Baca petikan di bawah ini dengan teliti.
Kemudian, buat suatu rumusan tentang peranan
sastera dalam dunia Teknologi Maklumat dan langkah-langkah untuk memajukannya. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Sastera
dan komputer penting untuk menghasilkan generasi baharu peneraju negara yang
cemerlang. Kecemerlangan individu terhasil disebabkan banyak faktor. Satu
daripadanya ialah mereka memiliki IQ atau kecerdasan yang tinggi. Selain itu,
kecemerlangan yang dicapai sebenarnya dibantu oleh kecanggihan teknologi
seperti memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat atau komputer. Namun begitu,
kemudahan prasarana dan kemahiran kecergasan emosi telah dikenal pasti sebagai
penyumbang lebih besar daripada IQ dalam kejayaan dan kecemerlangan individu.
Generasi muda pada peringkat sekolah jika hanya didedahkan kepada komputer akan
menjadi robot dan hilang nilai kemanusiaan. Fenomena
keruntuhan nilai moral dan kemanusiaan yang melanda remaja di Jepun akibat
pengabaian subjek sastera dalam sistem pendididkan mereka perlu dijadikan
iktibar. Pihak terbabit di Jepun membuat kajian terhadap fenomena sosial yang
melanda remajamereka kini mula menerapkan semula subjek sastera dalam kurikulum
pendidikan di Jepun.
Generasi
muda yang tinggi IQ dan mahir dalam komputer belum tentu mampu menerajui negara
ke arah kecemerlangan jika mereka tidak mampu mengurus emosi. Kepintaran
mengurus emosi hanya diperoleh melalui sastera. Karya sastera bermutu sama ada
klasik atau moden mampu mendidik generasi muda menghadapi cabaran hidup yang
semakin sukar dalam dunia tanpa sempadan di alaf baharu nanti. Sebagai contoh,
Hikayat Hang Tuah yang merupakan karya
agung Melayu, yang akan diterbitkan dalam bentuk CD-Rom terbukti mengandungi
nilai murni dan kepintaran emosi yang yang digambarkan melalui watak Hang Tuah.
Dalam jangka masa panjang, kebijaksanaan mengurus emosi membuahkan kejayaan
kepada diri dan negara. Generasi muda yang celik komputer perlu juga celik
kecergasan emosi agar tidak lahir generasi intelek yang buta nilai kemanusiaan
dan bakal menjadi perusuh, pemberontak, dan pengacau negara lantaran merek
tidak dididik secara seimbang dalam IQ, teknologi maklumat, dan kecergasan
emosi.
Kini
sudah tiba masanya sastera dan komputer berjalan seiringan atau dipakejkan
bersama-sama dalam pemilihan mata pelajaran di sekolah. Kedua-duanya saling
melengkapi, iaitu kemahiran dalam pengkomputeran menjamin masa depan pelajar
dari segi komersial manakala sastera menjamin pengurusan hidup seimbang dan
harmoni. Melalui cara ini, hasrat melahirkan insan seimbang dari segi jasmani,
rohani, emosi, dan intelek dalam Falsafah Pendidikan Negara dapat direalisasikan. Apabila sastera dan komputer
bergerak seiringan, diharap golongan yang akan melaksanakan tanggungjawab menerapkan
nilai kemanusiaan menerusi sastera melaksanakan amanah itu dengan penuh minat dan
komitmen. Kecanggihan teknologi komputer akan memainkan peranan untuk
menghidupkan sastera, khususnya karya klasik oleh sesetengah generasi muda yang
dianggap sebagai ketinggalan zaman. Seterusnya, sastera dan kecanggihan teknologi
komputer boleh bergerak seiringan untuk menceriakan dunia sastera dan lebih
penting ialah dunia manusia.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana
“Peranan Sastera dalam Dunia
Teknologi Maklumat” dalam Utusan Malaysia)
Pemahaman
Petikan Umum
Berdasarkan
petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i) Apakah maksud rangkai kata fenomena keruntuhan nilai moral? [
2 markah ]
(ii) Nyatakan kepentingan sastera dalam perkembangan Teknologi
Maklumat dan komunikasi
[
3 markah ]
(iii) Pada pendapat anda, adakah penyiaran
hasil sastera di Internet akan merugikan para karyawan sastera di negara kita? [ 4 markah]
JAWAPAN
Isi penting Rumusan:
1 Pendahuluan
Petikan
membincangkan fungsi sastera dalam dunia Teknologi Maklumat dalam kalangan
generasi muda/pada masa kini
2 Isi
tersurat :fungsi sastera
@karya
sastera dalam dunia TM penting untuk menghasilkan generasi baharu yang akan
memimpin negara
@melalui
sastera, mereka memperoleh kepintaran mengurus emosi
@karya
sastera yang bermutu mampu mendidik generasi muda menghadapi cabaran dalam era
globalisasi
@
karya sastera yang mampu melahirkan generasi intelek yang mempunyai nilai
kemanusiaan
@
sastera mampu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, dan
intelek
@
menceriakan dunia sastera dan dunia manusia.
3 Isi-isi
tersirat
@Kementerian
Pelajaran hendaklah menyediakan bahan Komsas dalam bentuk CD
@Pertandingan
penulisan kreatif hendaklah dijalankan dalam talian dengan lebih kerap
@Pihak
tertentu mestilah mewujudkan laman web sastera dengan lebih banyak supaya
peminat sastera boleh mengakses secara berbayar
4 Kesimpulan
Semua
pihak hendaklah memanfaatkan karya sastera dalam dunia TM supaya dapat
menghasilkan remaja yang kritis dan kreatif
Jawapan Pemahaman Petikan
Umum
Berdasarkan petikan di atas,
jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah maksud rangkai kata fenomena keruntuhan nilai moral? [
2 markah ]
-gejala kemerosotan akhlak
(ii) Nyatakan
kepentingan sastera dalam
perkembangan Teknologi Maklumat dan komunikasi [3 markah ]
-sastera
dapat diperluas melalui Internet
-peminat
sastera dapat berkomunikasi antara satu dengan yang lain melalui e-mel
-penghantaran
hasil sastera dapat dilakukan dengan lebih cepat untuk disiarkan dalam pelbagai
media
iii) Pada
pendapat anda, adakah penyiaran hasil sastera di Internet akan merugikan para
karyawan sastera di negara kita? [
4 markah]
@Tidak.-peminat
sastera boleh melanggan karya sastera dalam talian dengan dikenakan bayaran
tertentu.
-Kaedah
ini lebih mudah dan mereka akan memperoleh khalayak pembaca dari seluruh dunia.
Hal ini demikian kerana banyak peminat sastera di luar nagara seperti pelajar
tidak dapat membaca majalah sastera kerana majalah sastera tidak dijual di luar
negara.
@Ya.Kerana
peminat sastera di luar negara akan dapat mengakses hasil karya tersebut secara
percuma.
-akta
hak cipta tentang perkara inibelum diadakan lagi bagi membendung kegiatan
penciplakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan