakar menyebabkan Hilmi berasa kehilangan seorang guru yang
banyak berjasa kepadanya. Hilmi terus bekerja siang dan malam serta terus
mengukir nama di persada seni. Penglibatannya sebagai pemimpin dalam Pertunjukan
Orkes Perdana turut diketahui oleh Datin Salmah dan Datuk Johari dan mereka
juga ingin turut menyaksikannya. Masa yang dinanti-nantikan sudah tiba apabila
para penonton dan orang kenamaan hadir untuk menyaksikan pertunjukan tersebut.
Hilmi masih juga tidak muncul dan pihak penganjur menjadi semakin cemas.
Ketua
Pengarahnya semakin cemas kerana mendapati Hilmi berada di hospital dalam
keadaan kritikal. Secara kebetulan Hayati yang pulang ke tanah air memmta jntuk
menggantikan tempat Hilmi memimpin pertunjukan orkestra tersebut.
Persembanannya mendapat sambutan dan tepukan gemuruh yang luar biasa.Setelah selesai persembahan
tersebut Hayati dan Keluarganya ke hospital untuk mengetahui keadaan Hilmi. Hilmi
terpaksa menjalani pembedahan. Ahli-ahli keluarga yang lain turut hadir
termasuk ayahnya Karim. Dalam kesempatan yang genting itu, rahsia yang disimpan
oleh Karim akhirnya terbongkar juga apabila Datuk Johari memberitahu bahawa
Hilmi ialah anaknya sendiri. Berita ini sungguh mengejutkan semua pihak. Datuk
Johari dan Datin Salman berasa bersalah terhadap Hilmi. Pelbagai azam dan janji
diluahkan oleh mereka untuk menebus dosa mereka terhadap Hilmi.Namun begitu,
sudah menjadi ketentuan llahi bahawa Hilmi terpaksa menemui pencipta-Nya
apabila dia menghembuskan nafas yang terakhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan