Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan
anak-anak bergiat dalam bidang sukan.
Huraikan pendapat anda.
Rangka Karangan
Pendahuluan
- antara bidang yang penting di negara kita - aktiviti sukan mendatangkan banyak faedah
Isi-isi
i. memberikan galakan dengan cara membeli peralatan sukan
ii. menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif
iii. memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan
iv. membelikan anak-anak majalah sukan
Penutup
- peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan – ibu bapa perlu memainkan peranan yang sepatutnya
Karangan Contoh
Huraikan pendapat anda.
Rangka Karangan
Pendahuluan
- antara bidang yang penting di negara kita - aktiviti sukan mendatangkan banyak faedah
Isi-isi
i. memberikan galakan dengan cara membeli peralatan sukan
ii. menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif
iii. memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan
iv. membelikan anak-anak majalah sukan
Penutup
- peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan – ibu bapa perlu memainkan peranan yang sepatutnya
Karangan Contoh
Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini
demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada
masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang
sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak
seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral,
sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan
tercapai iaitu seperti peribahasa Melayu, di mana ada kemahuan,
di situ pasti ada jalan.
Satu daripada peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan
memberikan galakan dengan cara membelikan anak-anak mereka peralatan sukan.
Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah
pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan. Sebagai contohnya, ibu bapa
perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat yang
berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket
badminton, squash dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat
dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya,
mereka diharapkan dapat melakar kemenangan dan seterusnya mengharumkan nama
sekolah, daerah, negeri dan negara.
Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang
sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan
masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini
demikian kerana, aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan. Di
samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat dalam sukan dan permainan
tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan
yang cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah
lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia.
Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar
anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan
cara itu, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang
sukan tersebut. Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan
anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau
permainan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam
kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu, tinggi gunung, tinggi lagi
harapan kami. Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk
mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.
Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh
mereka. Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk
menceburkan diri dalam bidang sukan dengan serius. Mereka juga akan mendapat
maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan menerusi majalah-majalah
sukan tersebut. Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang
dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus
semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.
Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha
untuk menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberikan
kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan
lebih banyak ahli sukan di negara kita. Perkara ini akan menjadi realiti jika
pepatah, "genggam bara api biar sampai jadi arang" sentiasa menjadi
amalan dalam diri setiap orang yang ingin akan kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan