Contoh surat kepada sahabat.
Soalan:
Tulis
sepucuk surat kepada seorang rakan anda di luar negara untuk
menceritakan perayaan yang disambut di Malaysia.
Haney Hamzah
56 Jalan Teratai 3/4,
Taman Seroja,
56100 Kuala Lumpur.
27 Mac 2013
Kehadapan
sahabatku yang sentiasa diingati, Saudari Aslina, yang kini berada di
Brunei. Saya berharap agar saudari sentiasa berada dalam kandungan
sihat walafiat bersama-sama dengan keluarga saudari.
Saudari Aslina,
................Bagaimana keadaan saudari di sana sekarang? Untuk makluman saudari, saya dan keluarga saya di Kuala Lumpur sihat seperti biasa. Pada masa ini, saya agak sibuk dengan pelajaran saya kerana Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal saya duduki semakin hampir. Setiap hari saya terpaksa pulang lewat ke rumah kerana menghadiri kelas tambahan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Saya percaya mampu untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Walau bagaimanapun saya memohon agar saudari mendoakan saya supaya lulus dengan cemerlang.
Saudari Aslina,................
Dalam warkah saudari yang lepas, saudari ingin mengetahui perayaan yang disambut di Malaysia.Untuk tidak menghampakan saudari, saya akan menceritakannya. Satu daripada perayaan yang disambut oleh masyarakat di Malaysia ialah perayaan Hari Krismas.Apabila Krismas semakin hampir, rumah-rumah dihias indah indah,pokok Krismas didirikan, kad ucapan diedar, dan lagu-lagu perayaan dimainkan berulang kali. Terdapat juga hadiah yang diletak dibawah pokok Krismas. Sudah menjadi kebiasaan jika kita melihat kumpulan koir menyanyi di gereja-gereja malah ada juga yang berpakaian Santa dan melawat kejiranan, rumah anak yatim, orang tua dan hospital bagi meraikan mereka yang kurang bernasib baik.Malam Krismas ialah malam yang ditunggu-tunggu, sanak saudara akan berkumpul, masa untuk doa dan kesyukuran telah sampai. Biasanya ‘Nativity play’ atau pertandingan ratu cantik perayaan akan juga diadakan.Pagi Krismas, penganut Kristian akan bersembahyang di gereja, sebelum pulang ke rumah dan menunggu kedatangan tetamu.Dalam konsep rumah terbuka sekarang, perayaan menjadi semakin meriah dengan kedatangan kaum lain. Antara juadah yang biasa dihidangkan ialah kekacang, buah-buahan, pai, dan ayam belanda bakar,termasuk juga rendang dan kari.Walaupun Krismas adalah sambutan sehari sahaja, tetapi semangat dan kemeriahannya berlangsung hingga tahun baru.
Seterusnya,masyarakat
India pula akan menyambut perayaan Deepavali.Dikenali oleh masyarakat
Hindu sebagai pesta cahaya,Deepavali atau Diwali ialah simbol
kebaikan menumpaskan kejahatan dan cahaya menumpaskan kegelapan. Pada
hari ini, kerajaan mengisytiharkan satu hari cuti umum.Hari Deepavali
jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan
Oktober atau November.Oleh sebab namanya Pesta Cahaya, ia disambut
dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu.Bagi persiapan Deepavali,
penganut Hindu akan membersihkan rumah mereka, hiasan seperti kolams
dibuat, dan lampu ‘vilakku’ dipasang. Lampu ini merupakan sejenis
pelita tradisi yang diperbuat dari tanah liat.Perayaan juga bertambah
seri dengan lampu-lampu moden.Pada pagi Deepavali, mereka akan bangun
awal, untuk upacara mandi minyak sebagai simbol kepada penyucian
diri.Kemudian mereka menuju ke kuil untuk bersembahyang.Setelah itu,
sepanjang hari mereka akan berkunjung ke rumah saudara dan sahabat
handai.
Perayaan yang tidak kurang pentingnya bagi masyarakat Cina ialah sambutan Tahun Baru Cina.Di Malaysia, cuti umum telah diisytiharkan bagi dua hari pertama untuk Tahun Baru Cina.Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga samada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar yang menjadi simbol eratnya ikatan kekeluargaan.Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayaai akan memanjangkan umur seseorang.Bagi yang tua, kemudian malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga.Tepat detik tengah malam,mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan Tahun Baru bermula.Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut yang bermaksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’.Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.

Saudari
Aslina,
Sambutan
Chap Goh Mei pula diadakan pada lima belas hari selepas Tahun Baru
Cina yang menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap
Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara
besar-besaran dan colok besar akan dibakar serta diadakan makan besar
bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi
meraikan Chap Goh Mei.Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam
mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan
mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secocok.
Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai
dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa
pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan
kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan
perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau
singa, dan mengimbang bendera besar "Chingay".
Akhir sekali, perayaan yang disambut oleh majoriti masyarakat Malaysia ialah Hari Raya Aidil Fitri.Kemeriahan Hari Raya ditonjolkan dengan kembalinya beramai-ramai warga kota ke kampong. Upacara yang digelar ‘balik kampung’ ini menyebabkan kota-kota besar menjadi lengang dan jalan raya menjadi sesak. Masing-masing ingin merayakan Aidilfitri bersama ibu bapa dan keluarga. Seluruh keluarga akan bergotong royong menghias rumah dan memasak juadah.Pagi Aidilfitri biasanya akan dimulakan dengan takbir dari masjid-masjid, yang telahpun berlanjutan dari malam sebelumnya. Pagi-pagi lagi semua orang telah bangun,dan biasanya akan mengunjungi pusara kaum keluarga.Kemudian, kaum wanita akan mengemas rumah manakala kaum lelaki akan bersiap ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Masing-masing segak dan cantik dengan pakaian baru.Kanak-kanak merupakan golongan yang paling seronok kerana segalanya dari songkok, baju melayu, atau baju kurung hinggakan kasut adalah baru.Selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri, kaum keluarga akan berkumpul untuk bersalaman dan meminta maaf antara satu sama lain.
Saudari Aslina, ....................
Memandangkan telah panjang lebar saya menulis dalam warkah saya pada kali ini, saya memohon untuk mengundur diri. Semoga kita dapat bertemu lagi dalam bingkisan yang akan datang. Jangan lupa untuk menyampaikan salam saya kepada keluarga saudari. Akhir kata, saya juga memohon kemaafan andainya ada kata-kata saya yang menyinggung hati saudara.

................
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.
...................................................................................... .. Sahabatmu yang jauh,
Haney
Panjang nye
BalasPadamada yang suka buat pendek,pendekkan sendiri.jangan ambil bulat-bulat
PadamMemudahkan kerja
BalasPadamMinta copy untuk dijadikan rujukan.Syukran...
BalasPadamtq ... :)
BalasPadamSaye copy yer
BalasPadamsurat rasmi
BalasPadam