selamat tinggal, Eropah
kuharap kau dapat membaca
nilai yang kau khutbahkan
kepada dunia,
berjuang untuknya seperti kau
mengejek kami dengan pembelotan.
aku harap ingatanmu masih
luas untuk menakung sejarah
yang kau kuasai dengan darah dan helah.
di mukamu kulihat luka baru,
senyummu dibelah seksa.
sekarang engkau harus berkata
di depan khalayak yang melontarkan kembali
makna lama, pemberianmu.
istana kotak di Waterloo
pembakaran rumah Turki di Jerman
kebebasan yang disekat daripada anak sekolah
Perancis
pintu yang ditutup di depan penderita
telinga yang dipekakkan dari jeritan malam
semuanya tumpah pada kata hatiku.
9 Disember 1994, Leiden
Muhammad Haji Salleh
Maka Bermadahlah
Masa, 2006
Maksud
Rangkap 1-Penyajak berharap agar negara-negara Eropah
yang dahulunya menjajah negara lain kini insaf akan perbuatan mereka. Nilai
yang dilaungkan/didoktrinkan/dipegang oleh mereka sebenarnya hanyalah lakonan
semata-mata.
Rangkap 2-Mereka juga diingatkan agar tidak
emperlekeh/mengata/merendah-rendahkan negara yang telah dijajah itu sebagai
pembelot. Pada hal mereka yang memanipulasi setiap peristiwa yang melakar
sejarah itu dengan kekejaman dan penipuan secara bermuka-muka/melaga-lagakan.
Rangkap 3- Penyajak melihat bahawa negara Eropah kini
sedang menanggung sengsara akibat perbuatan mereka yang lalu, namun mereka cuba
menyembunyikan masalah yang dihadapi.
Rangkap 4- Kini, penyajak mendesak negara-negara Eropah
supaya bercakap benar dengan seluruh dunia tentang pembohongan yang dilakukan
oleh mereka sebelum ini.
Rangkap 5- Segala penindasan, kekejaman dan penipuan yang
dilakukan oleh negara-negara Eropah ini disedari oleh penyajak dan penyajak
akan mengingati segala peristiwa hitam yang dicipta oleh mereka sampai
bila-bila.
Tema Sajak ini bertemakan keamanan sejagat. Penyajak
mengharapkan agar negara-negara Eropah tidak lagi menindas negara-negara lain
kerana mereka sebenarnya telah banyak melakukan kekejaman kepada dunia. Semoga
dengan itu, sejarah hitam yang pernah berlaku tidak akan berulang lagi dan
dunia akan aman damai.
Persoalan
1. Kesedaran atas perkara yang telah dilakukan Contoh:
aku harap ingatanmu masih luas untuk menakung sejarah yang kaukuasai dengan
darah dan helah
2. Kejujuran dalam menjalin hubungan sejagat Contoh:
sekarang kau harus berkata
3. Kekejaman untuk mendapatkan kuasa.Contoh: pembakaran
rumah Turki di Jerman
4. Kesan atas perlakuan yang telah dilakukan Contoh: di
mukamu kulihat luka baru senyummu dibelah seksa
1)
Berangkap/mempunyai rangkap.
Contoh bilangan
rangkap sajak ini mempunyai 5 rangkap
2) Bilangan baris
setiap rangkap tidak sama . Contoh 2 hingga 7 baris serangkap
3) Jumlah perkataan setiap baris tidak sama. sajak ini mempunyai 2 hingga 6
patah perkataan sebaris
4)Jumlah suku
kata sebaris tidak sama.Contoh 3 hingga 17 suku kata sebaris
5)Rima akhir tidak
sama. R1: a,b,c,d,e R2: a,a,aR3: a,bR4: a,b,c R5; a,b,c,d,e,f,g
Kesimpulannya
sajak ini berbentuk bebas.Contoh sajak ini mempunyai 2 hingga 7 baris dalam serangkap
NADA:
-Melankolik
Contoh: pintu yang ditutup di depan penderita
telinga yang dipekakkan dari jeritan malam
semuanya tumpah pada kata hatiku
PENGAJARAN :
-Kita mestilah taat dan setia kepada negara. contoh: luas
untuk menakung sejarah
-kita haruslah bertanggunjawab dalam mempertahankan
negara.contoh: berjuang untuknya seperti kau
-Kita mestilah mempunyai sifat kasih sayang akan tanah
air. contoh: telinga yang dipekakkan dari jeritan malam semuanya tumpah pada
kata hatiku
NILAI:
1.Ketaatan/kesetiaan.Contoh: Taat dan setia terhadap
negara.
2.Keberanian.Contoh: Berani mempertahankan tanah air
3.Patriotik.Contoh: Rasa semangat dan cinta akan tanah
air
4.Kesedaran.Contoh: Aku harap ingatanmu masih luas untuk
menakung sejarah
5.Kerajinan.Contoh: Kuharap kau membaca
Tiada ulasan:
Catat Ulasan