Daun-daun
pun berzikir
dengan
bahasa diamnya
mencari wajah
yang lain
merasa
tenang dari kesibukan yang menyisih
bagaimana
mencari jernih sejarah
di puncak
misteri
bagaimana
menjaga amanah alam
dalam keruh
keresahan industri.
Ketika tidur
di kakimu
memeluk
bayangan silam
berselimutkan
kisah sejarah
yang penuh
sindiran alam
berbantalkan
legenda rimba
kidung
seorang puteri.
Di puncakmu
aku terpegun
melihat
mesranya pohon
menyapa
dengan kalimat indahnya
juntaian
embun.
Ketika turun
pun
masih terasa
jari-jari
mesra alammu
pada sungai
setiamu
pada pohon
sabarmu
pada lembah
ghairahmu.
Belajarlah
memahami
bahasa
gunung legenda ini.
Shapiai
Muhammad Ramly
Hadiah
Sastera Perdana Malaysia, 2010-2011
Dewan Bahasa
dan Pustaka
Maksud
Rangkap 1
Penyajak
tahu bahawa daun-daun yang kelihatan diam sebenarnya sedang berzikir. Suasana
di kawasan gunung tersebut memberikan ketenangan kepada penyajak yang rimas
dengan kesibukan kota sebelum ini. Gunung ini merupakan tempat yang
meninggalkan peristiwa sejarah dan menimbulkan pelbagai misteri yang tidak
terjawab. Suasana di sana menyedarkan penyajak betapa pentingnya menjaga alam
sekitar daripada menjadi mangsa kemusnahan akibat pembangunan.
Rangkap 2
Ketika tidur
di kaki gunung tersebut, penyajak mengimbas kembali tentang peristiwa sejarah
yang pernah berlaku di gunung tersebut. Sejarah yang banyak memberikan
sindirian. Sejarah tentang legenda seorang puteri.
Rangkap 3
Semasa berada di puncak gunung, penyajak berasa terpegun melihat suasana dan keindahan alam semula jadi.
Rangkap 4
Ketika
menuruni gunung tersebut, penyajak masih terasa seolah-olah alam sekitar
disekeliling begitu mesra dengannya.
Rangkap 5
Penyajak
mengajak kita semua agar belajar dan memahami diri melalui alam semula jadi
yang terdapat di gunung legenda ini.
Tema
Bertemakan
hubungan antara alam sekitar dengan manusia.
Persoalan
1. Keindahan
alam sekitar ciptaan Tuhan.
2. Peristiwa
sejarah yang penting di sesuatu kawasan/tempat.
3. Suasana
alam sekitar di kawasan pergunungan dapat memberi ketenangan kepada orang
ramai.
4. Sejarah
yang sudah berlalu banyak memberi sindiran dan iktibar kepada masyarakat.
Ciri Puisi :
1)
Berangkap/mempunyai rangkap. Contoh mempunyai 5 rangkap
2) Bilangan
baris setiap rangkap tidak sama . Contoh 2 hingga 8 baris serangkap
3) Jumlah
perkataan setiap baris tidak sama. sajak
ini mempunyai 2 hingga 6 patah perkataan sebaris
4)Jumlah
suku kata sebaris tidak sama.Contoh 5 hingga 15 suku kata sebaris
5)Rima akhir
tidak sama. R1: a,b,c,d,d,e,f,e, R2: a,b,c,b,d,e
6)Sajak ini
berbentuk bebas.Contoh sajak ini mempunyai 2 hingga 6 patah perkataan sebaris
Gaya
Bahasa
1. Asonansi.Contohnya, Di puncakmu aku terpegun pengulangan huruf u
2. Aliterasi. Contohnya Ketika tidur di kakimu pengulangan huruf k
3. Kata ganda. Contohnya; daun-daun,jari-jari
4. Sinkope. Contohnya, mu,
5. Personifikasi.Contohnya,
Daun-daun pun berzikir
6.
Anafora.Contohnya pada
7. Hiperbola. Contohnya, memeluk bayangan silam
8. Metafora.
Contohnya amanah alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan