Ranting (Hilmi
Rindu)
Ranting
Tak semua percaya
daun-daun dihargai
kerana seruas ranting.
Bunga-bunga pun dihargai
kerana kelenturan ranting
meranggas dan meninggi.
Orang selalu mengingat bayu
yang terasa dan tak berupa
unggas pun selalu menyanyikan madu
yang terpetik daripada sari bunga.
Ranting yang diam-diam merimbun
kenal benar erti kedudukan
perjuangan tak semestinya menang
bakti juga bukan sanjungan.
Ada roh lain
yang perlu dipertahan
biar pohon berdiri kukuh
hingga musim berganti
dan kurun mendekati.
(Kuala Terengganu)
Hilmi Rindu
Maksud
Rangkap 1- Tidak semua masyarakat kita mempercayai
kemajuan yang dikecapi disebabkan oleh peranan individu atau organisasi.
Rangkap 2- Hasil kejayaan dan kenikmatan yang diperoleh
hari ini disebabkan oleh usaha dan sumbangan individu atau organisasi tertentu
yang banyak membantu tanpa mengharapkan balasan.
Rangkap 3- Masyarakat selalu menyanjung tinggi setiap
kejayaan secara luaran tetapi tidak menyedari sebenarnya terdapat peranan besar
yang dimainkan oleh golongan tertentu dalam kejayaan tersebut.
Rangkap 4- Individu dan organisasi yang ikhlas membantu
dalam memberi sumbangan idea dan tenaga mempunyai perasaan rendah diri dan
memahami erti kehidupan bahawa setiap yang disumbangkan tidak semestinya
mendapat kejayaan dan mengharapkan perhargaan orang lain
Rangkap 5- Individu yang ikhlas mengharapkan sumbangan
yang diberikan untuk memperoleh dapat kebahagiaan agar kemajuan negara akan
terus dikecapi selama-lamanya.
Tema
Bertemakan integriti seorang individu atau masyarakat
dalam sesebuah organisasi dengan memberi sumbangan tanpa mengharapkan balasan
untuk kepentingan orang lain.
Persoalan
1. Persoalan sikap masyarakat yang kurang sedar kemajuan
yang dimiliki atas sumbangan orang lain atau pihak tertentu.
2. Persoalan kemajuan yang dinikmati adalah disebabkan
oleh usaha pihak tertentu.
3. Persoalan keikhlasan seseorang individu atau organisasi memberi sumbangan tanpa mengharapkan sanjungan daripada orang lain.
Ciri puisi.
i.Rangkap-mempunyai
rangkap. Contohnya 5 rangkap.
ii.Baris-bilangan baris yang tidak sama dalam serangkap.Contohnya
antara 3 hingga 5 baris serangkap.
iii.Rima akhir-rima
akhir tidak sama.Contohnya rangkap pertama ialah abc dan rangkap kedua aba.
iv.Perkataan-bilangan perkataan
tidak sama dalam sebaris.Contohnya
antara 2 hingga 5 perkataan setiap baris.
v.Bentuk-berbentuk
bebas.Contohnya rima akhir tidak sama.
Gaya bahasa
i)asonansi- kerana
seruas ranting iaitu pengulangan huruf a.
ii)aliterasi- meranggas
dan meninggi iaitu pengulangan huruf n.
iii)kata ganda- daun-daun,
Ranting yang diam-diam merimbun
iv)repitisi kata-yang
v)sinkope- Tak
semua percaya
Nada Dalam Sajak
1.NADA PATRIOTIK - penyajak menggunakan idea dan
perasaan yang mencintai negara, menentang penjajahan atau menggambarkan kasih
dan bangganya kepada kemajuan negara.
2.NADA SINIS - penyajak menyindir manusia atau mana-mana pihak dalam
sesuatu isu tertentu. Jelasnya, penyajak berasa kurang puas hati terhadap
mana-mana pihak tetapi tidak menggambarkan kemarahannya. Sebaliknya, unsur
sindiran yang digunakan.
3.NADA PROTES - penyajak marah dan menggunakan kata-kata yang
menggambarkan rasa geram terhadap sesuatu isu atau pihak.
4.NADA MELANKOLIK - penyajak akan meluahkan rasa sedih, pilu dan hiba
dalam seluruh sajak. Biasanya, sajak yang dilahirkan berkaitan dengan isu
kehilangan orang tersayang atau kekecewaan dalam percintaan.
5.NADA ROMANTIS - sajak-sajak berkaitan kehidupan harian, kisah silam atau
pengamatan penyajak terhadap alam atau manusia
Nada-Romantis
Contoh- Tak
semua percaya
daun-daun
dihargai
kerana
seruas ranting.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan