Khamis, 11 April 2013

Esei Kerja Kursus Sejarah


Tugasan 2.

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan
unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan:
Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa
Malaysia. Berikan pendapat anda.

              Ekonomi tradisional  di Malaysia yang dahulu agak malap kerana hanya diusahakan  untuk sara diri tetapi kini kian berubah kedudukannya dan pandangan masyarakat.Ekonomi tradisional yang terdiri daripada makanan,kraftangan, pertukangan dan beberapa aspek lagi kini semakin mendapat tempat di hati masyarakatnya selari dengan hasrat kerajaan yang aktif mempromosikan barangan keluaran tempatan. Perkembangan dalam kegiatan ekonomi tradisional penting untuk memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia.
Melalui kegiatan ekonomi tradisional, semangat nasionalisme bangsa Malaysia  iaitu semangat bertanggungjawab kepada bangsa dan negara dapat dipupuk. Sudah tiba masanya bagi rakyat kita untuk  menghidupkan  barangan keluaran tempatan yang menjadi lambang warisan bangsa kerana tanpanya,identiti kita akan lenyap ditelan arus pembangunan.Hal ini demikian kerana, barang tempatan kita yang terdiri daripada produk ekonomi tradisional sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan kebanyakan produk keluaran negara kita sangat unik.
Pada  masa yang sama, dengan wujudnya  kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia  dapat menyemai semangat tabah menghadapi cabaran. Hal ini demikian kerana untuk menghasilkan produk yang berkualiti memerlukan penelitian, perancangan dan strategi yang baik. Dengan itu, kita tidak boleh cepat melatah jika produk yang dihasilkan mendapat komen yang kurang memberangsangkan kerana dengan penelitian dan pandangan masyarakatlah,produk kita semakin berkualiti. 
Seterusnya, mengkomersialkan kegiatan ekonomi tradisional kita dapat memupuk semangat berdikari dalam diri individu yang mengusahakannya.Perkembangan perusahaan batik,songket,dan kraftangan seperti bunga daun kering memerlukan usaha yang jitu untuk berkembang maju tanpa mengharapkan sepenuhnya bantuan daripada pihak lain.Pengusahanya juga perlu kreatif dalam mengeluarkan produk supaya dapat sambutan daripada masyarakat.
Di samping itu,semangat berdisiplin iaitu mematuhi peraturan dan undang-undang
 juga perlu dipatuhi oleh penggiat ekonomi tradisional.Dalam usaha memasarkan produk yang dihasilkan,mereka perlu akur dengan peraturan yang ada seperti mengelakkan ciplakan dan penyelewengan.Hal ini bertujuan untuk memastikan pihak  yang mengusahakan perusahaan masing-masing  bebas menghasilkan idea kreatif mereka.
                Bukan itu sahaja, perkembangan kegiatan ekonomi tradisional penting untuk menyemai memupuk semangat cinta akan negara  yang selari dengan aspirasi negara yang mahukan rakyatnya tidak melupakan warisan bangsa.Dengan cara ini,budaya bangsa kita seperti  batik,ukiran kayu dan sebagainya dapat terus berkembang dan tidak luput ditelan zaman.Secara tidak langsung,perkembangan tersebut dapat juga memupuk semangat yang wajar kerana kadar pengangguran dapat dikurangkan.Dengan demikian, usaha kerajaan untuk menjana pendapatan bagi rakyat di luar bandar telah berjaya dilaksanakan dengan perkembangan kegiatan ekonomi tradisional yang semakin pesat kini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan