Ahad, 7 September 2014

Pindahan Maklumat-Ulasan

Lihat rajah tentang cara menghargai jasa warga tua di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut,tulis ulasan anda yang panjangnya  antara 80 hingga 100 patah perkataan.



Karangan contoh


Kini,amalan menghormati warga tua semakin luput dalam masyarakat.Oleh itu, kempen tentang cara-cara menghargai jasa warga tua giat dijalankan oleh kerajaan. Antara cara yang boleh dilakukan termasuklah dengan memberi bantuan apabila orang tua memerlukannya. Sekiranya kita melihat orang tua yang membawa barang yang banyak kita hendaklah menawarkan diri untuk membantu. Masyarakat juga seharusnya mempunyai sikap mengambil berat terhadap orang tua.  Jika kita berada dalam kenderaan awam kita perlulah memberi peluang kepada orang yang lebih tua untuk duduk. Cara lain, kita juga perlu meraikan Hari Warga Tua yang disambut pada 1 Oktober setiap tahun dengan memberikan hadiah sebagai penghargaan kepada mereka.

(99 patah perkataan)

Ulasan:
@@@Karangan perlu mengandungi kedua-dua isi iaitu tersirat dan tersirat 
Tulisan hitam-isi tersirat(tiada dalam rajah)
tulisan biasa-isi tersurat(ada dalam rajah)
           



2 ulasan: