Rabu, 18 November 2020

SELOKA BOROS DAN JIMAT


 

Maksud  

Rangkap pertama

Andai kita memiliki harta yang banyak seperti  emas bertimbun, beras berkampit dan wang yang banyak.


Rangkap kedua

Tetapi sekiranya harta itu  boros dibelanjakan, semuanya akan cepat habis


Rangkap ketiga

Walau sebanyak manapun harta yang ada jika kita bersifat boros  segala-galanya akan lenyap begitu sahaja


Rangkap keempat

Begitulah kesannya jika kita bersikap boros.Penyelesaiannya ialah kita perlu  berjimat cermat.Jika kita tidak mahu harta kita lenyap habis.

 

Rangkap kelima

Bidalan Melayu ada berkata, "Jika hendak menjadi kaya kita perlu berjimat cermat, jika kita ingin mempunyai ramai  sahabat,kita perlu bersifat pemurah.

Namun semasa kita senang, ramai orang yang ingin mendampingi  kita.Tetapi apabila kita jatuh miskin, kita akan tinggal keseorangan.

 

(b) Tema

Kepentingan mengamalkan jimat cermat dalam kehidupan.

Huraian: Amalan berjimat cermat menjamin kehidupan yang lebih baik/

Jimat cermat sahaja akan ubatnya,

Jika tak mahu harta terkubur

 

Nada

Nada sinis.Contoh: Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan

 

Persoalan

1)Sikap boros dalam kehidupan.Contoh:Tetapi jika ditabur habur, diborosi,

Semuanya segera juga akan habis pergi

2)Sikap masyarakat yang hipokrit.Contoh: Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan

3)Amalan mempunyai wawasan dalam  kehidupan.Contoh: Nak kaya berdikit-dikit

 

Ciri-ciri seloka

1) Berangkap.Terdapat lima rangkap

2) Mempunyai jumlah baris serangkap tidak sama.Contoh,rangkap pertama ada 4 baris,rangkap kedua ada 2 baris, rangkap ketiga ada 2 baris, rangkap keempat ada 4 baris, dan rangkap kelima ada 4 baris.

3) Mempunyai jumlah perkataan sebaris  tidak sama. Contohnya, mempunyai perkataan dua hingga enam patah

perkataan sebaris

4) Mempunyai jumlah suku kata sebaris  tidak sama. Contoh,mempunyai lima hingga lima belas suku kata sebaris

5) Mempunyai rima akhir tidak sama.Contoh, rangkap 1 ialah abcc,rangkap 2 ialah aa, rangkap 3 ialah ab,rangkap 4 ialah abab, dan rangkap 5 ialah abcd.

6) Mempunyai ciri baris.Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud(anak kalimat).

7) Puisi ini berbentuk bebas.Contohnya, rima akhir tidak sama.

 

 

 

Gaya bahasa

(i) Asonansi.Contoh Nak ramai bertabur urai.Pengulangan huruf a sebanyak lima kali.(Jika tidak dihuraikan, huruf a perlu digariskan)

(ii) Aliterasi.Contoh: Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.Pengulangan huruf  m sebanyak tiga kali.Pengulangan huruf s juga tiga kali.

(iii) Peribahasa.Contoh: Bidal Melayu sedia berkata:

"Nak kaya berdikit-dikit,Nak ramai bertabur urai"

Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan

(iv) Anafora.Contoh:Nak kaya berdikit-dikit,Nak ramai bertabur urai

(v) Kata ganda.Contoh: Berdikit-dikit

(vi) Sinkope.Contoh,nak kaya berdikit-dikit

(vii) Personifikasi.Contoh:Bidal Melayu sedia berkata

(viii) Paradoks.Contoh: Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan

 

 

Nilai murni

1)Nilai baik hati.Contoh Nak ramai berterabur urai

2)Nilai berwawasan.Contoh. Nak kaya berdikit-dikit

3)Nilai berjimat cermat.Contoh: Jimat cermat sahaja akan ubatnya

 


Pengajaran

1)Kita janganlah bersikap boras/Kita hendaklah mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan.Contoh,Begitulah tetap akan akibatnya,Kalau bersifat boros dan habur;Jimat cermat sahaja akan ubatnya,Jika tak mahu harta terkubur.

2)Kita hendaklah bijak menguruskan wang.Contoh, Tetapi jika ditabur habur diborosi,Semuanya segera juga akan habis pergi.

3)Kita hendaklah mengamalkan semangat setiakawan dalam persahabatan/ Contoh: Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.

5)Kita hendaklah mempunyai wawasan untuk masa depan yang lebih cerah Contoh: Bidal Melayu sedia berkata:"Nak kaya berdikit-dikit,

#sila rujuk seloka berkenaan cara penulisannya.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan