Rabu, 25 November 2020

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP


Maksud rangkap

Rangkap pertama

Orang yang bersikap malas sudah pasti akan hidup menderita

manakala orang yang rajin berusaha akan disenangi oleh orang lain

 

Rangkap kedua

Orang yang tidak menepati janji sudah pasti akan dikeji

 

Rangkap ketiga

Sekiranya seseorang itu dilanda musibah sudah pasti akan menyusahkan  keluarga

 

Rangkap keempat

Kehidupan di dunia ini penuh dengan maksiat elakkan diri daripada terjebak

 

Rangkap kelima

Sekiranya kita hendak menghukum seseorang hukumlah dengan adil tanpa mengira bangsa

 

Rangkap keenam

Kaum wanita adalan seperii manusia lain juga maruah diri mereka haruslah dipelihara.

 

Rangkap ketujuh

Sekiranya kita miskin, ahli keluarga pun akan menjauhi kita

 

Rangkap kelapan

Sekiranya kita memiliki kekayaan tetapi menghadapi masalah kesihatan kepuasaan hidup langsung tidak dapat dinikmati

 

 

 

Rangkap kesembilan

Sekiranya kita terlalu mengikut perasan akan memudaratkan diri pada suatu hari nanti

 

Rangkap kesepuluh

Hati yang beriman akan menjadi panduan kepada setiap  perlakuan

 

Tema

Tema: Kesejahteraan hidup yang diperoleh jika kita menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang negatif.Huraian: Gurindam ini memberikan panduan kepada manusia untuk memperoleh kesejahteraan dalam kehidupan/Segala maksiat ada di dunia,Ikhtiarkan diri menjauhi dia

 

 

Persoalan

1) Kesengsaraan hidup akibat sikap malas.Contoh: Orang malas jatuh sengsara

2) Sikap rajin disenangi orang ramai Contoh: Orang rajin banyak saudara

3) Sikap tidak menepati janji yang dibenci oleh masyarakat.Contoh: Barang siapa mungkir janji,Namanya tentu menjadi keji

4) Keperluan untuk berfikir terlebih dahulu  sebelum melakukan sesuatu

Contoh: Kalau diri kena angkara,Turutlah susah sanak saudara

5) Kewajipan menjauhkan diri daripada melakukan maksiat.Contoh: Segala maksiat ada di dunia,Ikhtiarkan diri menjauhi dia.

6) Sikap berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman.Contoh:Hukuman bagi orang berdosa,Dengan tidak memandang bangsa.

7) Kepentingan menjaga maruah diri kaum wanita.Contoh:Orang perempuan manusia juga,Kehormatan dirinya wajib dijaga

8) Sikap mementingkan wang dalam hubungan kekeluargaan

Contoh:Kalau tiada emas di pinggang,Sanak saudara menjadi renggang.

9) Kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan.Contoh: Ada wang badan tak sihat,Tidak bernikmat apa dibuat

10) Kepentingan bersikap rasional dalam setiap tindakan.Contoh: Jika diturut kehendak hati, Kelak boleh menjadi mati

11) Peranan iman sebagai pedoman hidup manusia.Contoh: Kunci hati ialah iman,Kepada kelakuan jadikan iman

 

 

 

Ciri puisi

1) Berangkap.Huraian: Terdapat sepuluh rangkap

2) Mempunyai jumlah baris serangkap sama.Huraian: Dua baris setiap rangkap

3) Mempunyai jumlah perkataan sebaris tidak sama. Huraian: Empat hingga lima patah perkataan sebaris

4) Mempunyai jumlah suku kata sebaris tidak sama. Huraian: lapan hingga dua belas suku kata sebaris

5) Mempunyai rima akhir sama.Huraian: aa

6) Mempunyai ciri baris tertentu.Contohnya,baris pertama ialah syarat dan

baris kedua ialah jawab

7) Puisi ini berbentuk terikat kerana rima akhirnya aa

 

d) Gaya bahasa

1) Asonansi.Contoh: Kunci hati ialah iman

2) Aliterasi.Contoh: Kepada kelakuan jadi pedoman

3) Inversi.Contoh: Turutlah susah sanak saudara

4) perbandingan terus.Contoh: Kunci hati ialah iman

5) Anafora.Contoh:Orang malas jatuh sengsara Orang rajin banyak saudara

6) Repitisi kata.Contoh: tiada

7) Repitisi frasa.Contoh: sanak saudara

8) Sinkope.Contoh: Ada wang badan tak sihat

9) Perlambangan.Contoh. Emas

 

Nilai murni

1) Nilai kerajinan.Contoh: Orang rajin banyak saudara

2) Nilai rasional Contoh:Segala maksiat ada di dunia, Ikhtiarkan diri menjauhi dia

3) Nilai Contoh:Hukuman bagi orang berdosa Dengan tiada memandang bangsa

4) Nilai tanggungjawab.Orang perempuan manusia juga, Kehormatan dirinya wajib dijaga

5) Nilai bertakwa kepada Allah.Contoh: Kunci hati ialah iman

 

Pengajaran

1) Kita hendaklah rajin berusaha agar disenangi orang lain. Contoh.Orang rajin banyak saudara.

2) Kita hendaklah menepati janji supaya tidak dipandang hina.Contoh:Barang siapa mungkir janji,Namanya tentu menjadi keji

3) Kita hendaklah berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu supaya tidak menyusahkan kepada keluarga.Contoh: Kalau diri kena angkara,

Turutlah susah sanak saudara

4) Kita hendaklah menjauhkan diri daripada maksiat.Contoh,Segala maksiat ada di dunia, Ikhtiarkan diri menjauhi dia

5) Kita hendaklah bersikap adil semasa menghukum seseorang yang melakukan kesalahan.Contoh:Hukuman bagi orang berdosa,Dengan tidak memandang bangsa

6) Kita hendaklah menjaga maruah diri kaum wanita.Contoh:Orang perempuan manusia juga,Kehormatan dirinya wajib dijaga

7) Kita janganlah mementingkan wang ringgit dalam persaudaraan

Contoh:Kalau tiada emas di pinggang, Sanak saudara menjadi renggang

8) Kita hendaklah menjaga kesihatan diri.Contoh Ada wang badan tak sihat,

Tidak bernikmat apa dibuat

9) Kita janganlah bertindak mengikut perasaan kerana boleh menyebabkan kemudaratan.Contoh: Jika diturut kehendak hati,Kelak boleh menjadi mati.

10) Kita hendaklah beriman kepada Allah.Contoh: Kunci hati ialah iman.

 

1 ulasan:

  1. Tq cg kongsikan ilmu yg bermanfaat untuk saya dan kwn-kwn sy

    BalasPadam