Rabu, 30 Mac 2022

Cara Penulisan Peribahasa yang Tepat

1.Perbuatan yang tergesa-gesa akan merugikan diri sendiri kerana sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

2. Kita perlu membuat renungan daripada buah fikiran orang berilmu iaitu yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

3. Pengalaman seseorang dapat diperluas kerana kata orang tua-tua, jauh perjalanan luas pengalaman, lama hidup banyak dirasa.

4. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain ketika kita berusaha melakukan sesuatu pekerjaan.

5. Sikap penduduk di taman itu yang selalu berbincang dan bermuafakat untuk melaksanakan sesuatu aktiviti ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

6. Tradisi ini harus dikekalkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

7. Kita tidak mahu bersikap seperti ibu ketam mengajar anak-anaknya berjalan lurus.

8. Kempen-kempen kesedaran tidak harus diadakan bagai melepaskan batuk di tangga sekiranya hendak mencapai objektif.

9. Ingatlah bahawa sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.

10. Peribahasa genggam bara api biar sampai jadi arang harus menjadi pegangan.

Ahad, 27 Mac 2022

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

 

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa berlegar-legar sekitar watak utama, iaitu Adnan. Pada peringkat awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah, iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak, iaitu Adnan, Ahmad, dan Amarullah. Adnan merupakan anaksulung keluarga Pak Saidi. Sewaktu masih kecil, Adnan merupakan anak yang rajin membantu keluarganya dan taat akan perintah orang tuanya. Walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah untuk membantu orang tuanya menoreh getah. Selain itu, dia mengerjakan sawah bendang.

Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang buruan Inggeris. Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan. Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau senantiasa menekankan peri pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri. Para penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan. Nasib orang-orang Melayu terpinggir dan tidak terbela. Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pak Saidi memiliki keazamanan yang tinggi terhadap masa depan anak-anaknya. Pengetahuan Pak Saidi tentang sejarah tanah air dikagumi oleh penduduk kampungnya.

Sejak kecil, Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawab memberikan didikan terbaik untuk anakanaknya. Pak Saidi mahukan anak-anaknya berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air. Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat dibangunkan. Pihak penjajah sememangnya tidak suka orang-orang Melayu menjadi pandai. Atas dasar itu, Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya mendapatkan ilmu pengetahuan di sekolah aliran Inggeris. Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian, dan seterusnya menjadi murtad.

Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris. Di sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar yang rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh temanteman dan juga guru-guru sekolah. Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar. Setelah tamat persekolahan, dia diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun begitu, bidang perguruan bukanlah minatnya. Cita-citanya hanyalah satu, iaitu untuk menjadi askar. Adnan terpilih menjadi askar dalam temu duga yang diadakan di Port Dickson. Adnan berkahwin dengan Sophia. Adnan membawa isteri dan anakanaknya ke Singapura. Namun, Adnan terpaksa menghantar anak-anak dan isterinya pulang ke kampung apabila mendengar berita Jepun akan menyerang Singapura.

Pada Sabtu 6 Disember 1941, suatu persidangan telah berlangsung di Manila yang dihadiri pegawaipegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British. Laporan perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah belayar menuju ke Asia. Risikan mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur, kapal penjajap, dan kapal pembinasa sedang menuju ke Laut China Selatan. Hal ini merupakan isyarat yang jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Pada hari pertama askar Jepun mendarat, mereka telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai menyebabkan banyak askar terkorban. Askar Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun. Namun begitu, pada hari yang ketiga, Askar Melayu yang sedang bertempur diarahkan supaya berundur. Askar Jepun akhirnya berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur.

Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis serangan askar Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan bahawa tentera Jepun akan mendarat di Kota Bharu, Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai. British juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince of Wales dan Repulse untuk mempertahankan Tanah Melayu. Malangnya, keduadua buah kapal perang kebanggaan British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan serangan kamikaze. Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan British sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya.

Pihak Inggeris percaya bahawa kubu pertahanannya di Singapura kebal. Malah Inggeris yakin bahawa kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh askar Jepun. Dalam pertempuran di Kelantan dan di Singapura, askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152 orang askar Melayu, termasuk 7 orang pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi. Beliau bersama-sama 42 orang anggotanya telah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran yang hebat. Akhirnya, British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.


Soalan latihan:

Terdapat beberapa peristiwa  yang menarik minat pembaca dalam novel yang anda kaji.Bincangkan.       [6 markah]

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib.Peristiwa menarik yang pertama ialah peristiwa Pak Saidi berjaya membunuh beberapa orang tentera Jepun. Pak Saidi telah melawan dan menikam tentera Jepun dengan hanya menggunakan sebilah keris pusaka peninggalan ayahnya. Pak Saidi telah berjaya membunuh lima orang dan mencederakan 15 orang tentera Jepun yang lain semasa dia dipaksa menaiki trak oleh Leftenan Renya Mutuguchi. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana pembaca kagum akan semangat patriotik dan keberanian Pak Saidi yang sanggup berjuang mempertahankan maruah negara dan keluarga hingga titisan darah terakhir.

Peristiwa penduduk kampung  tidak memberikan maklumat kepada tentera Jepun yang mencari ahli keluarga Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal juga antara peristiwa menarik dalam novel ini. Mereka menyembunyikan keluarga Adnan. Hanya Pak Saidi yang berjaya dikesan oleh Leftenan Renya Mutuguchi. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana wujudnya kerjasama dalam kalangan penduduk kampung untuk menyelamatkan keluarga Leftenan Adnan yang telah terkorban demi negara.

Rabu, 25 Ogos 2021

Selamat Tinggal Eropah II (Muhammad Haji Salleh)

selamat tinggal, Eropah

kuharap kau dapat membaca

nilai yang kau khutbahkan

kepada dunia,

berjuang untuknya seperti kau

mengejek kami dengan pembelotan.

 

aku harap ingatanmu masih

luas untuk menakung sejarah

yang kau kuasai dengan darah dan helah.

 

di mukamu kulihat luka baru,

senyummu dibelah seksa.

 

sekarang engkau harus berkata

di depan khalayak yang melontarkan kembali

makna lama, pemberianmu.

 

istana kotak di Waterloo

pembakaran rumah Turki di Jerman

kebebasan yang disekat daripada anak sekolah

                Perancis

pintu yang ditutup di depan penderita

telinga yang dipekakkan dari jeritan malam

semuanya tumpah pada kata hatiku.

 

9 Disember 1994, Leiden

 

Muhammad Haji Salleh

Maka Bermadahlah Masa, 2006

 

Maksud

Rangkap 1-Penyajak berharap agar negara-negara Eropah yang dahulunya menjajah negara lain kini insaf akan perbuatan mereka. Nilai yang dilaungkan/didoktrinkan/dipegang oleh mereka sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata.

 

Rangkap 2-Mereka juga diingatkan agar tidak emperlekeh/mengata/merendah-rendahkan negara yang telah dijajah itu sebagai pembelot. Pada hal mereka yang memanipulasi setiap peristiwa yang melakar sejarah itu dengan kekejaman dan penipuan secara bermuka-muka/melaga-lagakan.

 

Rangkap 3- Penyajak melihat bahawa negara Eropah kini sedang menanggung sengsara akibat perbuatan mereka yang lalu, namun mereka cuba menyembunyikan masalah yang dihadapi.

 

Rangkap 4- Kini, penyajak mendesak negara-negara Eropah supaya bercakap benar dengan seluruh dunia tentang pembohongan yang dilakukan oleh mereka sebelum ini.

 

Rangkap 5- Segala penindasan, kekejaman dan penipuan yang dilakukan oleh negara-negara Eropah ini disedari oleh penyajak dan penyajak akan mengingati segala peristiwa hitam yang dicipta oleh mereka sampai bila-bila.

 

Tema Sajak ini bertemakan keamanan sejagat. Penyajak mengharapkan agar negara-negara Eropah tidak lagi menindas negara-negara lain kerana mereka sebenarnya telah banyak melakukan kekejaman kepada dunia. Semoga dengan itu, sejarah hitam yang pernah berlaku tidak akan berulang lagi dan dunia akan aman damai.

 

Persoalan

1. Kesedaran atas perkara yang telah dilakukan Contoh: aku harap ingatanmu masih luas untuk menakung sejarah yang kaukuasai dengan darah dan helah

2. Kejujuran dalam menjalin hubungan sejagat Contoh: sekarang kau harus berkata

3. Kekejaman untuk mendapatkan kuasa.Contoh: pembakaran rumah Turki di Jerman

4. Kesan atas perlakuan yang telah dilakukan Contoh: di mukamu kulihat luka baru senyummu dibelah seksa

 

 

Ciri puisi :

 

1) Berangkap/mempunyai rangkap.

 

Contoh bilangan rangkap sajak ini mempunyai 5 rangkap

 

2) Bilangan baris setiap rangkap tidak sama . Contoh 2 hingga 7 baris serangkap

 

 3) Jumlah perkataan setiap baris  tidak sama. sajak ini mempunyai 2 hingga 6 patah perkataan sebaris

4)Jumlah suku kata sebaris tidak sama.Contoh 3 hingga 17 suku kata sebaris

 

5)Rima akhir tidak sama. R1: a,b,c,d,e R2: a,a,aR3: a,bR4: a,b,c R5; a,b,c,d,e,f,g

 

Kesimpulannya sajak ini berbentuk bebas.Contoh sajak ini mempunyai 2 hingga 7 baris dalam serangkap

 

 

 

NADA:

 

-Melankolik

Contoh: pintu yang ditutup di depan penderita

telinga yang dipekakkan dari jeritan malam

semuanya tumpah pada kata hatiku 

 

PENGAJARAN :

 

-Kita mestilah taat dan setia kepada negara. contoh: luas untuk menakung sejarah

-kita haruslah bertanggunjawab dalam mempertahankan negara.contoh: berjuang untuknya seperti kau

-Kita mestilah mempunyai sifat kasih sayang akan tanah air. contoh: telinga yang dipekakkan dari jeritan malam semuanya tumpah pada kata hatiku

 

NILAI:

1.Ketaatan/kesetiaan.Contoh: Taat dan setia terhadap negara.

2.Keberanian.Contoh: Berani mempertahankan tanah air

3.Patriotik.Contoh: Rasa semangat dan cinta akan tanah air

4.Kesedaran.Contoh: Aku harap ingatanmu masih luas untuk menakung sejarah

5.Kerajinan.Contoh: Kuharap kau membaca

Seloka Tak Berikhtiar Sendiri

 Maksud

 Maksud rangkap 1

Ramai yang mempunyai keinginan yang tinggi tetapi tidak beriktiar ,sebaliknya suka meminta-minta daripada orng lain.

Maksud rangkap 2

Ramai yang suka meminta-minta dan memohon pertolongan orang lain ataupun hanya tahu menyusahkan ibubapa.

Maksud rangkap 3

Penyair mengkritik sikap anak-anak yang sentiasa mengharapkan ibubapa sedangkan manusia disuruh beramal dan berusaha seharusnya mereka mempunyai perasaan malu kerana tidak berusaha atau bergantung kepada orang lain.

Maksud Rangkap 4

Orang tak berusaha sendiri tidak tahu pahit maung bekerja .

Maksud Rangkap 5

Orang yang tidak berusaha akan mudah mengaku kalah dan dipandang rendah oleh masyarakat .

Maksud Rangkap 6

Orang tidak berusaha akan hilang keyakinan diri dan tidak akan mencapai kejayaan dalam hidup sebaliknya akan mendapat kerugian


Tema

Seloka tak berikhtiar sendiri bertemakan kepentingan berikhtiar untuk berjaya dalam kehidupan. Huraian:Sesuatu kejayaan yang dicapai atas usaha/ ikhtiar sendiri memberi kepuasan kepada diri seseorang daripada sikap yang hanya suka meminta/ mengharapkan pertolongan orang./Contohnya,

Banyak orang berangan-angan tinggl,

Ingin mencapai itu dan ini,

Tetapi tak mahu bersusah diri,

Untuk menyampaikan cita-cita pujaan hati,

Mereka suka minta tolong, minta beri.

 

 

Persoalan

1)Kepentingan menjaga maruah/ harga diri.Contoh: Akan hilanglah harga dirinya

2) Sikap mengharapkan bantuan Allah tanpa berusaha

Contoh: Bahkan, walaupun kepada Allah,

Suka menadah dan tertadah-tadah,

Suka menjadikan diri peminta sedekah, Tetapi tak banyak usaha dan ikhtiar sendiri

3) Sikap malas berusaha untuk mencapai ; cita-cita

Contoh: Banyak orang berangan-angan tinggi,

Ingin mencapai itu dan ini,

Tetapi tak mahu bersusah diri

 

Bentuk

 

1) Mempunyai rangkap iaitu 6 rangkap.

2) Jumlah baris yang tidak sama dalam setiap rangkap, iaitu 5 hingga 11 baris setiap rangkap.

3) Mempunyai bilangan patah perkataan yang tidak sama setiap baris.Mempunyai 2 hingga 7 perkataan setiap baris.

4) Mempunyai suku kata yang tidak sama dalam setiap baris.Mempunyai  4 hingga 16 suku kata setiap baris.

5) Mempunyai rima akhir yang tidak sama iaitu R4 aabbaa R6abbbbb

 

 

Gaya bahasa

1) Diksi -pemilihan perkataan sesuai dengan persekitaran orang Melayu .contoh:kata Allah yang berkaitan dengan agama orang Melayu .

2) Metafora -contoh:gelombang manja (b5,r4)

3) Similie -contoh:sebagai anak kecil yang masih menyusu (b5,r2)

4) Personifikasi –contoh:orang yang asyik dipeluk gelombang manja

6) Aliterasi –pengulangan bunyi huru fkonsenan (i).contoh:banyak orang berangan-angan tinggi

7) Asonansi –pengulangan bunyi huruf vokal(i).contoh:ingin mencapai itu dan ini

8) Kata ganda-berangan-angan,cita-cita,tertadah-tadah,meminta-minta

Imegen –puncak yang tinggi –kejayaan

9) Sinkope –kata tak Cth:tetapi tak mahu susah ,tetapi tak banyak usaha dan ikhtiar sendiri,yang tak tahu menelan pahit maung bekerja

10) Anafora –kata atau dalam baris 3-4-rangkap 2

11) Responsi-Kepada

12)Simile-Sebagai anak kecil yang masih menyusu

13)Repitisi kata-minta

14)Repitisi frasa-banyak orang

15)Sarkasme-menjadi kutu

 

Gaya bahasa pengulangan

1)Asonansi Contoh:Memohon penolongan di sana sini

2)Aliterasi Contoh:Suka menadah dan tertadah-tadah

3)Anafora Contoh:Mengapa sentiasa mengharap ibu bapa?Mengapa masih mahu menadah meminta-minta?

5) Responsif.Contoh: Kalau selalu meminta kepada ibu dan ayah, Bahkan, walaupun kepada Allah

6) Repitisi kata.Contoh: Mereka suka minta tolong,minta beri

7) Repitisi frasa.Contoh: Banyak orang

 

Gaya bahasa perbandingan(masa silam harus pandang positif)

1) Metafora.Contoh: gelombang manja

2) Simile-Contoh: Sebagai anak kecil yang masih menyusu

3) Hiperbola.Contoh: Sendiri rempuh hutan belukar yang kelam!

4) Personifikasi.Contoh: Orang yang asyik dipeluk gelombang manja

5) Perlambangan.Contoh: belukar tebal

 

 

 

 

 

Nilai

-Berdikari - seseorang janganlah mengharapkan ibu bapa tau meminta-minta tetapi sebaliknya harus berusaha sendiri/berdikari

-Kegigihan- Seseorang seharusnya gigih berusaha bukannya dengan menadah- nadah atau meminta- minta.

-Ketabahan dan kesabaran – Perlunya sabar dan tabah dalam berusaha.Cth: Sendiri rempuh belukar tebal yang kelam.

-Keyakinan diri – Cth:iaitu keopercayaan kepada dirinya senndiri

Menjaga maruah diri – Orang yang beriktiar adalah orang yang menjaga maruah diri.Hal ini mengelakan diri daripada dipandang rendah oleh orang lain.Cth:Akan hilanglah harga dirinya(B5,R5)

 

 

Pengajaran

1) Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mencapai cita-cita/ kejayaan/mencari rezeki Contoh.

Banyak orang berangan-angan tinggi,

Ingin mencapai itu dan ini,

Tetapi tak mahu bersusah diri

Untuk menyampaikan cita-cita pujaan hati

Mereka suka minta tolong, minta beri.

 

2) Kita hendaklah mengamalkan hidup  berdikari/Kita janganlah terlalu mengharapkan pertolongan daripada orang lain Contoh:

Manusia disuruh "beramal",

berusaha:

 

3) Kita hendaklah merr.punyai maruah diri. Contoh:

Akan rendahlah pandangan orang kepadanya,/

Akan hilanglah harga dirinya,/

Akan jatuhlah darjat manusianya!

 

4) Kita mestilah tabah / sabar dalam menempuh sesuatu rintangan

Contoh:

Sendirilah, selam lautan dalam!/

Sendiri rempuh belukar tebal yang kelam!

 

5) Kita hendaklah berikhtiar terlebih dahulu sebelum berdoa kepada Allah Contoh:

Walaupun meminta kepada Tuhan Maha Kaya,

Tetapi trada beramal ikhtiar sendiri,

 

6) Kita janganlah menyusahkan ibu dan ; bapa Contoh:

Atau menyusahi ayah dan ibu - jadi kutu,

 

7) Kita nendaklah mempunyai keyakinan diri yang tinggi Contoh:

Lenyaplah kelak daripadanya sifat jauhari.

iaitu kepercayaan kepada dirinya sendiri;

 

 

 

 

 

 

Syair Seratus Siti

Maksud

Rangkap pertama

Tersebut kisah Raja Malabari yang mempunyai kerajaan. Kehidupannnya setiap hari/ masa dipenuhi dengan kegembiraan. Baginda mempunyai rakyat jelata yang ramai tiada terkira

 

Rangkap kedua

Raja Malabari berbangsa Ajam. Baginda mempunyai keraiaan besar. Baginda mempunyai jajahan takluk yang luas.Semua pemimpin di tanah jajahan menghantar ufti kepada baginda

 

Rangkap ketiga

Pada suatu hari baginda bersemayam di balai seri.Baginda dihadapi oleh hulubalang dan menteri/ pembesar.Hulubalang dan menteri/pembesar baginda terlalu ramai.

 

Rangkap keempat

Rakyat Raja Malabari tidak ada yang hidup susah.Rakyat baginda tertalu ramai. Diiringi dengan suasana gegak gempita. Mereka datang untuk menghadap Raja Malabari di singgah sana baginda.

 

Rangkap kelima

Raja Malabari mempunyai askar yang ramai.Sehingga penuh di seluruh kampung. Negeri di bawah pemerintahan baginda makmur dan sentosa.Semua rakyat baginda hidup dalam keadaan gembira.

 

Rangkap keenam

Apabila melibat kehebatan/ kebesaran/ kelebihan yang ada pada dirinya, Raja Malabari menjadi sangat angkuh/ bongkak/ takbur.Baginda memberitahu menteri-menterinya bahawa kebesaran/ kelebihan/kehebatan yang ada pada baginda tiada tandingnya.

 

Rangkap ketujuh

Baginda bertanya lagi jika ada raja lain yang lebih kaya dan lebih mulia daripada baginda. Bagi Raja Malabari, bagindalah raja di dunia ini.Baginda ingin mengetahui seandainya ada raja lain yang lebih hebat/ masyhur/ mulia/ berkuasa daripada baginda.

 

Rangkap kelapan

Raja Malabari menyuruh menterinya memberitahu baginda dengan segera. Adakah raja lain yang lebih hebal/ masyhur/ mulia/ berkuasa daripada baginda.

 

Rangkap kesembilan

Lalu datang seorang pahlawan. Beliau memberitahu baginda bahawa kekayaan baginda tiada tolok bandingnya.Baginda memerintah dengan adil. Baginda juga memiliki rakyat dan tentera yang terlalu ramai.

 

Tema

Tema: Kehebatan dan keangkuhan seorang pemerintah.

Huraian: Raja Malabari menjadi angkuh

 

Ciri/bentuk puisi

1.Mempunyai rangkap. Terdiri daripada satu rangkap/ serangkap

2.Mempunyai bilangan baris. Empat baris serangkap

3.Jumlah perkataan sebaris tidak sama iaitu dua hingga empat patah perkataan sebaris

4.Jumlah suku kata sebaris tidak sama iaitu sebelas hingga tiga belas suku kata sebaris

5.Rima akhir sama/ seragam/ sekata/ aaaa

6.Mempunyai ciri baris.Semua/ setiap baris ialah maksud.

7.Terdapat jeda/ hentian di tengah baris

8.Berbentuk terikat.Disampaikan secara beriagu/ berirama

 

 

Gaya bahasa

1.Asonansi.Contoh:Negerinya makmur  sangat sentosa

2.Aliterasi.Contoh: Sehari-hari suka termasa

3.Bahasa arkaik/ bahasa Melayu klasik Contoh: lasykar/ Lasvkarnva banyak beribu laksa

4.Hiperbola.Contoh: Lasykarnya banyak beribu iaksa

5.Kata ganda.Contoh:    Sehari-hari suka termasa/Sehari-hari

 

SYAIR BIDASARI (BUKU NILAI INSAN)

Maksud

 

Titah baginda raja sultani,

“Mengapakah hutan jadi begini,

Kepanasan kita sekalian ini,

Baiklah berhenti kita di sini.”

 

Ø  Raja sultani bertanya kenapa hutan belantara musnah dan cuaca panas serta menitahkan berehat seketika.

 

Berhentilah ia seraya berperi,

Bertitah kepada tiga menteri,

“Ayuhai menteri pergilah diri,

Carikan air bawa ke mari.”

 

Ø  Maka Raja dan tiga menteri berhenti dan menitahkan menteri bertiga pergi mencari air bawakan kepada raja.

 

Rasaku ini sangatlah dahaga,

Barang sedikit carikanlah juga,

Pergilah berjalan menteri ketiga,

Mencari sungai dengan telaga.

 

Ø  Raja memaklumkan dia sangat dahaga dan meminta menteri ketiga carikan air macam mana cara sekalipun di sungai atau di telaga.

 

Berjalanlah kuliling menteri mencari,

Bertemulah tamannya Bidasari,

Hairan tercengang ketiga menteri,

Lalulah berjalan menghampiri.

 

Ø  Maka ketiga-tiga menteri pun pergi mencari air dan mereka berjumpa Taman Bidasari dan tercengang kehairan melihatnya dan menghampirinya.

 

Menteri pun sampai ke sana sudah,

Inikah tanaman yang indah,

Kepada temannya ia bersabda,

“Dahulu taman di sini tiada.”

 

Ø  Maka menteri hampiri dan sampai ke Taman Bidasari dan temannya berkata di sini tidak pernah wujud dan ada tanaman seperti ini.

 

Ia berkata dengan sama teman,

“Siapa ini mempunyai taman,

Perbuatannya indah tempatnya nyaman,

Kalaukan ini rumah siluman.”

 

Ø  Lalu seorang menteri berkata siapakah yang memiliki taman ini, cara perbuatan dan senibinanya sungguh indah dan tempatnya nyaman dan adakah ia milik orang bunian.

 

Menteri berjalan kuliling belukar,

Lalu bertemu pintunya pagar,

Dikunci dengan besi yang tegar,

Hendak dibuka terlalu sukar.

 

Ø  Maka menteri bertiga pun mencari sekeliling taman untuk mencari laluan dan pintu namun pintunya dipagar rapi dan dikunci dengan besi yang cukup kuat, dan jika hendak buka memang sangat sukar.

 

Kembalilah seorang menteri yang mudah,

Berdatang sembah kepada baginda,

:Daulat tuanku duli seripada,

Berapa dicari air nan tiada.”

 

Ø  Maka menteri bertiga tadi kembali semula kepada raja mereka dan datang menghadap memberitahu bahawa mereka tidak jumpa air sepanjang pencarian mereka.

 

Tema

 

Syair ini mengisahkan kesukaran untuk mendapatkan air sewaktu sesat di dalam hutan.

 

Persoalan

 

Persoalan pentingnya menurut perintah pemerintah atau raja. Menteri bertiga patuh dan taat kepada perintah raja mereka untuk mencari dan mendapatkan air semasa mereka sesat di hutan.

 

Persoalan kepentingannya berusaha dengan gigih, iaitu menteri bertiga berusaha mencari sumber air untuk raja mereka dan berjumpa dengan Taman Bidasari namun taman itu dikunci.

 

Persoalan pentingnya air kepada manusia, air adalah salah satu sumber tenaga dan minuman yang sangat diperlukan badan setelah berpeluh dan berpenat seharian. Manusia hidup bergantung kepada air dan makanan.

 

Persoalan pentingnya menghargai air sumber khazanah ciptaan tuhan kepada manusia. Kita perlu menjaga dan tidak boleh melakukan pembaziran air dengan sewenang-wenangnya.

 

Bentuk

 

1) Syair ini mempunyai rangkap iaitu 8 rangkap  yang sekata barisnya.

2) Syari ini terdiri daripada baris dalam setiap rangkap, iaitu 4 baris setiap rangkap.

3) Syair ini mempunyai patah perkataan.Mempunyai 4 hingga 6 perkataan setiap baris.

4) Syair ini mempunyai suku kata iiatu 8 hingga 13 suku kata setiap baris.

5) Syair ini mempunyai rima akhir yang terikat iaitu aaaa

6) Nada syair ini adalah melankolik.

 

Gaya Bahasa

1) Bahasa Klasik iaitu penggunaan bahasa klasik dari bahasa melayu dan nusantara

    contohnya ; siluman – orang bunian

2) Sinkope – singkatan perkataan atau penyikatan kata

    contohnya : ku

3) Bahasa Istana – Baginda, raja, duli, daulat, tuanku

4) Perlambangan – air

 

Nilai

 

Ketaatan – taat dan setia kepada seseorang atau ketua

Kesetiaan – setia dengan ketua

Kejujuran – jujur dalam perbuatan dan kata-kata

Kerjasama – bekerjasama dan berganding bahu melakukan sesuatu kerja atau tugasan

Kegigihan – tekun dan gigih dalam melakukan sesuatu

Kesabaran – tahan diri atau bertindak dengan waras dan rasional

 

Pengajaran

 

Kita hendaklah taat kepada raja dan ketua. Contohnya menteri bertiga patuh dan menurut perintah raja.

 

Kita mestilah menumpahkan kesetiaan kepada raja. Contohnya, menteri bertiga berusaha mencari air kepada raja mereka dan setia mengikut dan melakukan apa sahaja suruhan dan perintah raja.

 

Kita perlulah jujur dalam melakukan apa sahaja tindakan. Contohnya, menteri bertiga jujur mengatakan mereka tidak bertemu sumber air.

 

Kita haruslah bekerjasama dalam melakukan tugas dan kerja. Contohnya, menteri bertiga berganding bahu mencari air kepada raja mereka yang dahaga dan kehausan yang sesat dalam hutan.

 

Kita hendaklah gigih berusaha dengan apa cara sekalipun. Contohnya, menteri berusaha bersungguh-sungguh dengan gigih untuk mendapatkan air di Taman Bidasari namun pintu pagar taman itu dikunci dengan sangat kuat menggunakan besi yang tegar iaitu sukar dibuka.