BABAK SATU
Anna bergegas ke lapangan terbang di
belakangnya diikuti pekerja membawa dua beg pakaiannya.Anna terkenangkan
ayahnya Thomas Carpenter.Ayahnya menasihati Anna supaya tidak terikut hati
mudanya.Anna tidak akan tahan hidup dengan pemuda Melayu kerana cara hidup yang
berbeza. Anna tidak akan mendapat kasih sayang sepenuhnya, sia-sia saja Anna
mencintainya.Menurut ayahnya lagi Zaki akan lebih setia kepada ibunya kerana
orang timur cintakan ibu dan saudara lebih daripada orang barat.Mereka juga
mengamalkan kerjasama dan gotong royong tidak sama dengan orang barat yang
hidup atas kekuatan sendiri.Ibunya sendiri mati kerana kekejaman mereka sebab
berkahwin dengannya.Ayahnya tidak sampai hati melepaskan Anna. Cuma harapan
Thomas Carpenter anaknya akan pulang kepadanya akhirnya.Anna mengakui kebenaran
cakap ayahnya kerana Zaki di bawah takluk ibunya.Penerbangan Anna ditangguhkan
setengah jam lagi kerana kerosakan yang tidak dapat dielakkan.
BABAK
DUA
Zaki datang ke lapangan terbang menemui Anna.Zaki
mengatakan Anna terlalu mengikutkan perasaan dan Anna begitu cepat berputus asa
untuk memulihkan hubungan mereka. Anna mengatakan sudah cukup lama selama empat
tahun dia merasakan hidupnya bagaikan dalam penjara selama menjadi isteri Zaki.
Dia inginkan kebebasannya kembali.Zaki menafikan kata-kata Anna. Baginya Tina
adalah lambang kasih mereka.Anna tidak menyesal untuk meninggalkan Zaki dan
Tina kerana baginya penyesalan adalah kerana membantah larangan ayahnya. Zaki
cuba mengenang kembali saat-saat bahagia mereka di White Christmas dan Trafagar
Square dan saat-saat bertemu dengan bapa Anna.Anna menyindir Zaki dengan
mengatakan jika tidak kerana Zaki dia akan menjadi seorang anak yang setia
sebagaimana Zaki menyayangi ibunya. Anna mengatakan Zaki amat setia kepada
ibunya dasar orang Timur, Melayu. Zaki menyatakan penderitaan ibunya yang
menyara perbelanjaannya di universiti selama lima tahun hingga tanahnya
tergadai kepada Anna.Anna pula mempersoalkan kenapa ibunya dibunuh sedangkan
ayahnya seorang Inggeris banyak menolong memberi pekerjaankepada ramai orang
miskin. Zaki mengatakan kepada Anna kematian ibunya adalah mangsa keadaan waktu
itu di mana ayahnya sebagai pengurus syarikat Inggeris sudah tentu
dicurigai.Zaki menyatakan ibunya juga tidak bersalah apa-apa di mana ibunya
sayangkannya dan menantunya serta Tina. Bagi Anna Zaki menyediakannya
penderitaan baginya di mana kebahagiaan sebenarnya di England. Zaki ingin
memberikan sebanyak mungkin kebahagiaan pada sisa-sisa hidup ibunya lagipun
hanya Zaki seoranglah anaknya dan keadaan ibunya yang buta.Anna mengatakan ibu
Zakilah yang memecahbelahkan kasih sayang Zaki terhadapnya. Zaki inginkan
diberi waktu untuk membuktikan kasih sayangnya terhadap Anna.Namun Anna
inginkan kebebasanya kembali dan berharap Zaki dapat memberikan perhatian
sepenuhnya kepada ibunya serta menjaga Tina baik-baik dan bila dia dewasa
berilah peluang kepadanya untuk mencari ibunya.Juga Anna berasa mungkin sebagai
seorang yang setia terhadap tanah airnya, Zaki mungkin mempunyai perasangka
terhadapnya yang berketurunan Inggeris.Zaki menyangkal kata-kata Anna kerana
baginya walaupun Inggeris banyak meninggalkan parut-parut luka tetapi banyak
contoh baik yang boleh dipelajari daripada Inggeris.Anna mempercayai suara-suara
ghaib yang didengarinya menyuruhnya meninggalkan Zaki jika tidak dia akan
terkorban seperti ibunya.
BABAK
TIGA
Kedatangan Dr. Chan bersama ibu Zaki dan Tina
ke lapangan terbang.Sementara Zaki mendapatkan ibu dan anaknya di dalam kereta
Doktor Chan berbual dengan Anna. Dr. Chan menasihati Anna supaya dapat berfikir barang sehari lagi kerana
masalah rumah tangga menupakan masalah yang rumit. Anna dinasihati supaya memberi
perhatian kepada nasib Tina bukan Zaki atau mertuanya.Anna tidak sanggup menunggu
walaupun setengah jam lagi kerana baginya dia menjadi beban kepada Zaki
walaupun Dr. Chan memberitahunya Zaki memang sayangkan Anna, hanya dia
menghadapi masalah mata ibunya dan menebus tanah yang tergadai. Bagi Dr. Chan,
Zaki menyebelahi ibunya kerana maklumlah ibu dengan anak lagipun telah banyak
pengorbanan ibu zaki terhadap anaknya. Ana tidak dapat menerima apa yang
dikatakan Dr. Chan kerana dia tidak pernah bahagia selama empat tahun bersama
Zaki.Anna berasa ada sesuatu dalam dirinya yang hilang. Anna mahu perhatian
sepenuhnya kepada rumahtangga iaitu kasih sayang hanya kepadanya semata-mata.Namun
Anna tetap berharap mata Mak Munah akan baik seperti sediakala dan kasih antara
ibu dan anak itu bertambah kuat. Bagi Anna mertuanyalah yang menjadi benteng
memisahkan mereka berdua dan dia ingin hidup kembali bersama bapanya serta menyambung
kembali pelajarannya yang terkandas.Harapan Dr. Chan apabila Anna tiba di
England dia akan memikirkan semula kata-katanya yang ikhlas tadi dan
sama-samalah berdoa agar mata ibu Zaki akan sembuh kembali.
BABAK EMPAT
Zaki menolak kerusi roda ibunya diikuti Tina
sambil memeluk teddy bear.Tina
bertanyakan ibunya hendak ke mana dan inginkan ibunya membeli teddy bear lagi yang bagus . Anna
mengatakan kepada anaknya yang dia akan pergi jauh berjumpa datuknya.Mak Munah
memanggil Anna sambil tangannya bergerak-gerak dan mengapai-gapai.Mak Munah
bertanya Anna sama ada Anna marahkannya. Seterusnya Mak Munah berkata sampai
hati Tina meninggalkannya, Zaki dan Tina. Mak Munah menyerahkan Zaki kepada
Anna kerana katanya dia sudah tua dan akan mati
entah esok atau lusa.Mak Munah memohon maaf sekiranya dia penyebab hati
Anna terluka.Sambil berpelukan dengan Mak Munah Anna menyatakan Mak Munah tak
bersalah cuma antara dirinya dengan Zaki dan dia cuma teringatkan ibunya dan
tidak mahu dirinya jadi semacam ibunya.Katanya lagi kalau panjang umur mereka
akan berjumpa lagi dan berpesan supaya Mak Munah menjaga Tina dan biarkan dia
pergi demi kebaikan bersama.Tina memeluk ibunya dengan kuat kerana ingin
mengikut ibunya. Anna menolak Tina. Tina jatuh dan teddy bearnya tercampak.Tina mengejar dari belakang memegang gaun
ibunya lalu ditolak Anna menyebabkan Tina jatuh.Zaki berlari mendapatkan
anaknya. Anna melangkah masuk ke dalam bilik menanti dan terus ke lapangan
terbang.Zaki memujuk anaknya.Mak Munah berdoa semoga Allah selamatkan rumah
tangga anaknya, selamatkan Anna dan selamatkan Tina.Bagi Zaki Anna perlukan banyak waktu.Harapannya Anna akan
tahu juga nilai kasih sayangnya. Walaupun Anna pergi namun ibunya mesti melihat
dunia kembali. Dia berharap Dr. Chan akan dapat memberikan ibunya cahaya
hidupnya kembali.Dr. Chan berkata dia akan mencuba sedaya upaya tetapi semuanya
dengan kuasa Tuhan belaka.Dr. Chan juga berharap Zaki bertenang dan memberikan
Anna waktu yang cukup.Katanya lagi semoga Zaki bahagia bersama ibu,dan
Tina.Kapal terbang bergerak meninggalkan lapangan terbang. Dr. Chan dan Zaki
sambil membimbing anaknya Tina menyorong kerusi roda ibunya meninggalkan
lapangan terbang.
PEMIKIRAN
Drama
Anna membawa /pemikiran tema tentang
pergolakan rumah tangga yang berlaku dalam kehidupan sepasang suami
isteri yang berasal dari negara, bangsa, dan latar belakang keluarga yang
berbeza.Zaki berketurunan Melayu manakala Anna ialah peranakan Inggeris dan
Melayu.
PERSOALAN
1. Tentang tanggungjawab anak terhadap
ibu bapa. Contoh; Zaki menunaikan tanggungjawab terhadap ibunya yang uzur, separuh lumpuh dan hampir
buta.
2. Tentang perbezaan budaya masyarakat
barat dan timur. Contoh; Thomas Carpenter menasihati anaknya Anna tentang masyarakat timur cinta mereka terhadap ibu dan saudara lebih
daripada manusia barat.
3. Tentang tidak mendapat kebahagiaan
dalam rumahtangga. Contoh; Anna merasakan empat tahun bersama Zaki ibarat berada dalam penjara di mana
tidak mendapat kebahgiaan.
4. Tentang pengorbanan. Contoh; Anna
melakukan pengorbanan meninggalkan ayahnya untuk berkahwin dengan Zaki manakala ibunya pula menjadi
korban kepada keadaan.
5. Tentang kasih sayang dalam keluarga.
Anna merasakan dirinya tidak mendapat kasih sayang dalam keluarga disebabkan Zaki memberi perhatian kepada
ibunya.
PERWATAKAN
ANNA
1.Seorang berumur kira-kira 26 tahun.
2.Seorang yang telah bersuami. Contoh;
bersuamikan Zaki selama 4 tahun dan mempunyai anak bernama Tina berumur kira-kira empat tahun.
3.Seorang peranakan Inggeris dan
Melayu. Contoh; Ibunya berbangsa Melayu yang telah meninggal masa dharurat ditembak momunis manakala
bapanya seorang Inggeris bernama Thomas
Carpenter bekas pengurus besar ladang getah Inggeris di Malaya.
4.Seorang bekas siswa jurusan ekonomi
di Universiti Cambridge. Contoh; Tidak menamatkan pengajiannya kerana cintakan Zaki dan mengikutnya ke
Malaysia.
5.Seorang yang degil. Contoh; tidak
mendengar nasihat ayahnya.
6.Seorang insaf akan kesalahannya.
Contoh; Dalam monolog Anna memohon maaf dari ayahnya tentang sikapnya yang tidak mahu mendengar kata-kata
ayahnya dulu.
7.Seorang yang cepat putus asa. Contoh;
Anna seorang cepat putus asa untuk terus
menjadi isteri Zaki.
8.Seorang yang sanggup berkorban demi
cinta. Contoh; Anna berkorban meninggalkan ksesenangan
di kota London, meninggalkan ayahnya dan pengajiannya.
9.Seorang yang mudah dipengaruhi oleh
mimpi. Contoh; Anna mengatakan malamnya diisi dengan
mimpi-mimpi ngeri di mana ada suara
ghaib mengingatkannya jika lebih lama dia di sisi Zaki dia akan terkorban seperti ibunya.
ZAKI
1.Seorang yang berusia kira-kira 30
tahun.
2.Seorang anak tunggal kepada Mak
Munah.
3.Seorang yang beristerikan wanita
peranakan Inggeris Melayu. Contoh; beristerikan Anna peranakan Inggeris Melayu.
4.Seorang lulusan Universiti Cambridge
dalam jurusan sejarah.
5.Seorang yang bertanggungjawab
terhadap ibu bapa. Contoh; Zaki bertanggungjawab menjaga ibunya yang uzur, separuh lumpuh
dan hampir-hampir buta matanya.
6.Seorang yang telah mempunyai anak.
Contoh; perkahwinannya dengan Anna telah mendapa seorang anak yang diberi nama Tina.
7.Seorang yang setia. Contoh; Anna
mengatakan Zaki seorang amat setia kepada ibunya.
8.Seorang yang bersifat penyayang.
Contoh; Zaki meyayangi ibu, isteri (Anna) dan anaknya.
9.Seorang yang berjiwa patriotik/setia
kepada tanah air. Contoh; Anna mengatakan sebagai ahli sejarah sudah tentu Zaki mempunyai kesetiaan yang kuat
terhadap tanah airnya. Kata-kata Anna itu
diakui Zaki.
10.Seorang yang bersikap rasional. Contoh;
Zaki menyatakan walaupun dia sayangkan bangsa dan negaranya namun dia bersikap rasional terhadap Inggeris
kerana banyak contoh yang boleh diambil
daripada Inggeris.
11.Seorang yang keras hati/ tetap
pendirian. Contoh; Tetap meninggalkan Zaki dan anaknya walaupun dipujuk oleh zaki, Dr. Chan dan anaknya Tina.
MAK MUNAH
1.Seorang tua berumur kira-kira 57
tahun.
2.Seorang yang telah uzur. separuh
lumpuh dan matanya hampir buta.
3.Seorang ibu mertua yang baik
hati.Contoh dia cuba menyesuaikan dirinya dengan Anna, menantunya.
4.Seorang yang pentingkan pendidikan. Contoh;
Sanggup bergadai tanah untuk perbelanjaan Zaki di
Universiti Luar negara.
5.Seorang yang bersifat penyayang.
Contoh; Sanggup bergadai tanah untuk perbelanjaan universiti anaknya.
6.Seorang yang sanggup berkorban demi
kebahagiaan anaknya. Contoh; berkorban harta benda untuk pengajian anaknnya dan menyerahkan Zaki dan Tina
kepada Anna demi kebahagiaan rumahtangga
Anna dan Zaki.
LATAR MASYARAKAT
1.Masyarakat mengamalkan perkahwinan campur
.Contoh; Zakai dan Anna datang dari negara, bangsa
dan latar belakang keluarga yang berbeza.
2.Masyarakat yang mengalami pergolakan
dalam hidup berumah tangga. Contoh; Perkahwinan antara Zaki dan Anna tidak behagia di mana Anna
merasakan Zaki terlalu memberikan tumpuan kepada
ibunya di mana dirinya dipinggirkan.
3.Masyarakat yang sanggup berkorban apa saja. Contoh; Anna berkorban meninggalkan ayahnya dan pelajarannya di universiti demi cintanya kepada Zaki manakala ibu zaki pula berkorban harta benda untuk membiayai pelajaran Zaki di luar negara.
4.Masyarakat penyayang. Contoh; Zaki
sangat menyayangi ibunya begitu Anna menyayangi bapa dan ibunya yang mati ditembak komunis.
5.Masyarakat mementingkan pelajaran.
Contoh; Ibu zaki sanggup menggadaikan tanah untuk membiayai pelajarananaknya manakala Anna akan
menyambung kembali pelajarannya apabila pulang ke London nanti.
7.Masyarakat timur yang setia kepada
ibu. Contoh; Anna mengatakan sudah dasar orang Timur, orang Melayu yang setia kepada ibu.
8.Masyarakat berbilang kaum. Contoh;
Melayu (zaki), Thomas Carpenter (Inggeris), Dr. Chan (China) dan Anna (Campuran Melayu dengan Inggeris)
9.Masyarakat yang suka tolong menolong.
Contoh; Bapa Anne menolong memberikan pekerjaan kepada orang miskin dan Dr.Chan bersusah payah ingin
menolong Zaki.
10.Masyarakat yang cemburu melihat
kelebihan orang lain. Contoh; Anna menyatakan kematian ibunya kerana sifat cemburu masyarakat melihat ibunya
berkahwin dengan orang inggeris.
NILAI
1.Kasih Sayang. Contoh; Zaki sayangkan,
ibu, Anna(isteri) dan Tina (anaknya).
2.Pengorbanan. Contoh; Anna berkorban
meninggalkan bapa dan pengajiannya demi cintanya kepada Zaki.
3.Patriotik/ setia kepada negara.
Contoh; zaki sayangkan bangsa dan negaranya.
4.Tolong menolong. Contoh; Dr. Chan
bersusah payah kerana Zaki.
5.Ketegasan. Contoh; Anna tegas ingin
meninggalkan Zaki dan anaknya.
6.Kesetiaan. Contoh; Anna mengatakan
orang Melayu terlalu setia kepada ibu.
7.Rasional. Contoh; Zaki bersikap
rasional terhadap penjajahan Inggeris iaitu walaupun banyak meninggalkan parut-parut luka namun banyak contoh boleh
diambil seperti disiplin yang baik.
8.Kemaafan. Contoh; Emak Zaki (Mak
Munah) memohon maaf dari Anna sekiranya dia penyebab hati Anna luka.
MESEJ
1.Janganlah kita mudah berputus asa .
Contoh; Anna mudah berputus untuk
memulihkan hubungannya
dengan Zaki.
2.Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap
kedua ibu bapa. Contoh; Zaki menunaikan tanggungjawabnya terhadap ibunya yang uzur.
3.Kita hendaklah pentingkan pendidikan.
Contoh; Ibu Zaki sanggup bergadai tanah untuk menanggung perbelanjaan pelajaran Zaki di luar negara.
4.Kita hendaklah sanggup berkorban demi
kebaikan; Contoh; Ibu Zaki berkorban apa yang ada padanya hingga tanah tergadai untuk menyara perbelanjaan
Zaki di universiti.
5.Kita hendaklah cintakan tanah air. Contoh;
Zaki mempunyai kesetiaan yang kuat terhadap tanah airnya.
6.Kita hendaklah bersikap rasional dalam
kehidupan kita. Contoh; Zaki menyatakan walaupun dia sayangkan bangsa dan negaranya namun dia bersikap
rasional terhadap Inggeris kerana banyak contoh
yang boleh diambil daripada Inggeris.
7.Kita hendaklah tolong menolong sesama
manusia. Contoh; Dr. Chan bersusah payah kerana Zaki begitu juga ayah Anna menolong memberi pekerjaan kepada
orang miskin.
8. Janganlah kita menaruh sifat cemburu
kerana akan membawa kepada keburukan. Contoh; Anna menyatakan kematian ibunyanya kerana sifat cemburu
masyarakat melihat ibunya berkahwin dengan
orang inggeris.
9.Kita hendaklah sayang menyayangi dalam
kehidupan berkeluarga. Contoh; Zaki menyayangi isteri,ibu dan anaknya.
10.Janganlah kita curiga-mencurigai dalam
kehidupan kita. Contoh; Ibu Anna dicurigai kerana bersuamikan pengurus estet berbangsa Inggeris lalu mati
ditembak.
TEKNIK
1.Pemerian. Contoh; Pengarang menggambarkan
Anna sewaktu tibanya di lapangan terbang.
2.Monolog ; Anna bercakap
sendirian tentang kebenaran kata-kata ayahnya tentang zaki lebih cintakan
ibunya.
3.Imbas Kembali; Semasa di lapangan
terbang Anna mengenang kembali kata-kata ayahnya Thomas Carpenter.
4.Dailog; Perbualan Anna dengan Zaki,
Dr.Chan dan mertuanya.
Lengkapkan esei berikut.
1.Berikan maksud teknik plot dan huraikan tiga teknik plot dalam drama Anna. [8markah]
Teknik plot teknik plot
ialah cara ………………………………………..
mengembangkan plot cerita yang menarik. Teknik yang terdapat dalam drama
tersebut ialah ………………………………………………………. merupakan cara
pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang
akan berlaku. Contohnya Anna berharap ibu pasti akan sembuh daripada lumpuh dan buta. Teknik imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang ………………………… semula peristiwa yang pernah dialaminya. Contohnya Anna …………………………….. akan nasihat yang diberikan oleh bapanya sebelum dia
berkahwin dengan Zaki. Teknik
………………………. iaitu peristiwa dalam cerita yang menimbulkan
keadaan tertanya-tanya atau perasaan ………………………………………. dalam kalangan bercerita tentang peristiwa
yang akan berlaku selanjutnya. Contohnya pembaca tertanya-tanya adakah anda akan pergi …………………………………..
Zaki dan anak mereka Tina ketika Zaki,
Tina, Mak Munah dan Dr Chan tiba di lapangan terbang. Teknik monolog
dalaman bermaksud pengarang menggunakan mana-mana watak dalam cerita yang bercakap
dengan dirinya sendiri dalam ………………………… atau minda tanpa didengari oleh ……………………………………. Contohnya Anna berkata-kata …………………………….
sambil berfikir
akan ayahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan