Bab 1 Tugas Baharu: Badri bersiap untuk ke sekolah.Hari
itu ialah hari pertama dia menjadi pengawas. Selepas bersarapan dia bersedia
untuk menunggu bas. Dia menegur Badrul adiknya yang lambat bersarapan. Di
sekolah, Badri berjumpa dengan Jamil. Mereka berbual tentang masalah yang bakal
dihadapi oleh Badri sebagai pengawas sekolah .Menurut Jamil, tugas sebagai
pengawas akan mendatangkan banyak masalah kepada Badri. Namun Badri berpandanga
sebahknya. Dia berpendapat. pengawas hanya perlu melaporkan masalah disiplin
kepada guru disiplin. Kembali ke kelas, guru memperkenalkan seorang murid yang
baru berpindah dari Kedah kerana mengikut bapanya berpindah Nadira merupakan
seorang murid perempuan yang berfikira terbuka. Badri dan Jamil bertelingkah
kerana perbuatan saling memalukan di depan Nadira. Ketika waktu rehat, Badrimengambil
keputusan untuk ke tandas tetapi Jamil mahu ke kantin. Dalam per|alanan ke
tandas, Badri terserempak dengaMeng Kong yang sedang dikelilingi oleh beberapa
orang murid. Meng Kong menghulurkan kertas kecil kepada mund-mund tersebut.
Mereka bersurai apabila ternampak Badri Di kantin, Badri ternampak Meng Kong
sedang makan. Namun apabila ternampak Badri, Meng Kong makan dengan tergesa gesa
lalu berlalu meninggalkan kantin.
Bab 3 Bermain Api: Badri tidak menemui Meng Kong sejak
akhir-akhir ini. Meng Kong juga tidak kelihatan di bawah pokok seperti biasa.
Badri berselisih dengan Kumar. Tanda lahir di leher Kumar mengingatkan
peristiwa dia disimbah sebelum ini. Badri menahan Kumar tetapi Kumar enggan memberikan
kerjasama dan cuba melarikan diri. Kehadiran Cikgu Jailani menghalang Kumar
daripada melarikan diri. Badri menyerahkan Kumar kepada Cikgu Jailani. Kumar menafikan
dia yang menyimbah air ke atas Badri. Semasa disoal siasat, telefon bimbit
bergetar di dalam poket Kumar. Cikgu Jailani mengarahkan Badri meninggalkan
Kumar dengannya. Badri ke kantin untuk makan. Dia bertemu dengan Jamil, Ah
Chun, dan Selva . Badri menceritakan perihal Kumar kepada Ah Chun dan Selva.
Mereka memberitahu Kumar ada kaitan dengan Meng Kong. Malah gabungan Shahrul,
Meng Kong, dan Kumar dianggap sebagai tiga serangkai. Jamil cuba memberitahu
sesuatu kepada Badri. Katanya Kumar tidak suka Badri memerhatikan Meng Kong.
Maklumat itu membuatkan Badri ingin tahu, namun masa tidak mengizinkan. Ketika
hendak pulang, Nadira memberikan amaran agar Badri menjaga mulutnya. Badri
tersinggung dengan tindakan Nadira. Badri dirempuh oleh seseorang hingga
tersungkur. Kumar ada di tempat kejadian. Rupa-rupanya Bob yang berbadan besar telah
merempuh Badri. Badri terasa seperti kejadian tersebut telah dirancang. Badri
menaiki bas apabila bas tiba. Ketika hendak turun dan bas, Badri terasa ada
orang memasukkan sesuatu ke dalam poketnya. Didapati ada sekeping nota yang
memintanya agar datang ke pasar raya pada pukul 4.00 petang. Badri pergi ke
tempat yang dinyatakan tetapi tidak berjumpa dengan sesiapa. Akhirnya dia
dipanggil oleh seoranj. perempuan yang memperkenalkan diri sebagai Siew Mei.
Dia mahu memberitahu Badri tentang beberapa perkara termasuk tentang Kumar.
Mereka berbual di sebuah restoran makanan segera.
Bab 4 Duri dalam Daging: Kumar menemui Shahrui dan
Meng Kong di pusat boling. Air muka Kumar yang suram menyebabkan Shahrui dan
Meng Kong terasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Kumar. Kumar juga tidak
berminat untuk bermain boling. Meng Kong mengajak mereka makan di sebuah
restoran makanan barat dan dia yang akan belania makan. Mereka pun pergi ke
restoran berkenaan. Kumai memberitahu dia berasa sangat marah dengan tindakan
Badn menangkapnya dan menyerahkan kepada Cikgu Jailani Akibatnya telefon
bimbitnya telah dirampas oleh guru disiplin itu. Kumar bimbang perkara tersebut
sampai ke pengetahuan ibunya. Pada masa yang sama Kumar memberitahu dia tidak
memecahkan rahsia bahawa Meng Kong telah menjadi pengedar telefon bimbit dan
kad prabayar di sekolah. Nadira ialah pelanggan baharu Meng Kong. Kata Meng
Kong, Kumar tidak perlu bimbang akan hal dia ditangkap oleh Badri. Kumar hanya
perlu menyimpan rahsia mereka dengan baik agar aktiviti mereka tidak
terbongkar. Tiba-tiba Shahrul dihubungi oleh Nadira. Kemudian Shahrui
memberitahu bahawa Nadira mengajaknya berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Shahrui
berasa sangat gembira kerana berjaya mengambil hati Nadira.
Bab 5 Pertemuan: Jamil pulang awal dan pada membantu ibunya.
Semasa menunggu bas, Jamil terserempak dengan Badri dan Siew Mei. Setelah Siew
Mei menaiki bas, Badn mengajak Jamil masuk semula ke restoran tempat dia
bertemu Siew Mei tadi. Badri meminta Jamil menceritakan rahsia kegiatan Meng
Kong dan rakan-rakannya. Namun, Jamil tidak mengakui penglibatannya dalam aktiviti
Meng Kong menjual telefon bimbit dan kad prabayar. Setelah didesak oleh Badri, Jamil
bangun dan meninggalkan Badri sendirian. Ketika itu Badri teringat akan
kata-kata Siew Mei ketika mereka bertemu. Menurut Siew Mei, dia ada seorang
abang yang bernama Ah Meng. Abangnya bekerja dengan bapa Meng Kong. Ah Meng
mendapati Meng Kong telah mengambil telefon bimbit dan kad prabayar di kedai
milik bapanya tanpa pengetahuan bapanya. Telefon bimbit dan kad prabayar itu
dijual kepada murid-murid sekolah. Ah Meng turut mengesyaki Meng Kong melakukannya,
namun dia tidak ada bukti yang cukup untuk menuduh Meng Kong. Siew Mei meminta
Badri menyiasat kegiatan Meng Kong dan rakan-rakannya di sekolah. Siew Mei
bimbang abangnya akan dibuang kerja jika majikannya mengetahui ada telefon
hilang. Badri teringat pula akan Nadira. Dia bimbang Nadira akan terpengaruh
dengan Shahrui. Dia mahu menyelamatkan Nadira memandangkan Nadira ada hubungan
kekeluargaan dengan Mak Alang. Namun Badri bimbang tindakannya akan disalah
anggap oleh Nadira yang ego dan sombong.
Bab 6 Kemuncak Dunia: Nadira bersiap-siap untuk keluar
pada suatu hari. Kakaknya, Nurul Ain menegurnya kerana dia berpakaian meneolok
mata. Nadira tidak mengendahkannya dan keluar untuk menunggu Shahrul datang
mememputnya. Nadira teringat akan pertemuannya dengan Badn di perpustakaan.
Badri cuba menasihatinva dan mendedahkan identiti Shahrul kepada Nadira. Namun
Nadira tidak mempeixayainva kerana baginya Shahrul merupakan anak orang kaya.
Shahrul membawa Nadira makan di sebuah restoran niakanan barat. Kemudian
Shahrul membawa Nadira bertcmu dengan rakan-rakannya Mereka menaiki motosikal
secara berpasang-pasangan. Mereka berkumpul di sebuah tasik di pinggir kota.
Nadira bevasa kurang senang dengan sikap rakan-rakan Shahrul terutamanya yang
bernama Aziz..Dia meminta Shahrul menghantarnya pulang. Shahrul memnggaikan
Nadira untuk membeli minuman. Pada masa itu juga pasukan polis telah membuat
serbuan untuk membanteras gejala rempit. Kelibat Shahrul tidak kelihatan.
Nadira berasa sangat takui kerana tidak pernah melalui situasi demikian. Akhirnya
Nadira ditahan dan dibawa ke balai polis dengan menaiki trak polis. Nadira
teringat akan nasihat kakaknya dan juga Badri. Dia merayu agar tidak dibawa ke
balai polis. Pihak polis menghantar Nadira pulang. Di rumah, ibunya mula mempersoalkan
tindakannya kerana tidak mendengar nasihat kakaknya. Nurul AinNadira mula
menyedan kesilapannya. Dia juga menyesal kerana Shahrul lepas tangan
terhadapnya. Dia berjanji tidak akan mengulangi kesilapan.
Bab 7 Secarik Sinar: Hubungan Badri dan Jamil menjadi
dingin. Taufik ingin tahu punca kedinginan tersebut lalu bertanya kepada Badri
ketika terserempak di perpustakaan. Badri yang mulanya tidak berminat dengan
Taufik akhirnya berubah fikiran apabila Taufik bercerita tentang peristiwa malang
yang menimpa Nadira. Badri amat terkejut apabila Taurik menceritakan bahawa
Nadira telah ditahan oleh pihak polis. Nadira memberitahu bahawa dia telah
dianiaya oleh Shahrul. Menurut Taurik, hubungan Nadira dengan Shahrul juga
telah berakhir. Tidak semena-mena Nadira datang dan duduk di sebelah Badri di
perpustakaan. Kedatangannya membuatkan Badri berasa kurang selesa. Badri memang
tidak selesa berkawan dengan perempuan. Nadira datang untuk meminta maaf atas
kesilapannya tidak mempercayai kata-kata Badri tentang Shahrul. Akhirnya Badri
menerima Nadira sebagai kawan. Ketika meninggalkan perpustakaan, mereka
berselisih dengan Shahrul. Nadira cuba menghindarkan diri tetapi Shahrul
bertindak mencengkam tangan Nadira. Dia mahu Nadira mendengar penjelasannya
tentang peristiwa yang berlaku ketika mereka berkumpul di tepi tasik. Shahrul bertindak
kasar apabila Nadira tetap tidak mahu mendengarny a. Kekasaran Shahrul terhadap
Nadira membangkitkan kemarahan Badri.Shahrul mencabar Badri untuk beradu
kekuatan. Badri menerima cabaran tersebut. Nadira pula berasa kurang senang dengan
perkara tersebut.
Bab 8 Mengharung Badai: Jamil berjumpa dengan Badri untuk
menceritakan aktiviti Meng Kong dan rakan-rakannya. Jamil meminta Badri
memahami kedudukannya dan meminta agar hal itu tidak disampaikan kepada Cikgu
Jailani. Badri pula berharap agar Jamil benar-benar sudah insaf.Badri ingin
terus menyiasat aktiviti Meng Kong walaupun ditegah oleh Nadira.Kini Badri menganggap kes tersebut sudah menjadi tanggungiawabnya
untuk membanteras perkara tersebut. Ketika Badri di perpustakaan, Siew Mei
datang menemuinya. Mereka berdua pergi ke kantin untuk berbual. Badri berasa kekok
untuk berbual dengan Siew Mei kerana ada orang memandang mereka. Siew Mei
bertanya tentang pertengkaran Badri dengan Shahrul. Gadis itu menasihati Badri
agar tidak bergaduh hanya kerana seorang gadis yang bernama Nadira. Badri mengagumi
sikap matang dan berani Siew Mei menegurnya. Tiba-tiba Siew Mei meminta izin
untuk beredar. Badri tertanya- tanya dan cuba mendapatkan Siew Mei. Kelibat Siew
Mei hilang dari pandangan.
Bab 9 Rahsia Hampir Terbongkar: Badri pergi berjoging
di taman pada pagi hari Ahad. Ketika berehat, dia ternampak kelibat Meng Kong.
Shahrul, dan Kumar sedang berbuai-bual tidak jauh dari situ. Badri menghampiri
mereka untuk menyiasat perkara yang dibualkan. Daripada perbualan mereka, Meng
Kong memberitahu tentang Jamil yang berjumpa Badri. Selain itu, Meng Kong juga
berkata bapanya sudah memasang CCTV di kedai dan sukar baginya untuk mengambil
telefon bimbit dan kad prabayar. Sekarang dia mengambil harangan tersebut dari
stor kedai kerana tiada CCTV. Badri bertindak menemui ketiga-tiga orang sahabat
itu. Shahrul menyerang Badri secara tiba-tiba. Badri tidak panik dan bertindak
mematahkan serangan Shahrul beberapa kali. Shahrul terkejut melihat ketangkasan
dan kehandalan Badri bersilat.Akhirnya Shahrul menaiki motosikal dan meninggalkan
tempat tersebut diikuti oleh rakan-rakannya. Siew Mei datang ke taman untuk
berjoging dan mengajak Badri berjoging bersama-samanya.
Bab 10 Semarak Api: Shahrul berasa rimas tinggal di rumah
teres dan terpaksa berkongsi bilik dengan adik-adiknya. Sebelum ini Shahrul
tinggal di rumah besar. Namun selepas perniagaan bapanva merosot. mereka
terpaksa berpindah. Cikgu Jailani memanggil Shahrul untuk bertanya tentang tindakan
Shahrui menyerang Badri. Kata Shahrul dia marah kerana Badri tnerampas Nadira
daripadanya. Dia euba melindungni perkara yang sebenar. Ketika waktu rehat, dia
terlihat Badri sedang makan di kantin. Hatinya sakit apabila mendapati Nadira
turut berada di sisi Badri. Dia menghampiri Nadira. Perbualannva dengan Nadira
seperti mahu menyindir dan memberi amaran kepada Badri. Nadira pula meluahkan
kekesalannya berbaik dengan Shahrul. Shahrul bersama-sama Kumar mencari Amir untuk
menuntut hutang telefon bimbit. Amir mahu memulangkan telefon bimbit itu kerana
ibunya tidak lagi memberikan wang saku kepadanya. Shahrul menolak kerana
telefon vang sudah dibeli tidak boleh dikembalikan. Meng Kong telah memberitahu
Amir sebelum itu. Amir memasukkan teleton tersebut ke dalam saku Shahrul, tapi Shahrul
memulangkan kepada Amir. Setelah beberapa kali, telefon tersebut terjatuh di
hadapan Cikgu Jailani yang datang secara kebetulan. Amir cuba berdolak-dalik
apabila ditanya oleh Cikgu Jailani tentang pemilik telefon tersebut. Shahrul meminta
Amir merahsiakan aktiviti mereka. Tengah hari itu Meng Kong. Shahrul, dan Kumar
balik bersama-sama sambil berbincang tentang Amir. Shahrul berharap Amir tidak membocorkan
rahsia mereka kepada Cikgu Jailani.
Bab 11 Tertangkap: Meng Kong bangun awal pada pagi Sabtu. Selepas bersarapan. Meng ,Meng belum
sampai. Meng Kong masuk ke stor. Dia mengambil 4 buah telefon bimbit terpakai dan dimasukkan ke dalam beg sandang.
Selepas Ah Meng tiba untuk memulakan tugas, Mengkong keluar untuk berjumpa
dengan Kumar. Dia menyerahkan telefon bimbit tersebut kepada Kumar untuk
dijual. Ah Meng menonton rakaman CCTV di komputer. Dia telah memasang CCTV di stor tanpa pengetahuan Meng Kong.Ah
Meng dapat mengesan Meng Kong telah masuk ke stor dan mengambil telefon bimbit
di stor tersebut. En. Tan bapa Meng Kong datang ke kedai dan Ah Meng
memberitahu perbuatan Meng Kong kepada majikannya. Meng Kong kembali ke
kedai.Ah Meng memberitahu bahawa bapa Meng Kong ingin berjumpa.Akhirnya kegiatan
Meng Kong terbongkar.En Tan meminta anaknya mengubah. Dia juga membuat keputusan
untuk menempatkan Meng Kong di asrama.En. Tan menemui pengetua dan Cikgu Jailani
untuk menceritakan perihal anaknya. Dalam mesyuarat PIBG sekolah berkenaan, isu
telefon bimbit telah dibangkitkan oleh ibu bapa.En. Tan meminta maaf kepada ibu
bapa yang menghadapi masalah akibat
perbuatan Meng Kong.
Bab 12 Suasana Baharu: Meng Kong kini ting, al di asrama.
Dia berasa rimas kerana terpaksa berkongsi bilik dengan murid lain. Tambahan
pula di asrama tidak ada kemudahan dan kemewahan seperti di rumahnya. Namun dia
berasa lega apabila Taufik yang peramah banyak membantunya. Malam itu Meng Kong berjaya menyiapkan kerja sekolah
Prinsip Perakaunan buat kali pertama. Selama ini dia hanya meniru Amar, rakan
sekelasnya. Malam pertama di asrama dia berasa sukar untuk tidur. Menjelang
awal pagi pula,suasana di asrama riuh rendah dengan suara murid-murid yang bangun awal. Murid Muslim perlu ke surau pada
pukul 6.00 pagi. Meng Kong terpaksa
membiasakan dirinya dengan suasana baharu itu. Ketika di sekolah dia berjumpa
dengan Shahrul dan Kumar. Shahrul bertanya tentang urusan perniagaan mereka dan
mahu aktiviti mereka diteruskan. Meng Kong
enggan kerana dia bimbang ayahnya akan menghantarnya ke kampung untuk tinggal
bersama-sama datuknya yang garang. Keengganan Meng Kong menyebabkan Shahrul naik
marah. Dia memegang kolar baju Meng Kong dan cuba menumbuknya. Namun Badri
dapat menghalang niat Shahrul. Badri membawa Meng Kong, Shahrul, dan Kumar
berjumpa dengan Cikgu Jailani. Meng Kong menceritakan perihal ugutan Shahrul.
Akhirnya Shahrul uan Kumar didenda dengan dua sebatan. Shahrul dan Kumar
bertekad untuk mencari jalan agar Meng Kong dibuang dan asrama.
Bab 13 Jiwa Remaja: Badri bersiap-siap untuk keluar .Badrul
memberitahu ibunya bahawa Badri sudah mempunyai teman wanita. Badri keluar dengan
Nadira untuk menonton persembahan teater. Nadira tidak dapat menumpukan
perhatian terhadap persembahan kerana dihantui oleh perasaan cemburu terhadap
Siew Mei. Selepas persembahan teater, Badri dan Nadira pulang ke rumah
masing-masing. Ketika Badri sampai di rumah, Badrul memberitahu bahawa Jamil
menelefon dan ingin bercakap dengan Badri. Tanpa berlengah, Badri menghubungi
Jamil. Kata Jamil ada sesuatu yang ingin diberitahu kepada Badri, tetapi dia
akan memberitahu Badri keesokan harinya. Badri tidak sabar untuk mengetahuinya.
Badri meneiefon Jamil pada pagi esoknya, tetapi Jamil tidak ada di rumah. Badri
semakin tertanya-tanya. Di sekolah. Badri mencari Kumar. Dia mengajak Taufik ke
kelas Kumar. Mereka terserempak dengan Kumar yang sedang memasukkan rokok ke
dalam beg Meng Kong. Badri menangkap Kumar. Pada mulanya Kumar berbohong dengan
mengatakan Meng Kong yang menyuruhnya. Namun, setelah Meng Kong datang. semuanya
terjawab. Kumar mengaku bahawa Shahrul yang menyuruhnya berbuat demikian untuk
menganiaya Meng Kong. Kumar dihantar untuk berjumpa dengan Cikgu Jailani. Kemudian
dia diberikan kaunseling oleh Cikgu Fatima. Kumar berasa lega kerana tidak
digantung sekolah.
Bab 14 Di Persimpangan: Kumar menghabiskan cuti
hujung minggu di rumah. Dia mula insaf akan kesilapannya selepas menerima
kaunseling daripada Cikgu Fatima. Dia juga tidak mahu menghampakan harapan ibu
bapanya. Kumar teringat pertemuannya dengan Shahrul. Rakannya itu masih mendesak
agar dia meneruskan kegiatannya. Namun Kumar tetap enggan. Shahrul mencuba
berbagai-bagai cara untuk memujuk Kumar tetapi semuanya tidak berhasil. Kumar
benar-benar telah insaf dan berubah. Selepas cuti hujung minggu, Kumar kembali
ke sekolah dengan tenang. Shahrul datang berjumpa dengannya lagi. Shahrul
meminta bantuan Kumar untuk membalas dendam terhadap Badri.
Bab 15 Kehilangan yang Misteri: Sudah sebulan Jamil
menghilangkan diri. Badri tidak lagi mencarinya. Akhir-akhir ini Badri rapat
dengan Kumar, tetapi ingatannya terhadap Jamil tetap kukuh. Badri juga berasa
lega kerana tiada lagi kes melanggar disiplin beriaku di sekolah. Kumar dan
Meng Kong telah berubah. Siew Mei masuk ke pusat sumber. Dia terbaca berita
tentang kejadian tembak-menembak antara pihak polis dengan sindiket pengedaran
dadah. Siew Mei terkejut membaca nama Amran disebut sebagai antara yang
terbunuh. Siew Mei pernah ternampak Amran berbual-bual dengan Jamil di gerai
ibunya dahulu. Siew Mei memberitahu Badri berita tersebut. Badri menjadi cemas
memikirkan keselamatan Jamil.
Bab 16 Tersayat Pedih: Berita kematian Amran telah mengubah
kehidupan Shahrul. Selepas balik dari sekolah, dia hanya memerap di rumah. Dia
teringat akan Nadira. Dia sudah bertemu dengan Nadira dan memohon maaf, tetapi reaksi
Nadira terhadapnya tidak dapat diterima. Nadira turut menceritakan sikap buruk
Shahrul kepada Badri, menyebabkan Shahrul semakin tertekan. Suatu petang
Shahrul berjumpa rakan-rakannya. Ketika itu dia ternampak Badrul pulang daripada
menjalani latihan bola sepak di sekolah. Shahrul menyuruh rakannya memukul
Badrul. Namun suruhan itu ditolak oleh rakannya. Shahrul naik berang lalu
menghidupkan enjin motosikalnya. Dia memecut laju. Malangnya dia terbabas dan
terjatuh ke dalam longkang. Badrul dan rakan-rakannya menolong Shahrul yang
dihempap motosikal. Badrul juga menahan teksi dan membawa Shahrul ke hospital.
Dalam hatinya Shahrul berterima kasih kepada Badrul. Berita kemalangan Shahrul
tersebar di sekolah. Kumar memberitahu badri bahawa Shahrul sebenarnyaingin
mencederakan Badrul. Siew Mei pula tegas tidak mempercayai bahawa Kumar telah insaf.
Nadira mula risau tentang Shahrul. Dia memberitahu Badri bahawa Shahrul telah
berubah.
Bab 17 Mangsa Fitnah: Badri sering mengajak Kumar dalang
ke rumahnya untuk belajar. Pada hujung minggu Kumar juga sering tidur di rumah
Badri. Hubungan mereka semakin akrab. Suatu hari, ketika kelas Matematik
berlangsung, Cikgu Jailani meminta Badri menunjukkan pengiraan di papan tulis. Tidak
semena-mena terdengar bunyi telefon bimbit.Setelah disiasat, telefon itu ada di
dalam beg Badri. Akibatnya semua orang memandang serong terhadap Badri. Cikgu
Jailani membawa Badri untuk disoal siasat. Badri menafikan telefon bimbit itu miliknya,
malahan dia tidak pernah memiliki telefon bimbit. Cikgu Jailani mempercayai
kata-kata Badri. Dia tahu ada orang yang mahu menganiaya Badri. Orang yang
disyaki lalah Shahrul. Cikgu Jailani mahu menyiasat perkara tersebut. Sementara
itu berita Badri ditangkap kerana membawa telefon bimbit tersebar dengan
pantas. Nadira menyindir Badri dengan kata-kata yang sinis. Shahrul turut
menempelak Badri. Namun Badri mendakwa Shahrul terlibat dalam perkara tersebut.
Siew Mei berjumpa dengan Badri untuk memberikan sokongan. Akhirnya Siew Mei
berjaya meyakinkan Badri bahawa dia dan Taufik telah menjangkakan perkara itu
akan berlaku.
Bab 18 Pentas Sandiwara: Taufik berbual dengan Badri
tentang Nadira yang menjauhi Badri. Pada Badri, dia berkawan dengan semua orang
dan tidak pernah menganggap Nadira sebagai istimewa. Tiba-tiba mereka terdengar
suara orang bertengkar di dalam bilik darjah yang kosong. Badri dan Taufik menyiasat
dan mendapati Shahrul dan Kumar yang bertengkar tentang telefon bimbit. Badri
mula mengesyaki Shahrul dan Kumar terlibat dalam komplot menganiaya dirinya.
Tanpa berlengah, Badri mendapatkan Kumar untuk mendapatkan pen|elasan. Shahrul
terus memarahi Kumar. Pergaduhan hampir tercetus. Lokman datang dan menghalang
pergaduhan lersebut. Shahrul dan Kumar dibawa ke bilik pengawas. Shahrul
bercakap kasar dan memandang rendah kepada Lokman walaupun Lokman ialah ketua
pengawas sekolah. Lokman terus menasihati Shahrul dan akhirnya melepaskan
Shahrul. Badri memberitahu Lokman dia seolah-olah patah semangat. Lokman pula
terus memberikan keyakinan kerana Badri seorang pengawas yang terbaik pernah
ditemuinya. Badri bersyukur kerana Taufik dan Siew Mei terus menyokong semua tindakannya.
Bab 19 Cerita Baharu: Badri, Taufik, dan Siew Mei
makan di kantin. Kemudian Meng Kong datang dan duduk Dersama-sama mereka. Badri
bertanya Meng Kong tentang Kumar. Kata Meng Kong, dia yakin Kumar telah insaf.
Siew Mei masih ragu-ragu tentang perubahan Kumar. Meng Kong luga bercerita
tentang Shahrul. Katanya Shahrullah yang menjadi punca semua masalah. Dia
sangal degil dan terlibat dengan sindiket yang diketuai oleh Amran. Ibu bapa
Shahrul pula sering menyebelahinya. Shahrul kurang mendapat perhatian ibu
bapanya yang sering sibuk dengan kerja. Badri memuji Taufik yang cekap
mendapatkan cerita.
Bab 20 Hati yang Luka: Badri duduk seorang din di
belakang bangunan sekolah. Dia sedang berfikir tentang Nadira. Siew Mei dan
Taufik datang menemuinya Semasa bercakap, Badri telah tersasul menyebut nama
Siev. Mei sebagai Nadira. Siew Mei yang berasa tersinggung dan merajuk terus
meninggalkan Badri. Badri meminta Taufik menyampaikan permohonan maafnya kepada
Siew Mei tetapi Taufik enggan berbuat demikian. Sebaliknya Taufik menyuruh Badri
sendiri yang berbuat demikian. Taufik menyalahkan Badri kerana tidak tahu
menilai keikhlasan Siew Mei.Badri berasa tertekan. Dia juga tidak dapat
menerima tindakan Nadira yang seolah-olah menghukumnya. Badri ke ruruah Pak Alang
untuk berbual. Nadira juga datang ke rumah Pak Alang bersama-sama Shahrul.
Badri mahu pulang tetapi dihalang oleh Mak Alang yang ingin mengirimkan kuih
kepada ibu Badri. Nadira bermuka-muka dengan Badri. Shahrul juga turut
menyindir dan menyakiti hati Badri. Badri mengambil peluang untuk menempelak
Shahrul. Katanya Shahrul sedang dicari oleh Cikgu Jailani kerana kesalahannya
memfitnah. Nadira tetap menuduh Badri sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.
Tiba-tiba telefon bimbit Shahrul herbunyi. Wajahnya berubah semasa menjawab
panggilan. Kemudian dia meminta diri dan bergegas pergi. Katanya dia ada urusan
penting dan meminta Nadira tinggal di situ. Dia berjanji akan datang menjemput
Nadira. Namun, Shahrul tidak muncul lagi selepas itu.
Bab 21 Harapan: Siew Mei telah memaafkun Badri. Mereka
bersedia untuk menghadapi pepenksaan SPM. Setelah peperiksaan selesai, Badri.
Taufik. dan Siew Mei berkumpul untuk kali terakhir sebelum bercuti. Mereka
membincangkan perancangan masa depan. Siew Mei ingin bertemu kakaknya di Tokyo.
Badri dan Taufik pula ke pantai timur untuk bekerja di resort milik hapa
saudara Badri. Namun, Badri masih teringat akan Nadira. Gadis itu datang
bertemunya sebelum dia berlepas ke pantai timur. Kata Nadira, Shahrul ingin meminta
maaf kepada Badri kerana dialah yang meletakkan telefon bimbit dalam beg
sekolah Badri tempoh hari. Dia juga ditahan polis kerana terlibat dalam
aktiviti lumba hurum. Akhirnya keputusan peperiksaan diumumkan. Badri dan Siew Mei
mendapat 9A dan Taufik mendapat 7A. Mereka berasa sangat gembira dan tidak
sabar-sabar ingin memberitahu ibu bapa masing-masing. Badri ingin kembali
bekerja di resort. Dia ingin memohon masuk ke IPT melalui internet.
Bab 22 Senja Belum Berlabuh: Badri telah menamatkan pengajian
dalam bidang perubatan di Ireland. Dia berkuniung ke resort milik Jamil dan
Taufik. Jamil mendedahkan rahsia kehilangannya dahulu. Dia telah dihantar oleh
ibu bapanya untuk bersekolah di Sarawak. Tujuannya agar Jamil tidak terpengaruhi
dengan gejala negatif di bandar. Shahrul dan Kumar membuka bengkel membaiki
kenderaan setelah tamat pengajian di politeknik. Perniagaan mereka berjaya dan berkembang
maju. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Cikgu Jailani telah bersara
daripada jawatannya. Siew Mei juga telah tamat pengajian dalam bidang
pergigian. Jamil bertanya sama ada Badri berminat untuk membuka klinik. Kata
Badri, dia mahu berkhidmat di hospital kerajaan kerana mahu membalas budi. Dia
telah melanjutkan pelajaran dengan biasiswa yang ditawarkan oleh pihak
kerajaan.
Terima kasih :)
BalasPadam